Thursday, November 28, 2013

Berita Artis ~ Johan Asari Akui Bercinta Dengan Lana Nordin..

Assalamualaikum..

Memang terkejut juga baca pengakuan Johan nak kawin ngan Lana Nordin.. iye laa selama ini ingatkan dia bercinta dengan Shila Hamzah.. Katanya  baru jumpa 3 kali terus lamar.. Kita tunggu dan lihat.. perancangan perkahwinan yang dijangka tahun depan..  Harap berkekalan hingga ke jinjang pelamin..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itu’lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.
Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.
Johan As’ari juga percaya & yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.
“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan As’ari.
“Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin”
Lana Nordin hadir menemani Johan As’ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing masing dengan gelaran baby & sayang tidak mampu menutup status mereka yang sedang hangat bercinta.
“Kalau ikutkan, kami tidka mahu menangguhkan perkara baik — cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa gesa,” tambah Johan As’ari yang tidak mahu dedahkan tarikh pernikahan.
Keberanian & Keikhlasan Johan As’ari Buka Hati Lana Nordin
Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya.
“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan”
“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” jelas Lana Nordin. (rtky/m)

#03 Johan As’ari, Lana Nordin Akui Sedang Bercinta - ROTIKAYA


#02 Johan As’ari, Lana Nordin Akui Sedang Bercinta - ROTIKAYA

Kredit ~ Rotikaya.com

9 comments:

  1. laa ingat ngan shila amzah....takpe la, kite doakan berkekalan masjid yg bakal dibina....lana tu seksi sgt..tu lieya kureng bekenan sikit....

    ReplyDelete
  2. la... bukan ke si lana ni sulu cinta ngan mat salleh? tak tau la pulak dia dah putus. BTW doakan kebahagiaan dorang.

    ReplyDelete
  3. Kalau untuk kebaikkan ok la kot....

    ReplyDelete
  4. Hari tu bukan ke si Lana Nordin bercinta dgn mat salleh?

    ReplyDelete
  5. mcm x caya je kan.. apapun kita doakan !

    ReplyDelete
  6. susah nak komen...sbb ni soal hati.
    Tp dorang ni selebriti...payah sket bila mcm ni. Bila bercinta masing2 yakin ngan pilihan dan keputusan masing2.
    Contoh yg paling sy ingat masa rita rudaini bercinta ngan aidil dulu. Beriya2 dia bgtau press aidil ni matang. Tp tengok laa bila rumah tangga dh bergoyang. Ntah laa...ini adalah perjalanan hidup insan. Bkn kita yg atur...cuma tu laa yg akan jadi bila jd selebriti. ORang akan highlight cerita mereka..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss