Saturday, June 01, 2013

Novel ~ Calon Isteri Jutawan

Assalamualaikum..




Novel ini mengisahkan seorang jutawan yang ensem laa.. bernama Izzad Daniel.
Dia nie sejak kebelakangan ini selalu aje sakit².  Jadi dia risau dia tak de pewaris.
Dia dinasihatkan oleh kawan baiknya Adam untuk cari seorang isteri.
Izzad ini jugak selama ini seorang playboy..tapi tak de sorang pun
yang berkenan dihatinya untuk dijadikan isteri.  Entah macam mana ada
pulak sesi temudaga untuk mencari seorang isteri dan tak secara tak sengaja
Nurul Izyanie seorang yang kelam kabut sebab dah terlambat untuk 
interview telah masuk ke dalam sesi temudaga yang salah ini.  

Jadi kalau korang nak tau citer selanjutnyaa korang dapatkan laa novel ini.
Citer yang menarik dan tidak menghampakan sebab apa.. aku
bila baca.. rasa susah nak letak novel ini.. 

Jom layan sinopsis..


Kredit Aku Bagi ~ 5/5 bintang

Sinopsis ~

Hanya seorang calon yang layak. Siapakah dia?

Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.

Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.

Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.

“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”

“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”

“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”

Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.

Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...

“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”

“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”

“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”

Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam
Calon Isteri Jutawan.



6 comments:

  1. Cam menarik ja...rasa dan2 tu nak gi kedai buku kat Jln TAR.

    ReplyDelete
  2. salam kak,
    blog walking je...:)jemput la ke blog sy jgk..:)
    http://vitamindelight.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. wah, menarik ni..
    citer fantasi jgk ni, hehe..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan blog. Terima kasih banyak di atas reviewnya. terharu! Maaf andai ada terkurang di mana-mana ^__^

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss