Wednesday, March 13, 2013

Novel ~ Cik Blur Dan Encik Ikhlas

Assalamualaikum..





Novel ini adalah novel kedua dari penulis Airisz.  Novel pertama
beliau iaitu Cik Bunga dan En. Sombong.

Novel ini mengisahkan Kasih yang berkerja satu pejabat
dengan En. Ikhlas yang juga merangkap bossnya.. En. Ikhlas ini
suka sangat cari pasal dan marah²kan Kasih..hingga satu hari tu
Kasih berhenti 24 jam.  Kerana berhenti mengejut jadi susah laa nak cari kerja.
Jadi di rekemenkan oleh rakan serumah untuk bekerja sebagai
pembantu rumah tapi jenis balik hari. Pembantu rumah sedia ada pergi haji.  
Tak cara sengaja..terserempak ngan 
tuan rumah yang dibencinya..iaitu En. Ikhlas..nie.. 
Rupanya En. Ikhlas nie suka cari pasal ngan Kasih sebab sukakanya..
Cerita yang happy ending gak laa.. dan kadang² ada gak kelakar..
So peminat novel boleh jugak masukkan novel ini dalam list korang yer..

Kredit ~ Aku beri 4.9 bintang

Sinopsis ~
AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.
“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.



7 comments:

  1. eh mcm ada satu kisah kat TV tu la. dia jadi org gaji bos dia. siap letak tahi lalat besau kat pipi.

    ReplyDelete
  2. menarik juga.. heehhe.. (Y) tapi dah lam xngadap novel.. sb memang xde masa terluang nk membaca. baca novel ni kena kyusyuk

    ReplyDelete
  3. wah2 mcm best aje... kena baca jugalah ni

    ReplyDelete
  4. tapi bunda tak rajin n tak minat membaca..

    ReplyDelete
  5. mmg peminat novel sungguh rinna ni ye.tinin gak nak baca novel tp kalau baca kang jawabnya 1 buku semggu lum tentu abis.bila baca tulisan kecik2 ni mata cepat je pedih

    ReplyDelete
  6. yg ni bila sy baca sinopsis dia sy kurang berminat sket wlpn bintang yg rinn bg tinggi sgt...hehe....

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss