Tuesday, May 14, 2013

Novel ~ Pudina Cinta

Assalamualaikum..






Novel ini aku dah abis baca kira² 2 minggu yang lepas.  Lambat sikit
nak buat N3 pasal novel ini.

Cerita bergenre romantik komidi.. Penulisnya seorang lelaki iaitu A.Darwisy.
Memula ingatkan perempuan.. heheh.. Not bad laa citernya.. 

Memula baca cam confuse sikit pasal nama heronya kejap ally kejap
Dzulkarnain.. tapi rupanya orang yang sama.  Dan yang paling comel
nama heroinnya Rabunah seorang bakal doktor gigi.. 

Rupanya penulis dah imaginekan yang pelakon Beto sebagai Ally
dan Siti Saleha sebagai Rabunah.. so cute kalau betul
mereka berdua digandingkan.. macam yang dia orang
berlakon telemovie Dia dan Tongsampah.. kalau tak silap laa..

Kalau uols nak baca yang alamaya punya boleh ke PUDINA CINTA


Kredit Aku Bagi ~ 4.9 bintang

Sinopsis ~

Rabunah, heroin cerita ini. Eh! Eh! Jangan pandang rendah dengan namanya biarpun tak komersial mana. Dia ini bakal doktor gigi dan kemaruk pula dengan ubat gigi perasa pudina. Aneh-aneh saja bukan? Hendak kata lawa, boleh tahanlah juga. Kalau tidak, mana mungkin empunya diri boleh menambat hati putera idaman yang menjadi rebutan. Tapi... dia berpegang pada satu prinsip. Tak mahu couple sebelum ada ikatan yang sah. Habis, menikah teruslah jawabnya? Nama pun cinta, perasaan halus itu tetap menjalar dalam diri tetapi tidaklah dia layankan sangat. Apatah lagi dia terpaksa menghadap Natasha Giselle, perempuan berlagak diva keturunan Genghis Khan, yang turut menaruh perasaan terhadap lelaki yang serupa. Sakit jiwa hendak melayan! Nasib baiklah dia punya kawan-kawan sekepala, iaitu Wawa, Alin dan Azlie yang sengal-sengal ubi otak mereka. Sentiasa ada bersamanya saat gembira mahupun duka. Kawan-kawan yang punya cerita dan masalah mereka sendiri. Dunia persahabatan yang indah tetapi mungkinkah dunia percintaan untuk dirinya lebih indah daripada itu?

“You don’t love a woman because she is beautiful, she is beautiful because you love her. And I really really love you. Awak nak tengok saya buat kerja gila?” – Ally 

“Saya tidak ada apa-apa yang istimewa. Awak sebenarnya boleh pilih yang lebih baik, lebih cantik dari saya...” - Rabunah 
“Aku simbah asid dekat muka perempuan tu! Kau sendiri tahu bukan, aku boleh buat lebih kejam dari itu!” – Natasha Giselle


10 comments:

  1. Sedapnye bunyi tajuk kak...segarrr je lieya bace heheheheh...sipnosis pun best....cover novel pun ceria...tu yg syok tuh...

    ReplyDelete
  2. aduhai ayat " “Saya tidak ada apa-apa yang istimewa. Awak sebenarnya boleh pilih yang lebih baik, lebih cantik dari saya...” - Rabunah

    Ayat tu.. ayat tu... ayat gitulah T ckpt kat hubyy masa dia propose T. alahai.. tingat la pulak...

    ReplyDelete
  3. tajuk novel best..kalau beto yg berlakun tentu lagi best..

    ReplyDelete
  4. amboi minta tul membaca yer, mesti best citer ni smpai dapat 4.9 tu

    ReplyDelete
  5. wahhh.. nama dia bit weird lah kan... Rabunah.. hee..

    anyway i now dah jd malas sangat nak membaca novel.. sangat malas..

    ReplyDelete
  6. Bila baca sinopsis tu..teringin jugak nak baca novel tu....

    ReplyDelete
  7. Rajin bc novel ek. Kalau sy bc novel berzaman la nak abis..

    ReplyDelete
  8. kalau jadi filem atau drama sedap agaknyee ;)

    ReplyDelete
  9. kalau diadaptasikan jadi drama, mesti meletup ni...sbb romantik komedi kan...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss