Monday, June 10, 2013

Novel ~ Sungguh! Aku Gilerkan Kau

Assalamualaikum..




Ini adalah novel yang terkini yang baru aku abiskan membacanya selama 2 hari. Aku beli kat Popular hari Sabtu dan semalam petang dah abis.. hehehe..  Kalau citer tuh best memang susah laa nak berhenti..

Novel ini mengisahkan Adriana@ Rene seorang yang sangat tidak percayakan cinta dan perkahwinan kerana fobia melihat maknya yang telah berkahwin dan diceraikan sebanyak 3 kali (kalau tak silap laa).  Dia mempunyai seorang kawan baik bernama Danial yang dikenalinya sejak dari Universiti lagi.  Lepas dari Universiti dia dioffer keja oleh Danial di pejabat ayah Danial.  Danial nie sebenarnya mix (Cina kawin India) jadi nampak laa muka tuh kemelayuan sikit.

Mak Rene selalu aje bising sebab Rene dah berumur 27 tahun tapi tak kawin² lagi. Rene nie selalu gak laa keluar dating tapi tak pernah yang sangkut.  Selalu gak laa Rene bercerita dengan Danial tentang boyfriend yang dia jumpa nie.  Danial nie jugak baik ngan mak Rene..dan selalu gak ambil berat pasal Rene.

Satu hari mak Rene jatuh sakit dan masih bangkitkan lagi tentang hajatnya nak tengok Rene kahwin. Rene nie bagi tau laa kat Danial yang dia nak cari sorang lelaki yang dikahwininya untuk dapat anak saja dan lepas itu minta cerai.. sebab dia nie susah nak nak jatuh cinta.  Danial nie sebenarnya sayang sangat dengan Rene.. jadi dia mengofferkan dirinya untuk menjadi suami Rene.  Tekejut laa Rene kan.. Memula tuh Rene tak nak takut nanti persahabatan dia orang akan terputus sebab perkahwinan ini.. Tapi at last Rene setuju jugak laa.. siap Mummy Danila sponsor buat pre-wedding photo lagi.. Kira semua suka Rene kawin ngan Danial.  Danial nie pulak.. sebenarnya dah pun peluk Islam dah lama..dah cuma tak beritahu Rene.

Hahahah dah kawin kan.. cam na laa rancangan Rene nak dapat anak ekk.. sebab sebelum nie Danial kan kawan baik aje..cam na dia nak tekel Danial yer..ahakss..so kalau korang nak tau..kisah selanjutnya dapat kan di pasaran.. 

Aku beri ~ 5/5 bintang..

Sinopsis ~

CINTA? Bagi Adrianna cinta tak membawa apa-apa makna. Sikit pun dia tak pernah ada hati nak bercinta. Hubungan dengan mana-mana lelaki tak pernah kekal lama. Bagi Adrianna, cukup hanya ada Danial sebagai kawan baiknya. Danial yang senantiasa ada setiap masa untuknya, Danial yang cool, suka mengusik, dan juga perasan kacak!

“Danial! Nasib baik awak ni...” - Adrianna

“Handsome? Terima kasih. Dah lama tahu.” - Danial

“Perasan gila… Dalam mimpi pun awak takkan dengar.” - Adrianna

“Eh? Awak selalu mimpikan saya ke, Rene? Awak mimpi apa, ek?” - Danial

KAHWIN? Huh! Dia bukannya tak laku tapi dia yang tak mahu. Demi memenuhi impian emak, dia merancang sesuatu di luar dugaan. Rancangan yang tak pernah dibuat dek orang! Tapi apa yang dirancang tak seperti yang dia mahukan. Akhirnya rancangan yang diciptanya sendiri telah membuatkan perasaannya berantakan.

Akhirnya rancangannya membuahkan hasil seperti yang diinginkan. Namun, perasaan lain pula wujud menyebabkan hatinya goyah untuk meneruskan nekadnya. Peristiwa demi peristiwa yang dialami menyebabkan dia semakin kuat dengan perasaan itu.

“Janji dengan saya awak takkan jatuh cinta dengan saya?” - Adrianna

“Then awak jangan buat saya jatuh hati dengan awak. Tapi kalau awak yang jatuh hati dengan saya pulak nanti?” – Danial
Bolehkah Adrianna mempertahankan kata-kata angkuhnya untuk tidak jatuh cinta kepada Danial? Apa pula akan terjadi kepada hubungan persahabatan mereka berdua?

Sungguh! Aku Gilakan Kau akan merungkaikan kemelut kisah mereka...

Ini link Teaser SAGK dari blog penulis.. boleh baca sikit..laaa.. :))


7 comments:

  1. 2 hari je kak?!!! Fuhhh betul2 khusyuk akak membace ye....lieya mase jaman bujang2 tgh dok hantu baca novel pun mcm akak laaa...mengadap novel tak hengat punE khusyuk...mak panggil pun buat2 x dgr hahahaha

    ReplyDelete
  2. rajin betul Rinna baca novel ya....saya baca ikut mood...

    ReplyDelete
  3. tu laa..ari tu pun mmg sy beli novel yg rinn pra-citer kat sini, hehe..

    ada satu judul tu sy tak jumpa lagi..kalo tak silap..KATA TAK SUKA, ye ke?? adeii..
    Yg tu pun tak jumpa lagi..yg ni pulak dh mai..ngee..
    Skang ni senang nk cari novel...ikut yg rinn citer kat blog aje, kehkeh..

    ReplyDelete
  4. 2 hari je? bestnya kalau dee ada masa mcm sis rinna..hehehe..

    ReplyDelete
  5. salam sis rinna :) terima kasih krn buat review tuk novel ni.. *terharu* kuasa 2... <3 <3

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss