Thursday, June 27, 2013

Novel ~ Kisah Naz dan Khaalish

Assalamualaikum..




Ini adalah novel kedua dari penulis Hanina Abdullah.  Sebelum ini dia pernah 
menulis novel bertajuk 'Projek Memikat Suami'.  Novel kedua ini
pun tak kurang menyengatnya.. Menarik dan berlatar belakangkan sebuah
perkampungan di Laos.  Peminat novel boleh dapatkan dipasaran yer.


Aku beri 4.9/5 bintang

Sinopsis ~

PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.

Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?

Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.

“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”

“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”

“Technically? Technically?!”

Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…

Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan.

Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”



Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal…  Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”


Wednesday, June 26, 2013

Kenduri Kahwin Dan Balik Kampung

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas dalam pukul 8.30 pagi weols sekeluarga bertolak ke Perak. Sebelum tu jemput 2 orang Kak ipar kut Kak Nyah dan Kak Yang sekali.  Weols ada dapat jemputan kahwin di Kamunting.  Kahwin anak sepupu hubby aku.

On the way tuh memula hubby nak singgah di R & R Tapah, tapi aku cakap laa yang ada R & R baru di Simpang Pulai yang baru dibuka. TQ pada blog Alona Cintamaniszlite kerana bagi tau pasal info  R&R nie. Cantik jugak laa R & R nie luas dan selesa siap ada bazar buah²an dan Maidin Mall lagi.  Pada yang balik ke utara boleh laa singgah di sini.  Aku kalau balik kampung memang tak lalu laa sini.. tapi sebab nak ke Kamunting boleh laa singgah sini.

Sampai di Kamunting lebih kurang  dekat pukul 2 petang.  Masa tuh pengantin tengah nak potong kek. Weols makan² dan kak ipar ku sempat laa bertemu dengan sanak sedara dan sepupu²nya.  Sebelum beredar, sempat laa bergambar dengan pengantin. Lepas dari rumah pengantin, weols singgah ke rumah seorang lagi sepupu hubby aku.. rumah Kak Lita berdekatan jugak laa rumah dia sekejap.  Dapat laa beberapa papan petai muda.  Dalam pukul 4.30 petang, weols pun beredar nak balik ke kampung rumah Apak.  Singgah di R & R, Tapah untuk solat dan sampai di rumah Apak dalam pukul 8.30 malam.

Esoknya lepas sarapan, weols gerak ke rumah Kak Imah plak.. borak² dan makan² lagi.. Layan nasi goreng dan Laksa.  Dalam pukul 12.30 terus ke rumah Kak Idah.  Weols makan tengahari plak kat sana. Kalau ke rumah Kak Idah.. selalu aku akan dapat buah limau nipis dan limau kasturi..dan dapat jugak daun pucuk paku.

Bertolak balik ke KL dalam pukul 4.30 petang.

 R & R Simpang Pulai

 Masih baru.. parking pun banyak kosong..

 Toilet dan Surau..

 Amboi dak bujang nie posing.. tak abis² ngan peace.. dia

Menuju ke Bazar dan tempat makan

 Kawasan tempat makan.. byak gerai..

 Ada Maidin.. dan lot² kedai.. banyak yang masih belum dibuka

 Dah beli² jom kita teruskan perjalanan

 Pengantin Zira dan Zaini sedang nak potong kek

 Pelaminnya..







Bergambar kenangan..dengan sedara mara

Abg Hadi dan Kak Idah..sempat borak lagi sebelum bertolak balik..

Jom kita balik..alhamdullillah sampai KL dalam pukul 9.30 malam


Monday, June 24, 2013

Macam² Yang Di Bawa Balik..

Assalamualaikum..

Hujung minggu lepas aku balik kampung.. jom tengok apa yang aku bawa balik.. Citer pasal balik kampung aku buat N3 besok sebab kamera tertinggal laa plak kat umah..

Buah limau nipis.. besar² buahnyaa Kak Idah yang petik..


Telor Itik nie Kak Yang bagi..  boleh masak ngan belimbing


Asam keping nie pun Kak Yang bagi gak..  


 Nie Kak Idah petik kan untuk aku.. pucuk ubi.. daun kecik..nie..
selalu aku makan pucuk ubi daun lebar² tuh


Ini buah salak beli masa aku berhenti di R & R dekat Tapah.. 


Belimbing buluh petik dari pokok umah Apak..

Selain dari itu.. aku pun ada bawa balik tempoyak sebekas.. hmm..


Friday, June 21, 2013

Apa Yang Weols Makan Tadi..

Assalamualaikum..

Hahaha.. apa laa punya tajuk..hentam je laa yer..

Tengahari tadi aku dan ofismate ke Sri Suria Cafe, Amcorp Mall.  Biasa laa kalau dah
ke sana sure laa nak pekena Mee Kari.. tapi sebab ramai orang
dan ambik masa 30 minit baru leh dapat oder.. jadi aku cuma order
Laksa jer.. Kira okey laa kuah pun pekat.. hmm.. nyum²

Kueyteow Goreng.. sedap gak.. ofismate punya..


Teh O Ais Lemon.. sedap..


Cantonese Meehon.. 


Dan aku order Laksa.. Mangkuk besar plak.. tuh.. Huwaa
tak dapat makan mee kari.. adoiyaii..


Thursday, June 20, 2013

Kreatif Tak?

Assalamualaikum..

Kreatif tak.. kawan ofis aku.. terajin sangat plak buatkan aku tempat letak cop ini.
Sebelum tuh tempat aku letak cop yang kosong tuh.. pas tuh
yang terbaru.. jadi laa yang seperti yang ada nie..

Terima kasih laa yer.. 

Ini adalah kotak printer toner.. 

Ngam² dibuat lubang untuk setiap cop....




Wednesday, June 19, 2013

Cerpen Pilihan ~ Gadis Ego Vs Lelaki Misteri

Assalamualaikum..

Aku nie selain dari baca novel.. suka juga cari cerpen atau novel pendek kat internet.  Baru² ini terjumpa plak blog dari penulis novel Zuera Rasiddin.  Dalam blog dia ada juga  novel pendek yang best jugak laa pada pandangan aku.. Pada uols yang tercari² cerita atau cerpen pendek.. aku letak kan link dia mana tau kut² uols pun berminat nak layan.. Kalau malas nak layan novel tebal² leh gak layan novel pendek gini..kan.

GADIS EGO VS LELAKI MISTERI

Ini aku letakkan linknya.. ada 23 Episod dan 2 Episod Special Edition..kesemua.. tapi aku letak 3 aje yer.. yang lain korang masuk laa kat blog penulis tuh.. dan cari tajuk cerita ini kat sebelah kiri...

GADIS EGO VS LELAKI MISTERI - Episod 1

GADIS EGO VS LELAKI MISTERI - Episod 2

GADIS EGO VS LELAKI MISTERI - Episod 3

Untuk Episod 4 & seterusnyaa.. leh terus ke blog penulis ~ THE GREEN HORNET


Tuesday, June 18, 2013

Novel ~ Lelaki Eksklusif

Assalamualaikum..





Dengarnya novel ini akan diadaptasikan ke dalam bentuk drama atau filem tak pasti.. tapi kisahnya menarik jugak laa.. Cerita menarik dan konflik cuma antara Wan Ariff dan adiknya berlainan ibu, Wan Mukriz yang berebutkan Nora yang comel lote ini.. Dengarnya mungkin watak Nora ini akan diberikan pada Nora Danish kerana nama Nora dalam novel ini adalah Nora Danisha.. ngeee..   So kalau nak tau lebih lanjut boleh dapatkan di pasaran..

Aku beri ~ 4.8/5 bintang

Sinopsis ~

NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah  dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.
“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”
“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”
“Serius?”
“Ngee, melampau bos ni.”
“Nora, saya serius ni.”
“Ya ke?”
Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.
Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.
Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.
Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?


Monday, June 17, 2013

Anak² Mat Salleh Nyanyi Lagu Sahabat

Assalamualaikum..

Jom kita layan lagu Sahabat (Najwa Latif) yang dinyanyikan oleh pelajar dari US.. Selalu kita je nyanyi lagu dia orang tapi kira gempak laa kan lagu melayu dinyanyikan oleh anak² mat salleh nie..






Sumber ~ Redcili.com

Friday, June 14, 2013

Kisah Aku Semalam...

Assalamualaikum..

Semalam aku cuti.. sehari jer.. Sebabnya aku nak hantar mak aku ke GHKL sebab dia ada appoinment doktor darah tinggi dia.  Lepas hantar dia.. aku ke PPUM plak hantar mak cik aku.  Dia plak nak ambik ubat ulangan dia.  Jadi aku pun kirim kan juga untuk makcik ambik ubat untuk aku sekali.  

Sementara tunggu makcik.. aku singgah laa sarapan dulu.. sebab pagi tak sempat nak sarapan.  Aku makan meehoon sup Ani Utara.  Alhamdulillah kenyang perut aku.

Selesai makcik ambik ubat.. dia kata nak makan.. jadi aku teman kan laa dia makan kat Secret Receipe.. Wah dia oder Tom Yam Kung ler.. heheh.. jadi aku share laa ngan dia sikit.. Sedap laa plak.. heheh..

Dah abis makan aku ke GHKL balik.. sebab nak jemput mak aku..plak setelah dia selesai jumpa doktor.  Dari GHKL aku ke Setapak.. plak selesaikan hal lain.. Sempat plak tapau Nasi Ayam untuk anak.. aku kang balik dari sekolah lapar plak..

Sampai di rumah dalam pukul 3 petang.  Nasib baik jalan tak jem.. Aku laa penat hari ni jadi driver.. 

Mee Hoon Sup Ani's Utaraa


Tom Yam Kung sedap ... Ingat nak oder Jus Apple Kasturi tapi tak de laa
plak kat PPUM nye outlet.. adoi sabo je laa..

Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday..

Assalamualaikum..


Nyum² hmm... sedapnyaa..

Baby Donuts.. macam² topping ada..


Tuesday, June 11, 2013

Bestnya Di Belanja Makan..

Assalamualaikum..

Lepas beli buku dekat Popular hari Sabtu lepas, makcik aku ajak makan kat Johnnys.. Aku okey jerk.. Kiranya dia nak belanja aku dan mak makan sempena birthday weols yang lalu..  Alhamdullillah kenyang perut.. 

Jom layan je gambar weols yer..


 Nasi Goreng Belacan BBQ Chicken

 Ini pun ayam gak kut..lupa plak apa namanyaa..

 Mushrom.. sedap gak..laa




 Mak Aku..

 Maid makcik aku.. gemuk dia skrg sejak duduk 
dan keje ngan makcik aku..

 Aku dan makcik.. Terima kasih belanja weols makan..

Teh'O Ais Lemon.. sedap.. 2 kali aku oder.. hehehe..

p/s ~ Hubby dan anak aku tak de masa nie sebab hubby gi keje dan anak aku ikut sekali..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss