Friday, August 16, 2013

Kisah Raya Aidil Fitri 2013 - Bhg 1

Assalamualaikum..

Lama betul blog tak berupdate tanpa N3 baru, maklum laa mood raya.. blog pun raya laa juga.  Tuan punya blog pun mood ke laut.  Ramai blogger telah pun update tentang sambutan raya masing².  Aku nie baru nak mula update.. plan² kayuh aaa.. Jom kita mula yer.. hehehe..

6 Ogos 2013 (Selasa)

Aku masih bekerja hari ini tapi ofis dah lenggang sebab ramai yang telah ambil cuti awal.  Aku kat ofis mood nak wat keje pun tak de.. tapi siapkan laa juga..mana² keja tuh nanti senang tak de laa bertimbun bila masuk ofis balik nanti. Hubby aku ofis dia dah mula cuti dari Isnin..dia orang kena paksa cuti sebab student pun dah bercuti.

Cadangnya nak balik kampung esok malam raya.. tapi tup² hubby ambik dari ofis katanya nak balik malam nie jugak.  Nasib baik aku dah pack sikit² baju aku cuma kena pack baju hubby dan anak aku jerk.  Weols bertolak balik ke kampung dalam pukul 11.30 malam.  Tahun ini Kak Yong sekeluarga jadi plak balik kampung cuma Angah je tak join sekali tahun ini sebab balik ke Johor.  Kak Yong balik ngan Kak Yang dan weols plak ambik Kak Nyah balik sekali.  Selalunya Kak Nyah tak balik raya tapi tahun nie dia join plak weols balik..kira meriah laa sikit raya tahun ini.

Seperti biasa jalan di highway plus memula tuh okey.. tapi bila dah sampai kat nak masuk ke Slim River dari 3 lane dan ke 2 lane mula laa slow sangat.. jadi hubby ikut Slim River masuk jalan dalam.. melalui Bidor. Alhamdullillah jalan dalam lancar.. tak de jem sangat.  Weols sampai di rumah Apak dalam pukul 2.30 pagi. Sampai² tilam dan bantal telah terbentang.. apa lagi.. dah basuh² kaki, muka bagai.. landing ler kita.. kejap sementara nak nantikan sahur..  Bangun sahur dalam pukul 4.30 pagi.  Lauk-pauk Kak Yang dah bekalkan dari KL lagi.. cuma masak nasi jerk.

Jalan dah mula jem.. lampu brek sana sini.. 



7 Ogos 2013 (Rabu)

Dalam pukul 7.30 pagi gitu, aku, hubby dengan Kak Yang dan Yong, weols ke Pekan Langkap.. wow meriah sungguh ada pasar tani.  Maklum laa ramai yang balik ke kampung.  Seronok betul tengok..kemeriahan..gini.  Weols beli lauk pauk untuk masak juadah berbuka pose.  Yang paling ramai orang beratur nak beli santan kelapa.. 

Balik dari pasar.. siap² bersihkan ayam dan ikan.. untuk masak.  Dah selesai tuh aku tolong Kak Yong isi pulut dalam daun palas.  Kiranya 1st time laa aku buat.. menjadi jugak aku anyam daun palas tuh.. :))

Dah siap anyam pulut daun palas..tolong Kak Yang memasak plak untuk juadah berbuka pose.  Sebelah petang weols ke Langkap lagi untuk beli sikit kuih muih untuk berbuka.


Meriah di pekan Langkap ada pasar tani.. 

Macam² sayur ada dijual 

Sempat posing² di pasar Langkap

Operasi membungkus pulut daun palas.. mencabar gak..nak lipat dan 
ikat daun tuh bagi ketat.. akhirnya berjaya jugak..

Juadah berbuka pose.. 

Yang sedap ada lauk kari ayam, sambal ikan bilis dengan jering dan 
sambal gesek bilis dengan belimbing buluh.. 

Macam² air request dari anak dan cucu²
Dah malam budak² ini layan main bunga api plak..


Okey nanti sambung lagi yer...

11 comments:

  1. Baru tahun ni T try bukak daun palas. Nak balut ngan pulut tu tak berani lagi takut terkoyak pulak. maklumlah budak baru belajar. ngee..


    selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. sambal ikan bilis ngn jering tu buat terliur je ni ..kalo makan , mau betambah nasi

    ReplyDelete
  3. bla da berkumpul tu apa lagi mcm2 jenis la kn lauk pauk nyer

    ReplyDelete
  4. Seronoknya kakcik tengok sayur2an hijau dan segar di pasar tu. :)

    ReplyDelete
  5. Salam Ms. Rinna :D :D
    I suka tengok air pelbagai warna itew! meriah you! :D

    p/s: i kalau pergi pasar tengok sayur gemuk gemuk hijau hijau gerammmmm borong semua lepas tu tak sempat nak masak semua heheheheheheh

    selamat hari raya aidilfitri to you and family too :D

    Ms. Pearl

    http://chepearl.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. samala kiter buat ketupat palas jugak...seronok buat ngan adik beradik reramaikan...memang tang na ketatkan daun tu...

    Selamat hari raya...

    ReplyDelete
  7. samala kiter buat ketupat palas jugak...seronok buat ngan adik beradik reramaikan...memang tang na ketatkan daun tu...

    Selamat hari raya...

    ReplyDelete
  8. mmg harus byk lauk pauk & air ler sis bila berkumpul ramai2...
    masing2 nak layan tekak memasing kan....

    sronok kan ramai2 buat ketupat palas tu....
    sembang2 sambil anyam jap je dah settle....

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Maksu & Paksu sekeluarga!.

    Sedapnya lauk berbuka..aduhh rindu betul nak rasa feeling balik kampung camni.hihi..

    p/s pandai anyam ketupat ek.nak kena belajar ni nanti ;)

    ReplyDelete
  10. Kakak rasalah Rinna tahun ini ramai yg berbuka puasa akhir ramadhan di kampung kan sebab dah cuti sekolah. Seronok bila makan ramai-ramai kan.

    ReplyDelete
  11. sy pun balik kg 7hb...
    tp jalan ok jer laa..mgkn melawan arus kot..

    mmg suasana paling meriah adalah sehari sebelum nk raya tu...mmg seronok ngan persediaannya, kan...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss