Wednesday, November 20, 2013

Novel ~ Dia.... Isteri Luar Biasa




Aku suka dengan citer novel ini.. kelakar, geram romantis pun ada..

Ia mengisahkan Dewi Yusra yang mempunyai banyak cawangan Nasi Ayam dan sangat terkenal. Dia ni sangat phobia dengan lelaki sebab ibunya sendiri pernah dizalimi oleh ayahnya. Dewi Yusra nie sorang yang brutal tapi baik hati dan suka menolong kaum perempuan yang dizalimi suami dan memberi mereka ini kerja di restoren²nya.  Satu hari dia pernah terfikir untuk mempunyai seorang anak untuk mewarisi perniagaannya nanti tapi tak nak berkahwin..Mana bolehkan.  Untuk melaksanakan hajatnya itu, dia terpaksa laa mencari lelaki yang sesuai dan mempunyai ciri-ciri seorang ustaz dan genetik yang bijak pandai.

Satu hari dia telah berkenalan dengan Raden Amzar, seorang Prof Madya di dalam kapal terbang. Memula tuh tak suka tapi Yang buat dia tersuka tuh bila Raden Amzar solat dalam kapal terbang..Ahaks maka terjadi laa perkenalan antara mereka.. Raden ini memang dah lama suka dengan Dewi Yusra sebab dia selalu gak pergi makan di Restoran Nasi Ayamnya.. 

Mereka berkahwin apabila ditangkap basah.. cam na dia orang ditangkap basah kena baca okey.. hehehe..Hajat Dewi Yusra nak dapat anak makin cerah bila dia dapat berkahwin dengan Raden. Kan mereka kawin tangkap basah jadi mesti laa malu²kan.. Jadi berbagai cara si Dewi Yusra nie konon² tak nampak laa desprate sangat nak bersama dengan Raden utk capai misinya itu.. Boleh plak dia dah pakai seksi² dah tuh pura² berjalan dalam tido masuk bilik Raden Amzar.. mereka nie memula kawin tido bilik asing² ahahah memang kelakar.. cara Dewi nak ngorat Raden.. Memang Raden pun sebenarnya syok juga kat Dewi.  Akhirnya tercapai juga hasrat Dewi dan dia mengandung. Ingat boleh laa dia minta cerai dari Raden tapi Raden nie mana nak kan dia tersangat laa sayangnya dengan Dewi Yusra..di tatang bagai minyak yang penuh.  Macam² cara Dewi nie buat untuk sakiti hati Raden tapi Raden tetap sabar.

Sampai dah bersalin pun Dewi buat perangai bawa lari anaknya..Dewi Raden Amani.. ahahaha berebut nak masing² nak letak nama pangkal Dewi dan Raden..tapi si anak yang memang terlalu manja dengan abahnyaa sampai demam kerana rindu.. Kalau uols nak tau apa jadi dengan rumahtangga Dewi Yusra dan Raden Amzar... korang beli dan baca laa novel nie.. yer..

Kredit Aku Bagi ~ 5/5 bintang

Sinopsis ~

SINGLE is simple, double is trouble...

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!


Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…


Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.


“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 


Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flightdari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?


Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?


Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.


7 comments:

  1. menarik sinopsis ni..mmg sesuai lah didramakan..tapi pelakon kenalah best gak..kalau pelakon kayu..apa pun tak boleh..huhu..

    ReplyDelete
  2. hahaha... rasa kelakar la pulak bila baca ni kak. part jalan time tido tu . adoi...

    ReplyDelete
  3. Macsm best jer sinopsis cerita ni...kalau didramakan pun best jugak...bunda jarang membaca...

    ReplyDelete
  4. OKje kurang suka baca novel Rinna...tapi nampak mcm best je cerita dia tu

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss