Tuesday, October 01, 2013

Novel ~ Terima Kasih Cinta

Assalamualaikum..




Ia mengisahkan Amani, gadis dari kampung yang datang ke KL untuk interview sebagai seorang setiausaha. Amani yang telah terlewat ke interview cadang nak naik teksi dan terpaksa berebut dengan Zafran yang pada pandangan Amani seorang yang sangat angkuh dan sombong sampai sanggup upah pemandu teksi dengan wang banyak dan dah tentunya Amani tak mampu. Jadi terpaksa laa beralah dengan Zafran hingga dia terlewat untuk interview.  Nasib baik dia ada satu lagi interview keesokkan harinya. Amani ingatkan dia tak akan jumpa lagi dengan singan jantan nie tapi kalau dah tersurat dan tersirat.. interview yang kedua nie dia terpaksa juga berdepan dengan Zafran yang kebetulan plak mencari setiausaha.  Oleh sebab Zafran terdesak nak dapatkan setiausaha jadi dia terpaksa laa menerima Amani.  Masa kerja dengan Zafran ada je laa kena bambu ngan Zafran nie.  

Ada je yang tak kena di mata Zafran sampai Amani nie sanggup pinjam baju dari teman serumahnya.. Lama kelamaan Zafran nie terjatuh cinta laa dengan Amani yang kebetulan juga sedang di takle oleh Fahmi, Jurutera di tempat Zafran.  Banyak laa cara Zafran ni nak ambil hati Amani hingga la mereka berkahwin. Biasa laa dalam perkahwinan akan ada rintangan. Apa taknya makwe lama Zafran muncul dalam hidup mereka..

Jadi kalau uols nak tau lebih lanjut sila dapatkan novel ini dipasaran yer..

Kredit ~ Aku beri 4.9/5 bintang

Sinopsis ~

“Itu kasut ke sampan? Habis basah satu office! Dapat gaji nanti beli lah kasut baru...”
Amani runsing! Hampir saban hari ada sahaja kejadian yang mengundang kebencian ‘ si singa jantan’. Tentang baju buruk yang tersarung di badan, tentang kopi yang tidak cukup manis, tentang kasut cabuk yang sudah setahun tidak berganti. Ya, kasut cap Bata itu juga menjadi mangsa keadaan. Kasihan kau kasut...
   Di saat Amani mula berputus asa, layanan berbeza mula dirasainya. ‘Ai, takkan singa       
   jantan dah bertukar menjadi kucing manja kut?’
Api kebencian yang terpendam di dada semenjak bertahun yang lalu bagaikan padam dengan tiba-tiba. Aura apa yang dibawa oleh gadis kampung ini? Mengapa ada debaran yang menggila setiap kali bertentangan mata? Mengapa ada rindu apabila berjauhan? Mengapa ada cemburu yang bertandang saat si dia menjadi tumpuan? Apakah perasaan yang sudah dibuang mati kini kembali melata di taman hati? Mungkinkah sudah sampai waktunya untuk melenyapkan kenangan lalu yang menghiris kalbu?
“Amani, sudi tak awak menjadi suri dalam hidup saya? Menerima saya sebagai imam dalam hidup awak. Mengharungi susah dan senang bersama-sama. Menemani saya sampai tua ganyut.”
Di saat cinta sudah berputik, kepulangan Natrah membawa 1001 rahsia. Anak kecil bernama Emir Luqman menjadi senjata untuk Natrah menawan kembali sekeping hati Zafran. Antara cinta dan belas-kasihan, yang manakah menjadi keutamaan Zafran? Tergamakkah Zafran melukakan hati Amani demi permintaan Natrah? Sanggupkah Amani menerima Zafran jika rahsia sudah terbongkar?

13 comments:

  1. agak2 ade potensi tak nak didrama kan kak...lieya mmg tgu drama jek lani ekekekekeek...

    skrang layan love you mr arrogant tu...best gak bile dah didramakan kan....

    ReplyDelete
  2. macam best je novel ni kak. nak carilah, nak baca juga..hehe

    ReplyDelete
  3. rinna ni mmg peminat novel betul ye.akak nak abis satu pun terkebil2 bijik mata hehe

    ReplyDelete
  4. rinna ni mmg peminat novel betul ye.akak nak abis satu buku pun terkebil2 bijik mata hehe

    ReplyDelete
  5. waa best ni...best gak kalo layanni...

    ReplyDelete
  6. kalau semua novel didramakan..dee takyah baca novel dah..hahaha..

    suka novel dari fixie atau terfaktab je..lain dr yg lain..

    ReplyDelete
  7. tunggu drama ni kuaq.. sure punya akan keluar. yakin sesangat

    ReplyDelete
  8. rajin sgt kamu baca novel2 ni kan sis..akk pun sama cam DEE dan lieya jer lah..tunggu kuar kat TV jer..yg sudah di Drama kan....

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,

    agak2nya dikumpul semua novel rinna
    ada berapa kabinet agaknya :)

    ReplyDelete
  10. @Ati Masrif ~ Baru satu rak kecik je Ati.. belum banyak pun lagi.. :)

    ReplyDelete
  11. mlm ni nk serang MPH!!!!!! nk cr novelllllllllll

    ReplyDelete
  12. Time kasih sudi dapatkan karya pertama sy :)

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss