Friday, August 30, 2013

Jamuan Raya Bahagian Kewangan dan Bahagian Elektrik

Assalamualaikum..

Hari ini ada 2 Bahagian di Jabatan aku buat jamuan hari raya.  Alhamdullillah kenyang laa jugak perut aku hari nie.  Minggu depan pun ada gak lagi jemputan..

Jamuan Raya dan Besday sekali untuk Bahagian Kewangan

Antara menu untuk sarapan pagi.. Spegetthi, Meehoon Singapore, 
Kek, Nasi Impit, Rendang, Roti Jala, Cocktail dan Nescafe.. 

Teman² datang beraya.. 

Meriah jadinya bila masing² dari Bahagian lain bertemu..

Tak de gambar tak best laa kan..


Tengahari plak weols ke jamuan raya Bahagian Elektrik.. Antara menu yang disediakan ada Nasi Kerabu, Nasi Tomato, Ayam Merah, Dalca, Jelatah, Air, Kuih Muih Dan Buah²an.

 Lemang pun ada.. ngan Kuah Lodeh


 Antara pencuci mulut yang disediakan..


 Yang ada masa nie semua perempuan.. lelaki dah gi solat..


 Kuih muih macam² ada.. Asam Boi pun ada..




 Aku dengan Kak Rabitah..


Aku dengan Ba'ah.. Admire dia.. sebab dia dah kurus.. cayoik laa..


Thursday, August 29, 2013

Novel ~ Rindu Awak 200%

Assalamualaikum..



Suka dengan watak Zill Faezrul yang banyak bersabar dengan Armel Aisya yang dikahwininya atas pilihan orang tua. Faez nie yang tak berminat untuk berkahwin setelah kematian tunang yang disayang 5 tahun yang lalu tapi sebab kesiankan ayahnya dan juga kedua ibubapa Armel Aisya.. Dia pun setuju untuk meminang. Tapi Armel nie seorang yang keras kepala tak setuju pada mulanya.. tapi sebab nak tunjuk kat bekas boyfriend dia yang dia juga boleh hidup bahagia setuju akhirnya berkahwin dengan Zill Faezrul. Dah kawin masing² wat haluan masing² laa.  Armel Aisya terjumpa semula dengan bekas boyfriend dia dan mereka berkawan semula maklum laa cinta lama berputik kembali.  Dengan suami sendiri Armel buat tahu aje.  Zill Faezrul nie pada tanggapan Armel seorang pekerja biasa sebab Faezrul tak penah dedahkan pekerjaan sebenar dia.  Selalu keluar dari rumah 4/5 hari baru balik. Perhubungan Armel dan boyfriend telah sampai ke pengetahuan Faezrul..so nak tau apa terjadi korang dapatkan novel ini di pasaran yer..

Semestinya endingnya mesti laa bahagia..


Kredit ~ 4.9/5 bintang


Sinopsis ~

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.


Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?


Wednesday, August 28, 2013

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Sekitar Majlis Raya UM.. pergi lewat makanan pun dah tak banyakk..











Tuesday, August 27, 2013

Majlis Sambutan Raya Bahagian Sivil 2013

Assalamualaikum..

Hari ini Bahagian aku, Sivil join ngan Bahagian Pembangunan buat majlis makan² sambut raya.  Weols buat potluck laa masing² bawak laa. sikit² sorang.  Bila dah dikumpulkan macam² ada..  Sebelum majlis makan² ini weols ada mesyuarat bulanan Bahagian.  Dah selesai mesyuarat naik atas siap² untuk makan² plak. Majlis dimulakan dengan doa selamat oleh staf Hj. Omar.  

Antara juadah yang dijamu.. Satay, Nasi Impit, Kuah Lodeh, Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Nasi Lemak, Kuih Muih, Lemang, Domino Pizza, Meehoon Sup Utara, Rendang Daging dan Ayam, Gulai Daging, Spegetthi, ABC, Cocktail Buah dan aku bawa Sambal Tumis Ikan Bilis. 

Dah baca doa makan.. jamu selera laa.. yer 

Ofismate dari Bahagian lain pun datang bertandang.. menjamu selera..



 Bersama orang² kuat yang mengajurkan majlis raya ini..

 Antara staf Sivil





Laku jugak sambal ikan bilis aku nie..


Alhamdullillah kenyang pewut.. siap tapau lagik.. bawak balik..

Monday, August 26, 2013

Novel ~ Pergi Tanpa Alasan

Assalamualaikum..




Ini adalah novel ke 4 hasil tulisan dari Hani Fazuha.  Memula baca kisah 
ini di blog penulis dah teruja untuk membelinya.  

Ia mengisahkan tentang tentang Hakim biasa laa seorang yang hensem, kaya dan digilai ramai berkenalan dengan Raihana, seorang GRO kelas atasan. Raihana yang selama ini dididik dengan ajaran agama boleh terpesong akidahnya kerana tergoda dengan lambakan wang ringgit.  Dia terjerumus didalam pekerjaan ini apabila diperkenalkan oleh seorang kawan.  Tapi pada lelaki² yang nak kan perkhidmatan Raihana diberi syarat.  Kalau nak tau kena laa baca. 

Tapi lama kelamaan Raihana telah mendapat hidayah dan dia berhenti dari pekerjaan ini. Hakim yang selalu melanggan Raihana jadi tak senang duduk kerana terlalu rindukan Raihana dan selama 6 bulan cuba menjejaki Raihana. Sejak telah mendapat hidayah dia telah menukar penampilan diri dan bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat.  Secara tak sengaja telah terjumpa dengan Hakim bila Raihana dan bossnya menghadiri satu mesyuarat.  Dari situ Hakim memburu Raihana dan ajak dia kawin.  Masalahnya Hakim telah pun ditunangkan dengan Nely. Jadi Raihana ni asik ngelat aje laa.. sampai satu hari Hakim nekad jugak nak kawin dengan Raihana dengan memerangkapnya.. Kalau nak tau apa Hakim dah buat.. Jom layan novel ini.. yer.. 

Aku beri kredit ~ 5/5 bintang

Sinopsis ~

Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.

“Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim
“Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana

Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang.

Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya.

Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu.

Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi?

“Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana
“Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.” Hakim

Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu.

Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan?

~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim

Thursday, August 22, 2013

Kisah Raya Aidil Ftri 2013 - Bhg Akhir

Assalamualaikum..

10 Ogos 2013 (Sabtu)

Kejap aje dah masuk hari raya ke 3.  Masih di rumah Kak Imah. Pepagi membantu menyediakan sarapan. Yang bestnya ada cempedak goreng.  Iye laa kalau kat KL beberapa ketul pun dah makal.. nie makan sampai tak termakan dibuatnya. 

Tengahari plak, katanya ada 2 pupu hubby nak datang beraya. Jadi weols pun bertungkus lumus laa memasak makanan untuk makan tengahari.  Lepas makan tengahari pack baju untuk berangkat balik ke KL.

 Juadah sarapan pagi di hari raya ke 3.. ada sandwich tuna, cempedak goreng, 
nasi impit, durian pun ada


 Ini laa juadah hidangam tengahari..  Ada masak lemak, sayur campur, 
ikan masam manis, kari daging dan ikan masin


Ikan bawal cermin.besar buat sweet sour.. sedap..


 Ramai yang datang sampai 3 group.. beseleras sungguh..


Ini kumpulan yang kedua.. dia org tak de laa dpt makan nasi..sebab dah abis.. so weols layan dia orang
semua ngan durian..


Bergambar kenangan..

Ini laa doyan yang telah di asing kan oleh abg Iji.. aku untuk weols makan dan bawa balik KL


Nyuumm2 sedap dan manis


Weols bertolak balik ke KL dari kampung dalam pukul 6 petang.  Planningnye weols akan tak ikut highway tapi jalan sabak bernam.  Jalan pun jem teruk jugak..Singgah makan di Nasira Tonyam.. nampak aje gah dan ramai orang maklum laa byk kedai tak bukak jadi ramai yg tumpu ke situ.. dah la lambat.. pas tuh tak sedap adoi yai..sabo je laa.. 

Lepas makan.. weols teruskan perjalanan.. bila dah masuk highway baru LATA.. baru laa lancar.. exit kat Templer.. Terusk ke rumah Kak Yong nak turunkan doyan.. sebab keta dia tak muat nak letak doyan.. so semua masuk keta weols laa.. tengik bau doyan kena beli arang baru laa kurang sikit. Alhamdullillah sampai di rumah dalam pukul 1.30 pagi.. Itu je kisah raya di kampung.. 


Wednesday, August 21, 2013

Cerpen Pilihan ~ Saat Hadirnya Cinta

Assalamualaikum..

Karyaku2U

Pada uols yang berminat nak baca novel pendek.. jom layan
e-novel dari penulis Cik Tulip ini dari blog Karyaku2u.
Aku dah letakkan linknya di sini..senang utk uols nak baca..kan..

SAAT HADIRNYA CINTA



Kredit blog ~ Cik Tulip Ungu 


Kisah Raya Aidil Fitri 2013 - Bhg 3

Assalamualaikum..

9 Ogos 2013 (Jumaat)

Hari Raya Kedua di rumah Kak Idah.  Pepagi membantu memasak sarapan sebelum bersiap untuk berjalan raya di hari kedua ini.

Hidangan Nasi Lemak untuk sarapan di Hari Raya Kedua.. 

Seronok bila berkumpul begini.. kecoh aje.. :) 

Hubby bersama Abg Hadi dan Syam 

Senyum anak aku dapat makan Spegatthi Bolognese.. 


Lepas bersarapan weols semuanya bersiap² untuk ke Bota plak untuk melawat ke kubur ibu mertua ku. Selalunya selepas melawat ke kubur, weols akan ke rumah bapak sedara hubby aku Pak Cik Rahim tapi tahun ini tidak lagi kerana dia telah meninggal dunia sebelum puasa hari tuh dan isterinya plak sekarang ini tidak berapa sihat.  Oleh sebab hari Jumaat, weols terus ke Masjid Universiti Petronas di Seri Iskandar sebab yang lelakinya nak solat Jumaat.  Lepas lelaki solat weols perempuan plak pergi solat.  Cantik Masjid UTP nie..

 Lepas solat weols meneruskan perjalanan ke rumah besan Kak Yang di Batu Gajah.  Memang setiap tahun weols akan pergi beraya ke sini.  Dari rumah besan Kak Yang, weols ke rumah kawan baik Kak Yang lupa plak nama tempatnya.. Seronok Kak Yang dapat jumpa kawan sekolah dia dulu².

Dari situ weols ke Ipoh plak ke rumah Wan Chu, mak sedara hubby.  Dah siap makan² weols pun balik laa.. kerumah Kak Idah.. dan bersiap pack bag untuk ke rumah Kak Imah plak dan bermalam di sana.


Ini adalah kubur arwah ibu mertua ku.. 



Ini lah rumah Pak Cik Rahim.. tinggal kenangan.. kalau tak setiap
 tahun weols akan beraya di sini.


 Sempat ambik gambar labu sayung ini..
 Sempat bergambar di depan masjid Universiti Petronas di Sri Iskandar, Perak

 Kak Nyah dan Anis

 Antara hidangan di rumah besan Kak Yang..

 Sungguh menyelerakan..

 Amboi bangg.. sedap ker.. tuh..:)

 Ahaks sempat lagi posing² tuh..maklum laa raya.. bila lagik kan

 Syam, hubby dan Kak Yong

 Besan Kak Yang yang tunjukkan jalan yang mudah ke rumah kawan Kak Yang..

 Makan lagi.. kenyang pewut..

 Bergambar kenangan dengan kawan Kak Yang dan anak²nya

 Ini di rumah Wan Chu di Ipoh..

Hubby pun minat bergambar jugak.. ahakss..


Selesai untuk Hari Raya kedua.. nanti sambung..lagi sebelum balik ke KL

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss