Thursday, September 05, 2013

Novel ~ Eksperimen Cinta

Assalamualaikum..




Novel ini mengisahkan tentang Tengku Aaron Shah merupakan seorang playboy dan dikelilingi oleh perempuan² yang cantik. Dia jadi begitu disebabkan bekas teman wanitanya Seri yang curang dengan adik kembarnya Tengku Areaan Shah sampai tak boleh bertemu muka dengan kedua²nya.  Dia jadi tak percayakan cinta. Untuk membuktikan pada adik kembarnya yang dia juga boleh hidup bahagia dia ambil keputusan untuk berkahwin dan menjadikan perkahwinan itu sebagai satu exsperimen.  

Damia Farisha yang ditugaskan oleh majikan untuk berurusan dengan Triumph Air telah bertemu dengan Tengku Aaron Shah.  Jadinya Tengku Aaron nak melaksanakan exsperimennya telah mengajak Damia untuk berkahwin dengan mengugutnya..Kalau Damia tak nak kawin, Tengku Aaron akan tarik balik dana yang telah disalurkan pada syarikatnya dan akan menyebabkan syarikat akan gulung tikar.  Jadi dengan hati yang berat terpaksa laa dia menerima lamaran dari Tengku Aaron.

Macam² insiden berlaku bila dia orang dah kawin.. iye laa mula² tak suka tapi kalau dah duduk serumah lama² jatuh cinta jugak kan..Tengku Aaron nie memula sangat angkuh kononnya tak akan jatuh cinta dengan Damia tapi akhirnya.. kalau korang nak tahu.. baca laa yer.. 

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..

Sinopsis ~

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damialetakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”
“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya? 


1 comment:

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss