Friday, March 08, 2013

Novel ~ Cinta Kau Dan Aku Ke Drama Bersiri

Assalamualaikum..

Sebuah lagi novel yang telah diadaptasikan ke bentuk 
drama yang novelnya aku suka adalah novel
Cinta Kau dan Aku karya Siti Rosmizah
yang ditayangkan setiap hari Khamis dan Jumaat
pukul 10.05 malam

Pelakon utamanya Sara Ali dan Fizz Fairuz 



Sinopsis ~

 "Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dad-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Pad uols yang belum sempat melayan drama ini.. Jom layan episod 1 - 4 dulu yer.. 

Semua video kredit Ceritamaster.com


Episod 1


Episod 2



Episod 3



Episod 4

Malam tadi dah episod 5 dan malam ini episod 6.. Setakat ini jalan cerita hampir 90% sama macam novel.

Untuk update episod yang seterusnya boleh juga layan kat CERITAMASTER


5 comments:

  1. Semakin banyak drama yg diadaptasi dari novel sebab ceritanya labih menarik ramai penonton Rinna...

    ReplyDelete
  2. pada yg tak baca novel...
    senang dah leh tengok dramanya kan...
    tapi kkdg drama dgn novel lain skit jalan ceritanya....

    ReplyDelete
  3. wah kak 90% sama mcm novel. fuh senang la kan. tengok drama je la. bagi yg tak minat membaca novel mcm T ni. ekekekeke

    ReplyDelete
  4. tak sempat lagi tengok..nti nak tontonlah..hehehe..

    ReplyDelete
  5. K.ani x brp suka tgk drama smbg2 ni...... Hehehe....

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss