Thursday, September 19, 2013

Kisah & Gambar Pertunangan Dazrin

Assalamualaikum

Selamat bertunang pada Dazrin dan pasangannya Amyra Rosli
(Pelakon drama Jodoh)
Moga berkekalan hingga ke jinjang pelamin..

Sama cantik sama padan.. sweet jer couple nie..

Foto ~ Kredit  FB Media Hiburan

Pemenang Fear Factor Selebriti Malaysia, Dazrin Kamaruddin, 25, sudah pun melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya pada bulan Ogos yang lalu. Memandangkan tiada hebahan media dibuat sebelum ini, GUA menghubungi Dazrin untuk mendapatkan komen lanjut tentang pertunangannya itu.

“Ya, saya sudah mengikat tali pertunangan bersama Amyra Rosli. Saya bertunang dengan dia pada 25 Ogos lalu. Saya dan dia sudah tiga tahun berkawan. Saya rasakan pertunangan saya dengan dia merupakan langkah seterusnya yang saya ambil setelah bersahabat dengannya dan juga sebelum kami melangsungkan perkahwinan,” jelas Dazrin memulakan perbualan.

Tunang Dazrin, Amyra Rosli, 22 merupakan salah seorang aktres yang sedang mencipta nama dalam industri hiburan. Gadis lulusan diploma teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini pernah membintangi drama seperti ‘Cinta dan Wahyu di TV Al-Hijrah’ dan ‘Amyra’ juga pernah berlakon bersama Dazrin dalam drama bersiri ‘Jodoh’ yang ditayangkan di Astro Ria.

Ketika ditanya mengapakah Dazrin tidak menghebahkan cerita pertunangannya, pelakon drama bersiri ‘Adam dan Hawa’ ini punya penjelasannya yang tersendiri.

“Saya merasakan pertunangan ini sebagai salah satu ikatan antara keluarga saya dan keluarga dia. Saya mengikut adat, jadi kalau boleh saya tidak mahu gembar-gemburkan mengenai berita ini. Mengenai berapa lama ikatan pertunangan kami pun saya belum boleh hebahkan kerana semua masih lagi rahsia. Apabila kami berdua sudah bersedia untuk berkahwin, saya akan beritahu kepada semua,” tutur Dazrin lagi.

Sebagai seorang aktor yang sedang mencipta nama, kemungkinan berita pertunangan Dazrin akan membuatkan peminatnya beralih arah. Ketika ditanya mengenai hal ini, Dazrin menjelaskan dia berpendapat, jika peminat betul-betul menghargai bakatnya, pastinya mereka dapat menerima berita ini.

“Kalau betul mereka meminati saya, mereka akan sokong saya kerana apa yang saya buat ini pun adalah perkara yang baik. Kalau ada peminat yang lari, nak buat macamana, saya tak boleh nak cakap apa. Saya menjalinkan ikatan pertunangan, saya melakukan sesuatu yang mengikut adat dan saya membuat perkara yang baik. Saya harap semua akan faham,” ujar Dazrin lagi.

Bercakap mengenai ciri-ciri yang dimiliki oleh Amyra sehingga membuatkan dirinya terpikat, Dazrin menjelaskan Amyra merupakan seorang gadis yang pandai menjaga hatinya.

“Amyra seorang yang baik dan peramah. Dia pandai menjaga hati saya. Cara layanan dan cara dia menjaga saya membuatkan saya tertarik. Apa yang penting, dia merupakan seorang yang ‘family person’.  Itu yang sangat penting bagi saya. Dia sangat rapat dengan keluarganya dan cara dia melayan keluarganya sangat baik dan bersopan santun. Dia juga sangat mesra dan melayan keluarga saya dengan begitu baik sekali,” cerita Dazrin lagi.

Dalam perkembangan lain, Dazrin kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri ‘Dia Suamiku’ terbitan MIG. Drama yang bakal disiarkan di Astro Prima itu menggandingkannya dengan Nabila Huda dan Yana Samsudin. Selain itu, Dazrin juga bakal terlibat dengan drama ‘Cinta Pandang Kedua’ yang bakal disiarkan di TV9.

Sumber Kredit ~ Cari.com



13 comments:

  1. laaa dah bertunang kak....suke2...lieya minat dazrin nieh...mmg sepadan laa dgn tunang die ni...same cantik same padan hah.....

    seb baik akak up entry ni kalo tak mmg tak tau pun kak...

    ReplyDelete
  2. Cantik dan hensem dua-duanya tapi kakak ni kan jarang menonton itu yg tak kenal...

    ReplyDelete
  3. yang dazrin tu kenaller... tapi yang pompuantu tak kenal ngat.. tapi yang penting sama cantik sama padan..
    semoga kekal lah hubungan mereka itukan..

    ReplyDelete
  4. kemain hensem & jelita ni padan sangat2...kan kak...

    ReplyDelete
  5. dah bertunang ye..tak dpt tgk gambar..balik umah nti nak tgklah..hehehe..

    tahniah..moga berkekalan jodohnya..

    ReplyDelete
  6. assalam rinna..lawo nya pasangan ni

    ReplyDelete
  7. dah bertunang. hmm... si hensem ni dah tunang. tahniah buat dia.

    pasangannya tu pun lawo sesangat. sweet couple

    ReplyDelete
  8. Sama cantik, sama padan :)
    Moga berkekalan hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  9. bertuah dazrin dapat tunang cantik

    ReplyDelete
  10. Selamat bertunang moga kekal bahagia hingga ke jinjing pelamin

    ReplyDelete
  11. dah bertunang dah...x pernah plak tgok Amyra tu...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss