Thursday, April 18, 2013

Novel ~ Perempuan Yang Paling Aku Cinta

Assalamualaikum..

Ini adalah novel limited edition dari novelis Aciklana.  Novel ini aku beli masa
dia buka 2nd batch untuk di order.  Aku beli 2 buah sebab ofismate aku
pun nak jugak novel ini.  Lagi pun kalau beli 2 jimat sikit duit pos hehehe..

Seperti biasa novel dari Aciklana memang tidak mengecewakan pembacanya
Suka dengan watak Bunga dan Karl Hakimi (K.Kim).  Kalau uols nak baca bab²
awal terjah laa blog Aciklana.  Tapi sekarang ini oder untuk batch ke 3
telah ditutup... Rajin² terjah blog dia mana tau dibuka semula untuk oder..






Aku beri ~ 5/5 bintang

Sinopsis ~


Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan kekotoran bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang-kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara. Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seseorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah disentuh olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi. Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwanya terhentak keras.Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.

"You know what Karl? I'm tired! Haven't you had enough? You can't just do that... leave and expect to come back like nothing's wrong?..." ~ Bunga.

"Although I lived without you before, I don't know if I could do it now. I need you, I want you Bunga..." ~ Karl Hakimi.



9 comments:

  1. Acik Lana lagi lerni... wou dapat 5/5 tu...

    ReplyDelete
  2. kak, kawan2 lieya yg suke bc novel ni pun dok pulun bace tulisan aciklana ni kak....

    lieya suke tgk cover novel die...ceria2 sgt...cantik2....sipnosis novel ni mcm menarik kak....

    ReplyDelete
  3. Sedap juga bila kakak baca dia punya sedutan. Bukan mudah nak lupa atas apa yg terjadi...

    ReplyDelete
  4. aduh... rasa mcm best pulak bila baca sinopsis ni.

    tu la kan kalau tengok filem, baca novel rasa mcm flow elok je jln citernya. tapi kalau org yang alami tu nak menghadapi dugaan hidup. Hanya Allah yang tahu.

    ReplyDelete
  5. naper buat limited pulak ye??
    orang lagi suka dijual byk2...huhu..

    ReplyDelete
  6. Salam kak..nk tny..kak nak jual x novel ni? Saya nakkkkkk..:-) farah

    ReplyDelete
  7. Ada sesiapa yg nk letgo novel PYPAC ni? Kalau ada sila emel saya di:-

    eyna.eryna@gmail.com

    ReplyDelete
  8. hi nak jual novel perempuan yang paling aku cinta x.. boleh email saya.. farah.basir@aimia.com

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss