Thursday, June 06, 2013

Novel ~ Jangan Merajuk Sayang

Assalamualaaikum..

 Penulis ~ Lynn Allyna



Aku suka dengan novel ini..sebab apa..bila baca rasa tak nak letak..
 Ini adalah novel terbaru dari penulis Lynn Alyna.
Sebelum ini aku pernah baca novelnya yang bertajuk Sepupuku Suamiku.

Okey... Ia mengisahkan Fatimah Adriana, seorang yang kuat bekerja dan tidak ada masa untuk mencari jodoh dan Ryzal seorang lelaki yang suka berpoya-poya dan perempuan keliling pinggang.  Mama Ryzal ini 
mahu mencari jodoh untuk anaknya. Jadi dia minta bantuan dari kakaknya untuk carikan jodoh untuk Ryzal.  Oleh kerana mak sedara Ryzal ini kenal ngan Fatimah dan berkenan dia pun cadangkan laa pada  mama Ryzal nie Maka terjadi laa satu temujanji.  Ryzal dan Fatimah, keduanya tak nakkan perkahwinan ini.. tapi dek sebab ego Ryzal yang tercabar kerana penolakan Fatimah.. jadi dia bersetuju aje.. Maka dia orang pun
berkahwin laa..  tapi Ryzal nie pada mulanyaa memang nak buatkan Fatimah nie sakit hati dengan perkahwinan ini dan Fatimah plak memang selalu nak sakiti hati Ryzal sampai dia boleh terjatuh cinta
dengan orang lain.. Jadi kalau korang nak tau jangan lupa dapatkannya untuk koleksi korang yer..

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..

Siti Fatimah Adrianna. Namanya cantik. Orangnya pun cantik tapi satu saja yang tak cantik. Panas baran. Kuat merajuk pun ya juga. Sebab itu dia susah nak dapat jodoh. Ada saja yang tak kena di matanya. Ramai yang mencuba nasib. Semuanya ditolak mentah-mentah.

Ryzal Syahmi, si pencinta sejati. Hatinya pernah kecewa. Disebabkan egonya, dia memerangkap Siti Fatimah Adrianna menyebabkan wanita itu terpaksa bersetuju untuk menjadi isterinya. Siti Fatimah tak mudah mengalah. Dia akan buat Ryzal Syahmi menyesal dengan keputusannya.

Singa betina jumpa harimau jantan. Elok sangatlah. Huru-hara rumah tangga mereka. Tapi demi menjaga hati keluarga, mereka terpaksa bertahan. Ryzal sering buat Siti Fatimah merajuk dan menangis. Tapi kemudian, dia sendiri yang akan pujuk.

Membina rumah tangga tanpa rasa cinta bukan semudah yang disangka. Hati Siti Fatimah pantas dicuri oleh Khairul Anwar. Buat pertama kalinya, seorang lelaki berjaya meleburkan hati batunya. Siti Fatimah terleka dengan cinta pertamanya dan dalam masa yang sama, Ryzal sudah merasakan ada cinta di hatinya buat Siti Fatimah.

Adakah Ryzal Syahmi berjaya mempertahankan gelarannya sebagai suami Siti Fatimah Adrianna ataupun
wanita itu tetap memilih Khairul Anwar yang semakin dekat di hatinya?

“Jangan pernah cuba untuk lepaskan... kerana aku juga akan mengikat hatimu sekuatnya.”



9 comments:

  1. best pulak bila baca sinopsis novel tu..

    ReplyDelete
  2. tak de lah kak Rina. mana ada T merajuk. hehehehe...

    ReplyDelete
  3. title dah best tu kak..ala2 manje gituuu....sipnosis pun best...lieya ade kawan kak yg gila novel mcm akak....die pun ade novel nie....

    ReplyDelete
  4. Sekarang banyak novel yang lebihkurang saja jalan ceritanya...

    ReplyDelete
  5. tuler sakarangni selallu jer terbaca yang lelakinyer playboy.. lepaihtu jadi baik bebeno..
    tapi layanlerkan...

    ReplyDelete
  6. Kalau ikut sinopsisi yg Rinna berikan tu boleh tahan best juga melayan ye:)

    ReplyDelete
  7. ni pulakkk?? adeii..
    kena tulis..kang lupa. byk sgt dh ni..huhu

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss