Monday, October 21, 2013

Novel ~ Terukir Cinta

Assalamualaikum..



Dapat buku yang ada tandatangan penulis..

Aku oder buku nie online dari Ideakreatif.net.  Tirguda nak beli sebab terbaca beberapa episod dalam blog Anna Lee.

Mengisahkan tentang Nadia yang telah bercinta dengan Imran seorang Jurutera di tempat kerja yang sama. Dia orang nie dah bercinta agak lama juga.. 5 tahun. Abis tuh bila dah lama bercinta nie tentu laa keluarga Nadia dok bising bila laa si Imran nie nak masuk meminang.  Imran nie plak cam acuh tak acuh aje bila ditanya tentang kawin, ada banyak je alasannya.  Satu hari tuh sedang dia orang berdua nie berbincang dan tak de kesudahannya, si Nadia siap ugut laa Imran kalau dia tak nak masuk meminang dia akan tarik aje sesiapa yang untuk jadi suami dan dicabar plak oleh Imran. 

Tah macam mana Nadia terlanggar seorang jejaka nie di tarik dan ditanya depan Imran samada lelaki tuh sudi tak nak kawin dengan dia tanpa berfikir panjang. Khalif Aufa lelaki yang dilamar oleh Nadia pulak pernah berjanji dengan mamanya yang dia hanya akan berkahwin jika ada perempuan yang melamarnya. Mama Khalif risau sebab Khalif nie dah berumur 39 tahun tapi masih lagi belum berkahwin. Masa Nadia jumpa Khalif, yang baru pulang dari luar negara dengan keadaan yang kusut masai dah tu plak dengan mata merah, Nadia nie ingat yang Khalif nie penyangak. Tapi semestinyaa happy ending laa antara  Khalif dan Nadia.

Banyak laa adengan yang sweet, yang romantik.. jugak yang sedey.. Kalau nak tau dapatkan di pasaran yer.. 

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

Nadia yang polos, Nadia yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah! Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah. 

Jawapan Imran buat hatinya naik geram. “Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran “Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di situ. “Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia “O… key. Bila?” Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya. Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah. Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta Audi yang ‘seksi’. “Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif “Tak. Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri kereta!”- Nadia Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan bergaya. 


Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah dia sebenarnya? Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif? Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?


6 comments:

  1. buku2 idea kreatif ni puas jg sy cari kt MPH or popular tp x byk la

    ReplyDelete
  2. Kamu si Queen of Novel....hehehe...riview nampak cam bes jer...

    ReplyDelete
  3. klu baca ni mesti best. nak jugak tengok cam na muka si serabai tu.

    ReplyDelete
  4. wah...ni mcm best ni...padan muka imran, hehe..
    Eh, tak baca betul2 pun dh leh geram kat imran :P

    ReplyDelete
  5. Mmg best kak...

    Mula2 baca GERAM..
    Lepas tue GELAK GILO2 ye...
    Lepas tue senyummmm sampai Nampak GUSI....

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss