Thursday, March 14, 2013

Novel ~ Asam Pedas Untuk Dia

Assalamualaikum..




Novel ini mengisahkan Ainin Sofiya.. seorang balu baru 
kematian suami akibat kemalangan.
Oleh kerana kesempitan hidup dia terpaksa mencari kerja untuk 
menyara hidup bersama anak yang masih kecil, ibu dan adik 
yang kurang upaya. Jadi dia bekerja part time di rumah  orang.  
Kebetulan plak dirumah tersebut ada seorang anak 
bujang bernama Mohd Ziyad.

Mohd Ziyad ini cuba membantu dengan memberikan bantuan dari segi
kewangan pada Ainin kerana mendapat tahu yang Ainin nie dah lama tak
bayar duit sewa rumah yang tertunggak selama lebih kurang 5 bulan. 
 Ainin tak suka hendak menerima pemberian Ziyad walaupun ianya 
dari segi pinjaman.  Jadi Ziyad pun melamar Ainin tapi bersyarat.... 

Lagi satu Ainin nie memang pandai sangat masak asam pedas hingga
seluruh ahli keluarga Ziyad memang suka dengan masakannya..

So nak tau selanjutnyaa.. beli laa.. yer.. Citer memang best..
Aku baca kejap jer citer nie.. sebab tak sabar nak tau endingnya.


Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku.

Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!




8 comments:

  1. Sinopsis cam best. Aina dah lama tak beli novel.

    ReplyDelete
  2. assalam rinna..dah lama tak beli novel..tapi macam best pulak cerita ni ye rinn

    ReplyDelete
  3. huwaaaa....yg 2 hari tu pun tak jumpa lagi.
    nk oder online buku2 ni malas pulak...nasib ler jd orang malas, kan..ngee

    ReplyDelete
  4. dah lama tak baca novel...sekali sekala layan novel best...ceritanyer cam best ...

    ReplyDelete
  5. wah..confirm novel sis berlambak..dee ada tgk yg ni aritu kat book fair..tp belum lagi nak menambah sbb xde masa nak baca..hehehe..

    ReplyDelete
  6. suka novel...tapi dee xde masa nak baca skrg ni...huhu..

    ReplyDelete
  7. aku dah jatuh chinta dgn citrr ni...uwaass...nsk csri novel dia...mesti baca...best sgt tgk sukri yahya berlakon...selamba beb

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss