Wednesday, February 20, 2013

Putus Tunang, Fizz Fairuz Mohon Maaf Dengan Almy Nadia

Assalamualaikum..


Putus Tunang, Fizz Fairuz Pohon Maaf Dari Almy Nadia

Kredit : Murai.com

KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Selepas mengejutkan industri hiburan dengan kisa pertunangan dengan wanita lain selain daripada pelakon Almy Nadia pada minggu lalu, pelakon Fizz Fairuz terus mengundang kejutan apabila menyatakan bahawa dia sudah putus tunang dengan wanita yang didakwa sebagai isteri orang itu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, pelakon yang bertunang pada 10 Februari lalu itu mengakui pertunangannya dengan wanita berusia 26 tahun itu hanya mampu bertahan selama seminggu saja.
"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka bahawa tunang saya itu adalah isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah diatur oleh bekas tunang sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, Fizz mendakwa berkemungkinan besar dia terkena buatan orang.

"Empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru saya tahu tunang saya itu isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40 tahun. Sebelum ini mereka telah bernikah di Thailand.

"Khamis lalu, saya menerima kiriman SMS dari adik bekas tunang yang menceritakan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu, Sabtu lalu. Lelaki itu telah mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu adalah isteri keduanya dan perbincangan kami berdua diadakan secara baik," jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur Kasih tersebut sudah memaklumkan kepada keluarga bekas tunangnya dengan menyuarakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan yang bertahan hanya seminggu saja.

"Cukuplah, saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Saya mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu. Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut diketahui Almy Nadia.

"Namun, sepanjang mengenalinya saya tidak tahu menahu tentang latar belakang keluarganya. Sedar-sedar saya sudah pun bertunang dengan dia. Saya hanya mengenali keluarganya ketika majlis itu berlangsung.

"Saya sedar tindakan bertunang secara tergesa-gesa itu sudah tentu menyakitkan hati Almy. Kepada semua, saya minta maaf terutama sekali Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Inilah ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni," ujarnya.

Menambah penjelasan, Fizz berasa pelik kerana sepanjang berkenalan dengan Almy selama tujuh tahun agak sukar untuk mengikat tali pertunangan tetapi tidak dengan wanita tersebut.

"Sehari sebelum bertunang, saya seperti ditunjukkan petanda musibah apabila tangan saya melecur terkena air panas. Malah, dalam perjalanan ke Kuatan, kenderaan saya turut rosak.

"Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati. Namun, apakan daya ia sudah pun berlaku.

"Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf kepada media kerana tidak menjawab panggilan sebelum ini disebabkan fikiran serabut," jelasnya panjang lebar.

Sementara itu, Fizz memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut.


p/s : Cam na laa boleh bertunang ngan bini orang plak nie.. adoiyai..Mesti bekas tunang nie peminat kipas mati Fizz sampai sanggup bertunang dan menipu status tentang dirinya..Apa yang berlaku mungkin boleh dijadikan iktibar dan ada hikmah disebaliknya..

9 comments:

  1. pulak dah....kena check balancing la si Fizz ni

    ReplyDelete
  2. tak taulah nak caya ke tidak..fakta atau auta..betul ke bohong? hehehe..

    ReplyDelete
  3. ishh takutkan kak buatan sihir nie...mcm2 bende leh jadi...hubungan boleh berantakan....takut la ....

    tapi tgk dari perempuan tu mcm tak kawin lagi jek kan..cun..

    ReplyDelete
  4. mujur baru bertunang. Kalo jadi kes mcm aziz m.osman tu...dh kawen pun baru tau isteri dia masih isteri orang, lagi haru!!!

    ReplyDelete
  5. lawa kan pompuan tu.

    ish.. kalau dah bini org wat pe nak kawin ngan org lain pulak? pening...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss