Tuesday, April 30, 2013

Makan Di Oldtown

Assalamualaikum..

Hari Jumaat tengahari aku keluar ngan ofismate. Memula tu nak pergi Armcorp Mall.. tapi dapat khabar kat situ ramai sangat orang..dan susah nak parking.. jadi weols pun pergi laa kat SStwo Mall.. Rupanya kat situ
tak banyak restoren jadi weols makan laa kat Old Town..

 Teh O Ais Lemon.. aku punya..

Assam Laksa.. aku punya..


Mee Kari.. ofismate..punya..

Ofismate aku yang lain order mee wantan 
dan mee udang.. sedap jugak laa.. 


Monday, April 29, 2013

Bhg Kewangan Jemput Makan Lagi..

Assalamualaikum..

Hari Jumaat minggu lepas.. Bhg Kewangan buat
makan² lagi sempena sambutan hari jadi
 Pemangku Pengarah weols.  Jadi dijemput laa
gi makan kat pantry dia orang.

Weols pergi pun dalam pukul 10 pagi.. jadi makanan 
pun tinggal sikit aje laa.. Iye laa kena bagi laluan 
pada boss² makan dulu kan.. 

Terima kasih pada Bhg. Kewangan dan Pejabat Pengarah
kerana menjemput weols ini.. Alhamdullillah...

Gambar ini aje yang sempat di snapkan.. ada lagi makanan
tapi tak sempat nak ambik.. layan ini aje laa yer.. :))









Friday, April 26, 2013

Perang Bendera Parti.. Sana Sini..

Assalamualaikum...

Balik dari kerja semalam sempat laa hubby aku capture gambar²
di sepanjang perjalanan balik ke rumah aku.. 

Meriah sungguh.. iye laa kalau nak tengok gini kena tunggu
5 tahun akan datang....
















Wednesday, April 24, 2013

WordLess Wednesday..

Assalamualaikum..

Gulai Lemak Cili Api Ikan Baung dengan Daun Gelugor + Pucuk Ubi..


p/s : Sedap jugak ikan baung nie.. 1st time makan.. rasa cam lagi sedap dari ikan patin.. 

Tuesday, April 23, 2013

Novel ~ Kata Tak Suka

Assalamualaikum..


Selalunya kalau aku nak beli novel aku akan review dulu tentang novel 
ini dari blogger yang telah pernah baca.  Tapi masa aku beli novel
ini.. aku tak sempat nak baca lagi review tentangnya.  Sebab
tertarikkan covernya.. tuh yang aku. beli.  Nasib baik juga laa
jalan citernya pun best dan santai jerk.. 

Kisah mengenai Megat Zafril dan Nea yang cuba dijodohkan oleh 
mak-mak masing².  Sampai siap plan pergi bercuti ke Langkawi.
Memula tuh memang jual mahal laa masing² sampai si Megat citer kat 
mak dia yang Nea nie gedik dan Nea plak citer kat mak dia yang
Megat nie membosankan.  Tapi iye laa kan tak kenal lebih
dalam mana nak tau hati budikan.. Lama² jatuh cinta masing²
tapi segan nak berterus terang..  Kalau korang nak tau
kisah selanjutnyaa.. beli laa novel ini di pasaran yer.. 

Kredit ~ Aku beri 4.9 bintang

Sinopsis ~

Kononnya ala-ala paksa. Mak-mak yang kenenkan. Sudah berpakat masing-masing kata tak suka. Banyak buruk dan kurangnya pada pandangan mata, tapi tak sampai mana, tiba-tiba saja jatuh berkenan pula. 

Megat Zafril biasa-biasa saja buat Nea Alisha. Tidaklah kacak sangat, tapi kenapa sangat menyenangkan? Rasa sangat selamat ketika berada di sampingnya. Bagi Megat Zafril pula Nea Alisha sangat pandai mengambil hati dan langsung tidak angkuh walau gadis secantik Nea berhak memiliki perangai begitu. Ah! Kenapa awal-awal lagi mulut ni gatal benar kata tak suka? Kan padan muka masing-masing. 

Namun kaum emak tidaklah berputus asa. Pelbagai rancangan diaturkan sehinggalah Megat Zafril dan Nea Alisha kononnya setujukan saja, sedang dalam hati, Tuhan saja yang tahu. 

“Kita dah tak boleh lari. Aci lawan apa pun, mereka memang akan kenenkan kita.” Megat Zafril mula rasa gementar. Inikah masanya? 

“Abang rasa macam mana?” 

“Kita ikutkan ajelah cakap mereka. Abang dah bosan nak mengelak. Makin abang elak, makin benda ni menjadi-jadi. Pening kepala abang.” Megat Zafril mula buka jalan. Mana tahu laluan kali ini mudah. 

“Nea fikir pun macam tu. Nea pun dah tak larat nak layan kerenah mereka ni.” 

Dengan alasan itulah sebuah mahligai terbina. Namun ketika bahagia berbunnga-bunga, datang pula si Luqman, bekas buah hati Nea. Mahu menagih semula kasih lama. Akan tergugatkah kasih Nea dengan kehadiran Luqman? Mahligai yang mereka bina bakal hancurkah gara-gara orang ketiga?

Monday, April 22, 2013

Runcit Kecil²an

Assalamualaikum..

Kat ofis aku sekarang ini dah ada kedai runcit.. heheh bukan 
kedai yang cam kat umah tuh.. cuma kedai jual kecil²an gini.  
Kut² sapa² yang macam malas
je nak gi cafe leh laa layan je makanan yang ada nie.. 

Bukan free tau.. bayar laa.. tak de laa mahal sangat pun.. 
Beli barangan ini guna je duit tabung dulu.. pas tuh sapa 
yang nak beli letak je laa duit kat dalam
bekas yang disediakan.. pas tuh masuk balik laa dalam tabung..


Tampal lat pintu almari.. 


Harga makanan yang dijual..

Mamee Kari, Tomyam, Sup Ayam..

Nescafe & Milo & Nestum

Friday, April 19, 2013

Kenyang Plus Ngantuk..

Assalamualaikum..

Pagi tadi mesyuarat bulanan bahagian.. So layan laa nasi lemak.. 
dengan ayam berempah ini....
Pas tu plak ada bahagian lain plak buat meeting.. ada meehoon lebih..
antor kat bahagian weols nie haa.. apa lagi budak² nie lepas sembahyang
jumaat layan meehon plak laa.. Alhamdullillah rezeki hari jumaat..nie..

Aku layan nasi lemak ini sampai sekarang ini masih kenyang lagi..




Thursday, April 18, 2013

Novel ~ Perempuan Yang Paling Aku Cinta

Assalamualaikum..

Ini adalah novel limited edition dari novelis Aciklana.  Novel ini aku beli masa
dia buka 2nd batch untuk di order.  Aku beli 2 buah sebab ofismate aku
pun nak jugak novel ini.  Lagi pun kalau beli 2 jimat sikit duit pos hehehe..

Seperti biasa novel dari Aciklana memang tidak mengecewakan pembacanya
Suka dengan watak Bunga dan Karl Hakimi (K.Kim).  Kalau uols nak baca bab²
awal terjah laa blog Aciklana.  Tapi sekarang ini oder untuk batch ke 3
telah ditutup... Rajin² terjah blog dia mana tau dibuka semula untuk oder..






Aku beri ~ 5/5 bintang

Sinopsis ~


Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan kekotoran bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang-kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara. Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seseorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah disentuh olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi. Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwanya terhentak keras.Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.

"You know what Karl? I'm tired! Haven't you had enough? You can't just do that... leave and expect to come back like nothing's wrong?..." ~ Bunga.

"Although I lived without you before, I don't know if I could do it now. I need you, I want you Bunga..." ~ Karl Hakimi.



Wednesday, April 17, 2013

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

 Aku terjatuh cinta ngan oren sunkist ini.. 


Isinya merah.. dan manis.. madu.. laa..

p/s : Jangan tanya berapa harganya..kerana makcik aku yang bagi.. 3 biji..

Tuesday, April 16, 2013

Cerita.. Hujung Minggu Lalu

Assalamualaikum

Pada cuti hujung minggu lepas, kakak² ipar aku dan suaminya datang ke KL. Mereka datang untuk menghadiri kursus Umrah.  Selalu kalau dia orang datang akan tido di rumah Kak Yang, rumah kak ipar aku di Keramat.  Tapi disebabkan kawasan rumah di Keramat dah lebih 4 hari tak de air, jadi hubby ajak laa mereka bermalam di rumah weols.  Hari Jumaat malam masa mereka sampai, mereka  bermalam di rumah Kak Yong (rumah anak Kak Yang) di Gombak dulu dan malam Sabtu di rumah weols.

Malam tuh weols bawa mereka keluar gi makan kat Kajang.  Mulanya nak bawa makan satay kajang Hj. Samuri tapi bila sampai di kawasan parking di Restoren, parking penuh.  Kebetulan laa plak kat situ tengah di adakan perlawanan bolasepak. Jadi banyak laa kereta dok parking.  Adoyai.. pusing² masih juga penuh..jadi tak dapat laa makan kat situ.

Weols pun gerak laa ke jalan lama Kajang, masa lalu tuh ada laa satu restoren nie yang jual satay jugak.. weols pun berhenti laa makan kat situ.. Jadi laa.. dapat gak laa makan satay kajang..


Aku bersama kakak² ipar di sebelah kiri dan kanan..aku 


 Satay weols oder 60 cucuk. Sedap jugak laa.. besar pun besar..


 Air Epal ku.. Yang lain oder Teh Ais dan Teh O Ais Limau


 Restoren Pok De.. kat Kajang

 Dah abis.. Oder untuk anak aku maggie goreng..tapi pedas nya. 
Nampak tak cili padi tuh..
Pedas² pun abis gak..hehehe

Shima dan Abg Usop..


Hubby.. dan anakku..


Sarapan pagi.. ada nasi lemak, roti canai 
dan soto nasi.. ngan air teh dan kopi.. 






Mereka semua gerak dari rumah aku dalam pukul 10 pagi sebab nak gi singgah rumah Kak Yang dulu sebelum bertolak balik ke Perak.

Friday, April 12, 2013

Kadang² Boleh Terlupa..

Assalamualaikum..

Pernah terjadi pada diri sendiri.. kadang² boleh terlupa.. 
Jadi untuk ingatan diri..sendiri
dan moga boleh dimanfaatkan utk orang lain jugak..



Sumber dari FB..


Thursday, April 11, 2013

Novel ~ Pelangi Cinta Buat Suami

Assalamualaikum...



Ini adalah karya terbaru dari Aciklana.  Aku memang suka dengan tulisan dia dan buku ini adalah yang ke 5 karya beliau.  Setakat ini aku ada 4 buah aje kerana buku pertama belum sempat nak beli lagi...  Sebelum buku ini dikeluarkan aku sempat baca secara online kat blog AcikLana.  Iye laa selalunya bila dia letak kat blog memang separuh aje laa.. Jadi nak tau kisah selanjutnya kena laa beli novelnya..hehehe..

Aku beri ~ 5/5 bintang

Sinopsis ~

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.

Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap
semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss