Thursday, August 29, 2013

Novel ~ Rindu Awak 200%

Assalamualaikum..



Suka dengan watak Zill Faezrul yang banyak bersabar dengan Armel Aisya yang dikahwininya atas pilihan orang tua. Faez nie yang tak berminat untuk berkahwin setelah kematian tunang yang disayang 5 tahun yang lalu tapi sebab kesiankan ayahnya dan juga kedua ibubapa Armel Aisya.. Dia pun setuju untuk meminang. Tapi Armel nie seorang yang keras kepala tak setuju pada mulanya.. tapi sebab nak tunjuk kat bekas boyfriend dia yang dia juga boleh hidup bahagia setuju akhirnya berkahwin dengan Zill Faezrul. Dah kawin masing² wat haluan masing² laa.  Armel Aisya terjumpa semula dengan bekas boyfriend dia dan mereka berkawan semula maklum laa cinta lama berputik kembali.  Dengan suami sendiri Armel buat tahu aje.  Zill Faezrul nie pada tanggapan Armel seorang pekerja biasa sebab Faezrul tak penah dedahkan pekerjaan sebenar dia.  Selalu keluar dari rumah 4/5 hari baru balik. Perhubungan Armel dan boyfriend telah sampai ke pengetahuan Faezrul..so nak tau apa terjadi korang dapatkan novel ini di pasaran yer..

Semestinya endingnya mesti laa bahagia..


Kredit ~ 4.9/5 bintang


Sinopsis ~

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.


Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?


6 comments:

  1. lieya suke tgk bintang yg akak bagi...heheeh wow kali ni dpt 4.9 hah...sure cite ni best kan kak....

    ReplyDelete
  2. nak baca novel ni kena ada minat tau.

    ReplyDelete
  3. amboi rajin sungguh melayan novel yer

    ReplyDelete
  4. Kalu endingnya bahagia ceria sikit kalau tak sebak rasa kat dada Rinna...

    ReplyDelete
  5. Sebab ape armel berubah nanti??jeng3.....ada cite di sebaliknya yg buat armel tetiba insaf...masa tu la baru zill lak sentap...give up dah ngan si armel tu...

    ada part yg sedey...sedey sangat....

    Drama tu dah diubah ckit la dari novel...sbb kalo dalam novel daria kapel ngan ezril...kazen armel...tp dalam drama daria kapel ngan abg armel...idhan...

    raizil ngan armel break off kat chicago kalo ikot novel tp ikot drama dorg break off selepas armel balik malaysia..selain tu ade la part2 yg diubah2 ckit...but siyesly kalo baca novel...novelnye sangat sopan...xde la kata ada ayat2 berunsurkan 18sx ke walopon ckit....novel yg bersih la kiranya....

    kesimpulannya drama ngan novel sama je best...cuma kalo watak armel tu nellydia senrose yg bawak mungkin lebih best kot.... ;)

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss