Thursday, February 07, 2013

Novel ~ Kau Pemilik Hati

Assalamualaikum..


Novel ini aku pinjam dari Cik Mel.. Aku dah abis membacanya
2 minggu yang lepas tak sempat nak update kat blog.

Nak tau lebih lanjut tentang novel ini sila dapatkan dipasaran.
Pada pendapat aku.. citernya menarik..
Jom baca sinopsisnya yer..


Kredit ~ 3.8 bintang

Sinopsis ~

Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.

Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.

“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.

Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.

Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.

“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.

Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?



8 comments:

  1. Nk bc mjlh pun sy x smpt perabih.klu novel???haha.

    ReplyDelete
  2. Tangkap sendulah bila baca kisah macam ini. Mesti Qarissa watak yg buat airmata pembaca luruh.

    ReplyDelete
  3. seksa woo... kalau di benci suami. adei..

    ReplyDelete
  4. Salam kenal... Sy baca novel time cuti pjg jer....hehehe

    ReplyDelete
  5. Jeng3......tiba2 nk tau kesudahannya tp malas nk baca pulak!

    ReplyDelete
  6. Hai sis, all can get legoland tickets for just RM70 for child @ adult one-day pass .Ramai dah beli ngan kami. Boleh la tengok harga tiket murah ni dekat facebook page :

    LEGOLAND TICKETS SPECIAL PROMOTION

    thanks!

    http://www.facebook.com/pages/Legoland-Tickets-Special-Promotion/406125792799253

    ReplyDelete
  7. mesti best ni...baca sinopsis pun dah tau best...

    tak lama lg mesti diadaptasi ni...

    ReplyDelete
  8. Kak Rinna

    Thanx sudi jengah blog saya...

    saya follow blog akak

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss