Thursday, February 28, 2013

Wordless Thursday

Assalamualikum..


 Budak ini penggemar CoolBlog..










Wednesday, February 27, 2013

Cuti Berkursus 25 - 26 Februari 2013

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari blog ini sunyi sepi kan.. Hmm.. biasa laa kan aku kalau update blog kat ofis jerk.  Jarang sangat kalau update kat umah.  

2 hari lepas aku cuti berkursus.  Biasa laa kena apply kursus awal² nie.. nanti tak cukup KPI 7 hari.. tak dapat markah penuh plak.  2 kursus IT aku apply tapi yang sangkut cuma 1 jek.  Itu pun last minit dapat surat makluman aku berjaya.  

Kursus yang aku dapat tuh MS Publisher 2010.  Biasa laa nak nambah pengetahuan. Mana tau kut kemudian hari nak guna plak.. at least ada gak pengetahuankan. Kursus di adakan di Wisma R&D (dulu bangunan lama Telekom).  Dulu² kalau nak ke sini boleh bawa keta.. skrg nie parking lot limited jadi tu yang phobia sikit nak parking susah.  Nasib baik aku nak pergi kursus kali ini ramai plak staf yang ada attend kursus lain sebab selain dari Kursus MS Publisher ada juga Kursus Laman Web.  Jadi ada 3 orang staf yang lain juga.. Jadi boleh laa dapatkan transport untuk hantar weols semua.

Yang seronok kursus bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.  Tapi cam aku nie.. abis kursus balik ofis ler.. tunggu hubby ambik.. sampai umah cam biasa laa..tak de bezanya.. 

Jadi setakat ini dah 3 hari terkumpul.. 4 hari lagi kursus perlu dihadiri.. 

 Di dalam lab komputer Wisma R& D

Ini makanan tengahari..  Nasi Putih, Ayam Masak Lemak Cili Api, 
Ikan Masin.  Sebelah pagi weols makan nasi goreng.. 



 Makanan tengahari hari kedua.. Nasi Beriani, Ayam Merah dan Dalca..
Sarapan pagi weols makan Mee Goreng

 Tenaga pengajar.. En. Hailan Abdul Hamid..  best kalau dia ngajar..


Dah abis training ada plak ujian kefahaman online..


 Ini laa markahnya.. dan weols dapat 2 sijil iaitu Sijil Lulus dan juga Sijil Kehadiran
Pening gak laa nak jawab soklan yang diberi.. adoiyai.. nie je yg termampu..alhamdullillah



Friday, February 22, 2013

Novel ~ Suamiku, En Perfect 10!

Assalamualaikum..




Ini adalah antara novel yang aku beli.  Mengisahkan pertemuan Alyeea Azman dan Zarief Danial di dalam kapal terbang dari UK ke Malaysia. Si Zarief Danial yang sanggup jadi suami olok² yang hendak membantu Aleeya.. yang jadi mangsa rogol.  Tapi dalam berlakon olok² itu laa Zarief terjatuh cinta dengan Aleeya.. Cerita memang best dan sikap Zarief yang mengambil berat membuatkan Aleeya juga terjatuh cinta ngan Zarief... So pada yang suka citer² gini leh masuk dalam list. yer.. :))

Kredit ~ 4.9/5 bintang

Jom layan Sinopsis ~

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?



Thursday, February 21, 2013

Aku Masak Aku Makan..hehehe

Assalamualaikum..

Tak de citer yang menarik.. tengok aje laa gambar masak² aku
hari Ahad.. lepas

Jom layan aje laa gambar yang ada yer.. 

Masak bila ada mood aje.. hehehe.. masakan biasa² aje.. janji sodap..
dan makan pun bertambah²


Kepala ikan nie.. makcik aku yang bagi.. 
Ada laa 2 ketul.. tuh yang buat kari.. 


 Sayur kacang boncis ngan daging goreng..


 Ini pembuka seleranya ikan masin sepet..


Tu je laa hidangan yang ada...simple but nice...



Wednesday, February 20, 2013

Putus Tunang, Fizz Fairuz Mohon Maaf Dengan Almy Nadia

Assalamualaikum..


Putus Tunang, Fizz Fairuz Pohon Maaf Dari Almy Nadia

Kredit : Murai.com

KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Selepas mengejutkan industri hiburan dengan kisa pertunangan dengan wanita lain selain daripada pelakon Almy Nadia pada minggu lalu, pelakon Fizz Fairuz terus mengundang kejutan apabila menyatakan bahawa dia sudah putus tunang dengan wanita yang didakwa sebagai isteri orang itu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, pelakon yang bertunang pada 10 Februari lalu itu mengakui pertunangannya dengan wanita berusia 26 tahun itu hanya mampu bertahan selama seminggu saja.
"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka bahawa tunang saya itu adalah isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah diatur oleh bekas tunang sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, Fizz mendakwa berkemungkinan besar dia terkena buatan orang.

"Empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru saya tahu tunang saya itu isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40 tahun. Sebelum ini mereka telah bernikah di Thailand.

"Khamis lalu, saya menerima kiriman SMS dari adik bekas tunang yang menceritakan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu, Sabtu lalu. Lelaki itu telah mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu adalah isteri keduanya dan perbincangan kami berdua diadakan secara baik," jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur Kasih tersebut sudah memaklumkan kepada keluarga bekas tunangnya dengan menyuarakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan yang bertahan hanya seminggu saja.

"Cukuplah, saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Saya mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu. Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut diketahui Almy Nadia.

"Namun, sepanjang mengenalinya saya tidak tahu menahu tentang latar belakang keluarganya. Sedar-sedar saya sudah pun bertunang dengan dia. Saya hanya mengenali keluarganya ketika majlis itu berlangsung.

"Saya sedar tindakan bertunang secara tergesa-gesa itu sudah tentu menyakitkan hati Almy. Kepada semua, saya minta maaf terutama sekali Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Inilah ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni," ujarnya.

Menambah penjelasan, Fizz berasa pelik kerana sepanjang berkenalan dengan Almy selama tujuh tahun agak sukar untuk mengikat tali pertunangan tetapi tidak dengan wanita tersebut.

"Sehari sebelum bertunang, saya seperti ditunjukkan petanda musibah apabila tangan saya melecur terkena air panas. Malah, dalam perjalanan ke Kuatan, kenderaan saya turut rosak.

"Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati. Namun, apakan daya ia sudah pun berlaku.

"Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf kepada media kerana tidak menjawab panggilan sebelum ini disebabkan fikiran serabut," jelasnya panjang lebar.

Sementara itu, Fizz memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut.


p/s : Cam na laa boleh bertunang ngan bini orang plak nie.. adoiyai..Mesti bekas tunang nie peminat kipas mati Fizz sampai sanggup bertunang dan menipu status tentang dirinya..Apa yang berlaku mungkin boleh dijadikan iktibar dan ada hikmah disebaliknya..

Tuesday, February 19, 2013

Citer Hari Rabu Lepas

Assalamualaikum..

6 Februari 2013 (Rabu)... aku dan hubby bercuti hari ini.  Weols pepagi dah keluar ke Imigresen lagi.. iye laa passport aku kan tak ambik lagik.  Bawa Kak Nyah sekali laa nak buat dia punya passport jugak.  

Tau aje laa bila sampai memang ramai orang.  Maklum laa cuti lama kan.. Jadi orang ramai yang ambil cuti nyambungkan especially orang cina laa... Beratur nak ambik nombor pun dekat setengah jam.

Nasib baik dapat aje nombor terus ke kaunter untuk ambil passport.. Tunjuk ke slip bayarang tak sampai beberapa minit dah dapat passport... Alhamdullillah. Tapi yang lamanya kat sana sebab nak tunggu Kak Nyah punya laa.  Kak Nyah kalau ikut tahun dah 60 umur dia tapi sebab belum sambut hari jadi lagi..jadi tak dapat laa nak dapatkan diskaun.. Jadi kena laa bayar cam biasa.  Selesai urusan dan dapat slip masa tuh dah pukul 3 petang jadi.  Jadi weols tak tunggu untuk ambik passpost masa tu jugak sebab sistem kat imigresen tuh asik down aje.  Macam² masalah.. laa plak.

Keluar dari imigresen weols pergi makan laa..sebelum hantar Kak Nyah balik.  Weols singgah makan kat gerai Sup Meletop.  Aku pekena Meehoon, hubby dan anak ngan nasi goreng ikan masin dan Kak Nyah ngan mee sopnya.. Alhamdullillah kenyangg perut.  

Passport Kak Nyah hubby aku temankan dia pergi ambik hari Sabtu lepas.. pun ramai gak orang..


Cuaca pagi tuh hujan renyai² 




 Orang punya laa ramai.. beratur nak ambil nombor sampai ke luar.. 


Posing² yang kejap.. 


Singgah solat di Masjid Wilayah..  


Sedapnyaa makan Meehoon Sup Meletop



Monday, February 18, 2013

Epy Bufday Hubbyku

Assalamualaikum..



Hari ini 18 Februari 2013 adalah hari lahir hubby ku.

Aku ingin mengucapkan......

"SELAMAT HARI LAHIR HUBBY KU SAYANG"

Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat senantiasa
dan dilindungi oleh Allah selalu hendaknya.. Aaammmiinn..


Sebelum pergi kerja sempat laa.. posing² ngan besday boy nie.. 
ahakss boy lagi ker..







Friday, February 15, 2013

Novel ~ The Wedding Breaker

Assalamualaikum..

Selama cuti² Tahun Baru Cina, aku banyak habiskan masa.. yang lapang itu.. hehehe dengan membaca novel  laa apa lagi.... 

Memula bila novel ini keluar tengok pada covernya memang tak menarik minat langsung.  Dah laa tajuknya pun dalam bahasa inggeris kan.. Maka tak de laa nak masuk dalam list untuk membelinyaa..

Tapi ofismate dok canangkan novel ini teramaatt laa bessttnyaaa.. Aku pun apa lagi.. masa pesta buku terus aje ke booth Karyaseni..  Pada aku kalau buku tuh best aku tak ralat laa nak membelinya.. iyelaa buat koleksi.. dan boleh dibaca semula bila free dan tak de buku baru yang nak dibaca.. :))

Kebanyakan review dari peminat novel ramai yang mengatakan novel ini best dan tengah hot di pasaran.  Jadi pada yang belum mendapatkannya boleh laa masuk dalam list korang yer..  

Kalau nak baca sikit review tentang novel nie boleh laa masuk SINI yer





Kredit ~ 5/5 bintang

Sinopsis ~

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil


Thursday, February 14, 2013

Tak De Citer Menarik Pun...

Assalamualaikum..

Hahaha apa laa punya tajuk...

Sekejap plak rasanya bercuti² sempena raya cina yang lepas.  
Cuti kali ini weols tak ke mana² pun sebab sekolah anak
aku ada buat kelas tambahan untuk mata pelajaran matematik.

Kelasnya tuh dari hari Sabtu, Isnin dan Selasa dari pukul 
9 pagi hingga 12.30 tengahari. 

Lepas hantar anak aku ke kelas pada hari Sabtu, 
weols ke Pasar Tani kat Saujana Impian Kajang.  
Biasa laa beli barang² makanan basah.  Aku kalau ke sini 
mesti nak cari ikan terubuk asin ngan ikan pekasam memang feveret
den laa tuh... kira pembuka selera.. bertambah²
nasi dibuatnya.. hehehhe

Balik dari pasar tani.. masak untuk makan tengahari laaa
Dan menu aku pada hari tuh masak asam pedas ikan talapia merah,
sayur taugeh, ayam goreng dan ikan masin laa.. apa lagi.

Dalam pukul 3 petang, Pak Teh aku datang ke rumah
menjemput kahwin sepupu aku bulan depan.
bertambah laa ahli keluarga baru.. Masa Pak Teh datang tuh
weols hidangan air ngan kuih dan bubur kacang.. (masa ini
lupa nak ambil gambar laa plak.. )










Thursday, February 07, 2013

Novel ~ Kau Pemilik Hati

Assalamualaikum..


Novel ini aku pinjam dari Cik Mel.. Aku dah abis membacanya
2 minggu yang lepas tak sempat nak update kat blog.

Nak tau lebih lanjut tentang novel ini sila dapatkan dipasaran.
Pada pendapat aku.. citernya menarik..
Jom baca sinopsisnya yer..


Kredit ~ 3.8 bintang

Sinopsis ~

Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.

Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.

“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.

Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.

Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.

“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.

Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?



Wednesday, February 06, 2013

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Balik dari Pesta Buku.. singgah makan kat Kopitiam 
di Aeon Big (nama baru Care4)  di Bandar Tun Hussien Onn




Chicken BBQ ngan Nasi Goreng
RM12.90

 Nasi Putih ngan KungPao Beef
RM7.90


Nasi Putih dan Ikan Sweet Sour
RM6.90


p/s : 5.45 pm aku updatekan harga.. banyak yang tanyakan.. 

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss