Tuesday, January 29, 2013

Citer Jumaat Lepas

Assalamualaikum..

Pada hari Jumaat lepas 25 Januari 2013, aku dan hubby cuti.  Anak aku pun dapat cuti jugak.  Jadi weols sekeluarga ngan Kak Nyah pergi ke Imigresen.  Aku nak renew balik passport aku.  Dulu masa memula buat weols buat dekat Wangsa Maju tapi kali ini weols ke Imigresen kat Jalan Duta.. 

Buat passport kat sini ambil nombor tak payah isi borang.  Tapi tu laa sistem selalu down. Bila dah down mesti la lambatkan.  Ingatkan buat hari Jumaat tuh boleh laa dapat passport hari tuh jugak.. tapi tak siap.  Bayangkan sampai dalam kul 11 pagi dipanggil dalam pukul 3 lebih gitu.  

Hubby aku dia renew passport dia kat Kiosk (mesin).. Buat sebelum solat Jumaat dalam pukul 4 petang dah siap.  Jadi aku galakkan uols kalau yang nak renew buat ke kiosk aje laa senang dan cepat.  Kak Nyah plak tak dapat nak buat pada hari tuh sebab dia terlupa nak bawa passport.  Jadi aku ngan anak aku je laa yang tak dapat lagi passport.  Weols buat untuk 5 tahun senang.. rasa cam bosan nak menunggu tuh.

Lagi pun kalau buat RM100 untuk 2 tahun.. 6 bulan sebelum expired tak boleh dah nak guna.. tapi kalau 5 tahun punya 6 bulan nak expired boleh transfer 6 bulan tuh ke passport baru.  Patutnya hari nie boleh gi ambik tapi hubby cakap mungkin gi ambik hari Sabtu nie.  Minggu lepas Sabtu/Ahad tak bukak plak.

 Sebelum pergi.. tuh singgah laa sarapan dulu.. roti telor


 Amboi bang makan pun contro ke..hehehe


Biasa laa tuan rumah.. enterprem yer.. 

Muka bosan nunggu.. pas tuh hubby gi buat kat mesin.. siap cepat..
Sebelum gi solat Jumaat masa tuh tak de org kat mesin tuh


Masa rehat patutnya ada laa jugak yang keja.. nie kosong.. 


Selesai bayar weols gi makan laa.. ni anaknya maggie goreng 


Hubby dan aku layan nasi goreng..dan Kak Nyah
 makan roti canai ngan Pau 


Slip bayaran.. 


5 comments:

  1. renew passport nak kemana tu?

    ReplyDelete
  2. amboi cam nak terbang lagi ni.....

    ReplyDelete
  3. Haaa...confirm abang baju ijau tu yg Aina nampak kat Imigresen... Rugi tak tegur2 Rinnakan. Perasan masa kat kedai gambar lagi. Naik atas nampak lagi, biasalah sibuk dgn anak-anak dan orang yang teramat ramai tu badan pun jadi letih sangat. tak de mood.

    ReplyDelete
  4. wah..terus 5 tahun tu..
    ni renew ni ada ler nk pi mana2 luar negara ni, kan rinn?? hehe..

    sy kan...mmg tak penah lagi wat passport ni. Gi phuket dulu pun guna grup passport jer. Kalo takde sorang dlm grup tu..semua takleh gi!!! hahaha..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss