Wednesday, October 16, 2013

Novel ~ Hantu Punya Bos!

Assalamualaikum..



Mengisahkan Abby yang dalam keadaan terdesak terpaksa bekerja sebagai setiausaha di tempat kawan baiknya Diela yang kebetulan plak akan berhenti kerana nak berkahwin.  Diela sebelum ini selalu jugak laa mengadu dengan Abby tentang garangnya boss dia Arrayyan Zainuddin. Sebab mak Abby sakit bekerja laa dia ditempat Diela.  Memang selalu laa Arrayyan nie carik pasal ngan Abby.  Abby nie seorang yang minah latah.  Pernah kena jerkah dek Arrayyan sampai tertamparkan pipi Arrayyan.  Selalu kena buli.. Dalam hati Abby selalu ngutuk bossnya.. Hantu Punya Boss.. Lama² Arrayyan terjatuh cinta dengan Abby.  Macam² cara nak takel Abby.. Kalau nak tau lebih lanjut uols beli laa novel nie..  Suka satu statement dari Arrayyan.. bila dapat makanan.. mesti dia akan sebut 'Dap aaahhh'..bila baca senyum² jerk..

Kredit ~ Aku beri 4.9/5 bintang

Sinopsis ~

BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?



5 comments:

  1. mesti lkawak kn? arghhh ni yg rs nk bc jg ni

    ReplyDelete
  2. nanti mesti masuk kat tvni... syioknyer kalau dunia gitukan... tiba2jer ada orang jatuh cinta kat kita tanpa mengira kekurangan kita.. ha.. ha.. itu feel masa muda2 dulu baca novel...

    ReplyDelete
  3. mesti lawak citer ni. hahahaha

    ReplyDelete
  4. sy sedang baca novel..actually, i love you...hehe, baru beli isnin hari tu..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss