Wednesday, February 27, 2013

Cuti Berkursus 25 - 26 Februari 2013

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari blog ini sunyi sepi kan.. Hmm.. biasa laa kan aku kalau update blog kat ofis jerk.  Jarang sangat kalau update kat umah.  

2 hari lepas aku cuti berkursus.  Biasa laa kena apply kursus awal² nie.. nanti tak cukup KPI 7 hari.. tak dapat markah penuh plak.  2 kursus IT aku apply tapi yang sangkut cuma 1 jek.  Itu pun last minit dapat surat makluman aku berjaya.  

Kursus yang aku dapat tuh MS Publisher 2010.  Biasa laa nak nambah pengetahuan. Mana tau kut kemudian hari nak guna plak.. at least ada gak pengetahuankan. Kursus di adakan di Wisma R&D (dulu bangunan lama Telekom).  Dulu² kalau nak ke sini boleh bawa keta.. skrg nie parking lot limited jadi tu yang phobia sikit nak parking susah.  Nasib baik aku nak pergi kursus kali ini ramai plak staf yang ada attend kursus lain sebab selain dari Kursus MS Publisher ada juga Kursus Laman Web.  Jadi ada 3 orang staf yang lain juga.. Jadi boleh laa dapatkan transport untuk hantar weols semua.

Yang seronok kursus bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.  Tapi cam aku nie.. abis kursus balik ofis ler.. tunggu hubby ambik.. sampai umah cam biasa laa..tak de bezanya.. 

Jadi setakat ini dah 3 hari terkumpul.. 4 hari lagi kursus perlu dihadiri.. 

 Di dalam lab komputer Wisma R& D

Ini makanan tengahari..  Nasi Putih, Ayam Masak Lemak Cili Api, 
Ikan Masin.  Sebelah pagi weols makan nasi goreng.. 



 Makanan tengahari hari kedua.. Nasi Beriani, Ayam Merah dan Dalca..
Sarapan pagi weols makan Mee Goreng

 Tenaga pengajar.. En. Hailan Abdul Hamid..  best kalau dia ngajar..


Dah abis training ada plak ujian kefahaman online..


 Ini laa markahnya.. dan weols dapat 2 sijil iaitu Sijil Lulus dan juga Sijil Kehadiran
Pening gak laa nak jawab soklan yang diberi.. adoiyai.. nie je yg termampu..alhamdullillah



9 comments:

  1. Alhamdulillah sis..janji lulus..yg penting dpat sijil tu..

    ReplyDelete
  2. patutler lama tak muncul... sibuk berkursus yerk.. akka suka gak kursus2ni...

    ReplyDelete
  3. Dah puas kursus nak juga tahu keputusan dari yg dikursuskan. Kalau makan-makan dan dengar tak ada result mungkin tak ada kepuasan Rinna..

    ReplyDelete
  4. tambah ilmu takpe...kan rinn..
    Tp selalunya kursus ni mengantuk lah..hehe

    ReplyDelete
  5. lorh...angah thaun ni belum mohon apa-apa kursus lagi...

    ReplyDelete
  6. tahniah...ok gak tu result sis..dee last year amik course excel sbb opis dee byk guna excel..bab2 formula tu bukan senangkan..tapi this year ingat nak belajar powerpoint pulak..hehehe..

    ReplyDelete
  7. tahniah sis..markah bagus gak tu..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss