Wednesday, June 26, 2013

Kenduri Kahwin Dan Balik Kampung

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas dalam pukul 8.30 pagi weols sekeluarga bertolak ke Perak. Sebelum tu jemput 2 orang Kak ipar kut Kak Nyah dan Kak Yang sekali.  Weols ada dapat jemputan kahwin di Kamunting.  Kahwin anak sepupu hubby aku.

On the way tuh memula hubby nak singgah di R & R Tapah, tapi aku cakap laa yang ada R & R baru di Simpang Pulai yang baru dibuka. TQ pada blog Alona Cintamaniszlite kerana bagi tau pasal info  R&R nie. Cantik jugak laa R & R nie luas dan selesa siap ada bazar buah²an dan Maidin Mall lagi.  Pada yang balik ke utara boleh laa singgah di sini.  Aku kalau balik kampung memang tak lalu laa sini.. tapi sebab nak ke Kamunting boleh laa singgah sini.

Sampai di Kamunting lebih kurang  dekat pukul 2 petang.  Masa tuh pengantin tengah nak potong kek. Weols makan² dan kak ipar ku sempat laa bertemu dengan sanak sedara dan sepupu²nya.  Sebelum beredar, sempat laa bergambar dengan pengantin. Lepas dari rumah pengantin, weols singgah ke rumah seorang lagi sepupu hubby aku.. rumah Kak Lita berdekatan jugak laa rumah dia sekejap.  Dapat laa beberapa papan petai muda.  Dalam pukul 4.30 petang, weols pun beredar nak balik ke kampung rumah Apak.  Singgah di R & R, Tapah untuk solat dan sampai di rumah Apak dalam pukul 8.30 malam.

Esoknya lepas sarapan, weols gerak ke rumah Kak Imah plak.. borak² dan makan² lagi.. Layan nasi goreng dan Laksa.  Dalam pukul 12.30 terus ke rumah Kak Idah.  Weols makan tengahari plak kat sana. Kalau ke rumah Kak Idah.. selalu aku akan dapat buah limau nipis dan limau kasturi..dan dapat jugak daun pucuk paku.

Bertolak balik ke KL dalam pukul 4.30 petang.

 R & R Simpang Pulai

 Masih baru.. parking pun banyak kosong..

 Toilet dan Surau..

 Amboi dak bujang nie posing.. tak abis² ngan peace.. dia

Menuju ke Bazar dan tempat makan

 Kawasan tempat makan.. byak gerai..

 Ada Maidin.. dan lot² kedai.. banyak yang masih belum dibuka

 Dah beli² jom kita teruskan perjalanan

 Pengantin Zira dan Zaini sedang nak potong kek

 Pelaminnya..







Bergambar kenangan..dengan sedara mara

Abg Hadi dan Kak Idah..sempat borak lagi sebelum bertolak balik..

Jom kita balik..alhamdullillah sampai KL dalam pukul 9.30 malam


14 comments:

  1. alahai kak. baju tudung sedondon ngan kain alas meja & curtain sekali la pulak.

    BTW pengantin tu sangat comel. nampak muda remaja. lebih lebih lagi time nak potong kek tu.

    ReplyDelete
  2. terima kasih bagi tau rinna..in sya allah kalau keutara nanti acik nak singgah

    ReplyDelete
  3. Kakcik belum pernah singgah kat RnR baru tu. :)

    ReplyDelete
  4. Dah jarang ke Utara..dulu anak belajar kat Utara bolehlah..tp bagus info ni manalah tau kalau kebelah utara boleh singgah..


    P/s: Ada virus kat bloq..nasib baik ada doctor IT kat opis ni...dia dah buang dah virus tu...

    ReplyDelete
  5. Yang dekat UTC tu ya Rinna. Boleh jugak access ikut jalan lama rasanya coz kalau balik rumah mak mertua dok nampak ja tempat ni tapi tak pernah singgah.

    ReplyDelete
  6. ermmm sedapnyer lauk kenduri...laksa tu pun menggoda betulll

    ReplyDelete
  7. cantik warna baju pengantin..

    ReplyDelete
  8. ooooooohh..dah ada R&R baru simpang pulai...boleh la test singgah :)

    lawa la baju pengantin..

    ReplyDelete
  9. Seronoknya...dapat makan nasi minyak dan berjumpa sedara marakan Rinna...

    ReplyDelete
  10. mmg best la kak rnr yg baru tu...luas hah...mcm2 ade...siap ade mydin mall lagi...mmg besar laa tempat tu ....

    kak, cantik pengantin tu...suke pelamin n tema kaler die...meriah n sweet kan...

    byk betul akak menyinggah yeak...paling best tang mcm2 mkn tu la...sedap2 semua hah...

    ReplyDelete
  11. aah besar betul ..
    luas .. surau dia pun besar ..

    puas hati berhenti kat sini semua boleh buat ..

    comel pelaminnn .. ringkas dan cantik ;)

    ReplyDelete
  12. Bila berjalan jauh pasti akan singgah cari tempat makan Rinna walaupun yg dituju adalah tempat kenduri kawen..

    ReplyDelete
  13. uwaa...rinna mai kamunting tak habaq pun. Sabtu petang tu sy free aje, huhu.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss