Friday, September 27, 2013

Novel ~ Bukan Isteri Sempurna

Assalamualaikum..


Novel ini mengisahkan Daniel Arman yang terpaksa kahwin dengan Nina anak pembantu rumah yang telah diperkosa oleh abang kembarnya Danish Arham dan menyebabkan Nina dah termengandung 5 tahun dulu.
Oleh sebab perkara tak diingini.. Nina keguguran dan kerana tidak mahu menyusahkan Daniel Arman dia telah keluar dari rumah dan memasing buat hal memasing. 

Satu hari tuh Syarikat Daniel Arham dan Syarikat dimana Nina bekerja telah berkabung dan masa ini laa Daniel dah terjumpa balik dengan Nina dan terjatuh cinta dengan isteri sendiri. Mula laa buat plan supaya Nina bekerja dengannya dengan menaikan pangkat dari setiausha menjadi PA kepada Daniel.  Dengan cara ini Daniel dapat rapat dan cuba untuk memikat Nina semula.  Maklum laa Nina sekarang lebih cantik dan cun dari dulu... So kalau korang nak tau citer selanjutnya.. sila laa beli buat koleksi yer..

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..
Sinopsis.. ~
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

5 comments:

  1. alamak...kenapa lately byk novel yg best2??? arghhhh tidakkkkkkkk

    ReplyDelete
  2. Lya dh lme x baca novel.. Bru2 ni j smpat khatam sbnarnya sy isteri dia.. Ni ada novel love u mr arrogant tp xde msa nk bacq

    ReplyDelete
  3. banyak betul koleksi novel akak yer..

    that day pergi popular ada satu group yg dok asik citer ttg novel je... then ada sorang tu ckp.. "Aku nak pejam mata bila lalu kat sini , takut berjangkit penyakit ulat novel"..

    terus T teringatkan akak tau.

    ReplyDelete
  4. kalo gi rak buku kat kedai2 buku...mak aii...rambang mata..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss