Tuesday, June 18, 2013

Novel ~ Lelaki Eksklusif

Assalamualaikum..





Dengarnya novel ini akan diadaptasikan ke dalam bentuk drama atau filem tak pasti.. tapi kisahnya menarik jugak laa.. Cerita menarik dan konflik cuma antara Wan Ariff dan adiknya berlainan ibu, Wan Mukriz yang berebutkan Nora yang comel lote ini.. Dengarnya mungkin watak Nora ini akan diberikan pada Nora Danish kerana nama Nora dalam novel ini adalah Nora Danisha.. ngeee..   So kalau nak tau lebih lanjut boleh dapatkan di pasaran..

Aku beri ~ 4.8/5 bintang

Sinopsis ~

NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah  dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.
“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”
“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”
“Serius?”
“Ngee, melampau bos ni.”
“Nora, saya serius ni.”
“Ya ke?”
Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.
Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.
Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.
Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?


11 Pengomen Terdiva:

nita said...

alahai kan bagus kalau saya ada minat macam Rinna ^_^

ALoNa CintamaniszLite said...

sy dh beli kata tak suka dan calon isteri jutawan tu..hehe.
ada 4 dah termasuk yg dh beli ari tu..
tp baru tadi sempat baca kata tak suka jer...syok ye citer tu. Tak tensen sgt...

lieyalatif said...

Ye ke kak akan didramakan? Mmg skrang tgh musim novel di dramakan kak....bile dah kuar tv mule laa lieya meroyan nak cari novel sbb nak tau endingnye heheheheheh

ieda immi said...

ieda nie x minat .. kalau minat macam rinna lah ekke ;)

Dee said...

tapi nora tomboy2 sketkan dlm cerita ni..boleh ke nora danish tu..kalau scha tu boleh kot..hehehe..

Eye_nee said...

kamu peminat setia novel2...cuba sekali kamu cuba menulis pula....

Rinna said...

@Eye_nee~ Minat membaca jer..heheh.. tak minat menulis.. tak de bakat laa.. :)

Rinna said...

@nita~ try laa baca satu novel dulu.. cari yang best2 sikit mana tau.. berminat plak lain kali.. nak membaca.. :)

Rinna said...

@Dee~kalau tgk pada watak tomboi mmg Scha lebih layak kan tapi tak tau laa sebab penulis dah bayangkan nora tuh nora danish hehehe..

Effa Eddy said...

nampak macam best ni. Akan dibaca nanti

wantie said...

untung novelis sekarang ni. sebab banyak pengarah yang buat drama/filem dengan cerita dari novel dorang..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss