Thursday, January 31, 2013

Eat N Run

Assalamualaikum..

Selasa, 29 Januari 2013 - Aku diajak menemani ofismate ke Tropicana City.  
Kira 1st time gak laa aku ke sini.  Weols ke UMobile Centre dulu.  Dah selesai
baru weols pergi menjamu selera.  Cari² tempat makan yang sesuai akhirnya weols
makan kat Eat N Run.

Jom tengok apa weols makan..

 Menu dan harga..


 Ice Lemon Tea.. ngan menu tambah RM1.00 dpt air


Kalau nak cari kedai nie ada alamat kat menu 





 Spegetti Chicken Meatball

Spegetti Beef Meatball (aku punya)


Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..

Dah tukar baru..yang lama butang 1 tak leh nak picit ...


Tuesday, January 29, 2013

Citer Jumaat Lepas

Assalamualaikum..

Pada hari Jumaat lepas 25 Januari 2013, aku dan hubby cuti.  Anak aku pun dapat cuti jugak.  Jadi weols sekeluarga ngan Kak Nyah pergi ke Imigresen.  Aku nak renew balik passport aku.  Dulu masa memula buat weols buat dekat Wangsa Maju tapi kali ini weols ke Imigresen kat Jalan Duta.. 

Buat passport kat sini ambil nombor tak payah isi borang.  Tapi tu laa sistem selalu down. Bila dah down mesti la lambatkan.  Ingatkan buat hari Jumaat tuh boleh laa dapat passport hari tuh jugak.. tapi tak siap.  Bayangkan sampai dalam kul 11 pagi dipanggil dalam pukul 3 lebih gitu.  

Hubby aku dia renew passport dia kat Kiosk (mesin).. Buat sebelum solat Jumaat dalam pukul 4 petang dah siap.  Jadi aku galakkan uols kalau yang nak renew buat ke kiosk aje laa senang dan cepat.  Kak Nyah plak tak dapat nak buat pada hari tuh sebab dia terlupa nak bawa passport.  Jadi aku ngan anak aku je laa yang tak dapat lagi passport.  Weols buat untuk 5 tahun senang.. rasa cam bosan nak menunggu tuh.

Lagi pun kalau buat RM100 untuk 2 tahun.. 6 bulan sebelum expired tak boleh dah nak guna.. tapi kalau 5 tahun punya 6 bulan nak expired boleh transfer 6 bulan tuh ke passport baru.  Patutnya hari nie boleh gi ambik tapi hubby cakap mungkin gi ambik hari Sabtu nie.  Minggu lepas Sabtu/Ahad tak bukak plak.

 Sebelum pergi.. tuh singgah laa sarapan dulu.. roti telor


 Amboi bang makan pun contro ke..hehehe


Biasa laa tuan rumah.. enterprem yer.. 

Muka bosan nunggu.. pas tuh hubby gi buat kat mesin.. siap cepat..
Sebelum gi solat Jumaat masa tuh tak de org kat mesin tuh


Masa rehat patutnya ada laa jugak yang keja.. nie kosong.. 


Selesai bayar weols gi makan laa.. ni anaknya maggie goreng 


Hubby dan aku layan nasi goreng..dan Kak Nyah
 makan roti canai ngan Pau 


Slip bayaran.. 


Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..


Dapat keychain S'pore mari.. ofismate bagi.. TQ very much..

Tuesday, January 22, 2013

Souvenir Dari UK

Assalamualaikum...

Semalam aku terima parcel dari kawan lama yang 
aku kenal dah dekat 10 tahun.  Memula kenal dulu kat MIRC.
Sampai sekarang masih lagi terjalin di alam maya ini.

Dia hantar kat aku souvenir yang dibelinya semasa dia balik
bercuti ke rumah keluarga hubbynya  di UK.

Terima kasih kat kawan baik ku.. Mienna@dadugoodyear
 seronok sangat.. dapat gift ini..


 Cantik..


 Ballpen  


 FM London..


Bola Chelsea utk anak aku.. 



Gambar kenangan aku dan Dadu@Mienna.. masa 
gathering #Jom^Veteran di Restoren Nelayan

Monday, January 21, 2013

Majlis Akikah Cucu Sedara

Assalamualaikum

Lambat aku update N3 hari nie..  Kemalasan melanda laa plak..
Mood baru laa mari .. petang² gini.

Okey hari Sabtu lepas weols sekeluarga di jemput 
oleh Abg Uda dan Noina ke
Majlis Akikah untuk Nabilah dan Naufal.

Aku sekeluarga dengan Nyah sampai dirumah
Uda dalam pukul 3 petang.  

Yang bestnya menu pada hari tuh ada kambing bakar.
Selain dari tuh ada nasi putih, sambal tempoyak ikan bilis,
sambal ikan bilis petai, kari daging, ikan masin.. 
Sedappp... 

Ramai tetamu yang datang.. dan sangat laa meriahnya..

Kek dalam botol ini.. sedap.. 


 Kambing bakar.. sedap.. bila makan cam tak terasa yang 
kita makan kambing.. tak de bau..



 Tu dia lauk yang dihidangkan.. 
Selain dari itu ada gak coslow, kentang lenyek, sup cendawan..

 Kak Yong dan Angah.. menjamu selera..

 Tetamu di dalam rumah.. Yong Noina.. sedang menyusukan Naufal (baju pepel sebelah kanan)

 Posing² laa sambil tuh borak² ngan Kak Yong

Ramai lagi tetamu kat luar yang sedang menjamu selera..

Weols balik dalam pukul 5.30 petang.. 

p/s : Gambar tak banyak sebab kamera kat hubby.. tak de laa plak gambar Naufal dan Nabilah..  :)

Friday, January 18, 2013

Novel ~ Nasi Lemak Buah Bidara


Assalamualaikum..


Sebuah novel yang menarik. Setiap bab diselitkan dengan hadis.  
Pada mereka yang suka konflik, suka duka.. 
boleh dapatkan novel ini.  Tapi yang penting mmg happy ending laa..
Lebih kurang citer fairy tale.. Cinderalla laa.. :)

Ini adalah novel kedua dari
penulis novel yang pernah menulis novel 
Aku lebih sukakan novel DIH dari NLBB ini.. :)

Kredit ~ 4.7/5 bintang

Sinopsis ~

Pahitnya perjalanan hidup Siti bermula sedari umurnya masih hijau lagi. Sejak kecil dia dipinggirkan, tidak punya teman… apatah lagi ahli keluarga. Nenek angkat yang dipanggil wan pula telah pergi menghadap Ilahi sebelum sempat membongkar identiti sebenar ibu dan bapanya. Hanya pesanan wan agar Siti bertanyakan hal tersebut kepada Datin Junainah mampu meleraikan persoalan yang bersarang di benaknya.

Namun, tidak semudah itu Siti mendapat jawapannya. Dia dijadikan hamba abdi di rumah Datin Junainah. Benci benar Datin Junainah kepadanya. Kata-kata cacian, herdikan, penghinaan, maki hamun adalah santapan telinganya sehari-hari. Ditambah pula dengan pembulian demi pembulian yang dilakukan oleh Zurene (anak Datin Junainah) terhadap dirinya. Sabarnya Siti menahan segala penyeksaan tersebut bertunjangkan akidahnya kepada Yang Maha Esa. Siti percaya, dengan kesabaran yang berpanjangan, insya-Allah doanya akan termakbul. Dia akan tahu juga siapa ibu dan bapanya.

Akibat tindakan Siti yang keluar dari biliknya semata-mata mahu melihat pernikahan Zurene, Datin Junainah bertindak mengasarinya sekali gus menghalaunya keluar dari banglo mewah yang memayungi hidupnya selama lebih enam bulan di situ. Mujurlah ada insan-insan yang berhati mulia, menerima kehadirannya yang tidak diketahui asal usulnya itu.

Di rumah baru, Siti dijadikan pengasuh kepada Ben, anak tunggal Akhmal. Budi pekertinya telah mencuri hati Ben dan neneknya, Puan Aishah. Puan Aishah pantas sahaja jatuh sayang kepada Siti. Dia ingin sekali bermenantukan Siti setelah Akhmal lama menduda akibat kematian isterinya. Mujur sahaja Akhmal dan Siti saling jatuh cinta. Mudah kerja Puan Aishah.

Akhmal : “Saya mungkin tak pandai nak susun katakata atau merangkai ayat-ayat berbunga. Jauh sekali nak menyulam bahasa berjiwa-jiwa tapi saya nak Siti tahu… saya sukakan Siti sejak pertama kali melihat Siti. Saya... sayangkan Siti. Dan... sehingga kini sayang itu makin utuh di hati saya. Saya... harap Siti faham maksud saya.”

Siti: “Saya tak tahu nak cakap apa Encik Akhmal, cuma... saya rasa sangat gembira hari ini. Gembira sekali. Terima kasih kerana sudi terima saya yang entah dari mana asal usulnya ini. Terima kasih kerana sudi menerima saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sudi membuatkan saya rasa sangat bahagia hari ini. Terima kasih!”

Dua jiwa saling mengerti bahasa hati masing-masing. Janji diikat. Catatan jodoh yang terpahat di lohmahfuz termeterai penuh adat dan hukum di kanvas hidup keduaduanya namun… bahagia itu bukan mudah digenggam. Dugaan hidup itu lumrah.

Kisah silam yang masih samar terus mengejar. Siapa sebenar dirinya ini? Siti pasrah. Akhmal tahu cinta itu tidak mudah. Onaknya sukar diramal. Siti tidak akan sesekali dipersia. Janji kepada-Nya tidak akan sesekali dipermain. Jawapan pasti ditemui. Dia pasti. Sangat pasti!



Wednesday, January 16, 2013

Opps! Adam & Hawa

Assalamualaikum..

Drama Adam & Hawa telah melabuhkan tirainya.
Jom kita tengok OPPS ADAM & HAWA..

Cerita di sebalik tabir pengambaran drama ini.
Memang kelakar giler..



Kredit ~ Dailymotion.com (Ahmad Ezany)

Tuesday, January 15, 2013

Novel ~ Biar Cinta Bertaburan

Assalamualaikum..


Apa yang boleh aku kata.. aku suka dengan novel ini... Iye laa lain orang lain persepsi mereka kan..  Tapi kalau tengok pada feedback mereka yang telah membaca novel ini suka dengan  jalan ceritanya..  Member ofis aku yang baca pun bila pulangkan novel ini tersengeh² jer.  

Katanya pecah rekod dia baca citer nie dalam masa 2 hari lebih jer.. Teruja dengan hero dalam novel ini iyer jugak.. hehehe..  So pada yang nak cari novel yang tak byk berat dan suka baca tersenyum leh dapatkan dipasaran yer.. 

Kredit ~  5/5 bintang..

Sinopsis ~

Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.

Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.
Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan.



Monday, January 14, 2013

Hadiri Kenduri Kahwin

Assalamualaikum..

Pada hari Sabtu yang lepas 12 Disember 2012, aku
diajak oleh makcik ke majlis perkahwinan anak kawan baiknya
di Dewan Melati Impian di Taman Melati.

Weols sampai dalam pukul 1 tengahari.  Masa tuh
belum ramai orang lagi.  Masa Pengantin sampai dalam
pukul 1.45 petang baru laa ramai yang memenuhi dewan.

Seronok makcik aku dapat jumpa dengan mak kawan
baiknya itu.  Iye laa dah lama tak jumpa kan.
Aku pergi bertiga jer.. Hubby dan anak aku tak
ikut sama pun.  Mak aku pun tak berapa nak sihat.

Aku mengucapkan Selamat Pengantin Baru 
buat kedua mempelai.. moga berkekalan hingga ke
akhir hayat.. Aaamiinnn..

Layan gambar yang diambil guna hanpone aje nie.. 

 Pelamin yang dihias indah.. di atas pentas..



 Ada cendol 


Nasi dan lauk yang dihidangkan.. 


Makcik ku bersama dengan nenek pengantin (duduk sebelah kanan)






 Dihiburkan oleh budak² ini tak pasti dari mana.. tapi lagu² agama laa..


Selamat Pengantin Baru... kepada kedua mempelai.. berbahagia dan dimurahkan rezeki..

Friday, January 11, 2013

Solat Berjemaah Dan Bacaan Yassin

Assalamualaikum

Khamis, 10 Januari 2013 

Pada tengahari semalam, kat ofis aku ada wat majlis
bacaan Yassin dan solat zohor berjemaah.

Pada yang nak air yassin diminta untuk bawa
botol mineral masing².

Memula organiser nak wat solat hajat tapi
last minit tak jadi cuma buat solat zohor berjemaah jer

Tak kisah laa.. Solat hajat tuh boleh buat 
sendiri jika berhajat kan sesuatu kan.. 

Kaum hawa bersama² membaca Yassin..


Selesai solat..jemput makan laa semuanyaa.. 
Menu Nasi Ayam bungkus (iye laa masa rehat dah abis, bawa masuk ofis ler)..
Ada juga laksa penang, buah²an dan sirap bandung


Nasi ayam aku..nyum²



RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss