Friday, November 29, 2013

Cuti Nuzul Quran Buat Kuala Lumpur, Putrajaya & WP Labuan

Assalamualaikum..

Alhamdullillah.. moga cuti ini dimanfaatkan.. sebaiknya..

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 2014.
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan, malam tadi, mengumumkan hari kelepasan am berkenaan sudahpun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369). 
Selain itu, kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan terbabit iaitu pada Isnin, 3 Februari 2014. 

Ini berikutan berlaku pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada Sabtu, 1 Februari 2014.
Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama.
"Pengumuman ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal," menurut kenyataan itu. - Bernama
Sumber : MyMetro

Thursday, November 28, 2013

Berita Artis ~ Johan Asari Akui Bercinta Dengan Lana Nordin..

Assalamualaikum..

Memang terkejut juga baca pengakuan Johan nak kawin ngan Lana Nordin.. iye laa selama ini ingatkan dia bercinta dengan Shila Hamzah.. Katanya  baru jumpa 3 kali terus lamar.. Kita tunggu dan lihat.. perancangan perkahwinan yang dijangka tahun depan..  Harap berkekalan hingga ke jinjang pelamin..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itu’lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.
Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.
Johan As’ari juga percaya & yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.
“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan As’ari.
“Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin”
Lana Nordin hadir menemani Johan As’ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing masing dengan gelaran baby & sayang tidak mampu menutup status mereka yang sedang hangat bercinta.
“Kalau ikutkan, kami tidka mahu menangguhkan perkara baik — cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa gesa,” tambah Johan As’ari yang tidak mahu dedahkan tarikh pernikahan.
Keberanian & Keikhlasan Johan As’ari Buka Hati Lana Nordin
Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya.
“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan”
“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” jelas Lana Nordin. (rtky/m)

#03 Johan As’ari, Lana Nordin Akui Sedang Bercinta - ROTIKAYA


#02 Johan As’ari, Lana Nordin Akui Sedang Bercinta - ROTIKAYA

Kredit ~ Rotikaya.com

Wednesday, November 27, 2013

Doyan Dari Kampung..

Assalamualaikum..

Lama betul tak bersiaran kan.. 2 hari aku cuti berkursus..nak cukupkan KPI..  tak sempat nak upkan N3..  korang layan kan aje laa gambar masa weols balik kampung hari tuh..

Skrg nie musim doyan.. ini hasil dari kebun abg dan kak ipar ku..
Minggu baru nie balik lagi.. bawa balik lagi buah doyan.. alhamdullillah 
rezeki.. Terima kasih.. pada Kak Idah dan Abg Hadi..

Aduhai hubby ku.. dok memarut kelapa.. caya laa.. 

Doyan yang nyummy..

Weols balik kampung sebab melawat bapa mertuaku yang tidak sihat 
sebab masalah dengan paru-parunya.. Sekarang boleh dikatakan tiap-tiap minggu
akan balik kampung melawat dia. Moga ayah mertua ku cepat sembuh
dan kembali sihat. Insyallah..


Thursday, November 21, 2013

Cerpen Pilihan ~ Assalamualikum Cinta

Assalamualaikum..

Ini aku nak recomend cerpen dari penulis
REHAN MAKHTAR
ceritanya tak de laa panjang sangat.. Sweet jer..
Peminat cerpen jom layanzzz..



Wednesday, November 20, 2013

Novel ~ Dia.... Isteri Luar Biasa




Aku suka dengan citer novel ini.. kelakar, geram romantis pun ada..

Ia mengisahkan Dewi Yusra yang mempunyai banyak cawangan Nasi Ayam dan sangat terkenal. Dia ni sangat phobia dengan lelaki sebab ibunya sendiri pernah dizalimi oleh ayahnya. Dewi Yusra nie sorang yang brutal tapi baik hati dan suka menolong kaum perempuan yang dizalimi suami dan memberi mereka ini kerja di restoren²nya.  Satu hari dia pernah terfikir untuk mempunyai seorang anak untuk mewarisi perniagaannya nanti tapi tak nak berkahwin..Mana bolehkan.  Untuk melaksanakan hajatnya itu, dia terpaksa laa mencari lelaki yang sesuai dan mempunyai ciri-ciri seorang ustaz dan genetik yang bijak pandai.

Satu hari dia telah berkenalan dengan Raden Amzar, seorang Prof Madya di dalam kapal terbang. Memula tuh tak suka tapi Yang buat dia tersuka tuh bila Raden Amzar solat dalam kapal terbang..Ahaks maka terjadi laa perkenalan antara mereka.. Raden ini memang dah lama suka dengan Dewi Yusra sebab dia selalu gak pergi makan di Restoran Nasi Ayamnya.. 

Mereka berkahwin apabila ditangkap basah.. cam na dia orang ditangkap basah kena baca okey.. hehehe..Hajat Dewi Yusra nak dapat anak makin cerah bila dia dapat berkahwin dengan Raden. Kan mereka kawin tangkap basah jadi mesti laa malu²kan.. Jadi berbagai cara si Dewi Yusra nie konon² tak nampak laa desprate sangat nak bersama dengan Raden utk capai misinya itu.. Boleh plak dia dah pakai seksi² dah tuh pura² berjalan dalam tido masuk bilik Raden Amzar.. mereka nie memula kawin tido bilik asing² ahahah memang kelakar.. cara Dewi nak ngorat Raden.. Memang Raden pun sebenarnya syok juga kat Dewi.  Akhirnya tercapai juga hasrat Dewi dan dia mengandung. Ingat boleh laa dia minta cerai dari Raden tapi Raden nie mana nak kan dia tersangat laa sayangnya dengan Dewi Yusra..di tatang bagai minyak yang penuh.  Macam² cara Dewi nie buat untuk sakiti hati Raden tapi Raden tetap sabar.

Sampai dah bersalin pun Dewi buat perangai bawa lari anaknya..Dewi Raden Amani.. ahahaha berebut nak masing² nak letak nama pangkal Dewi dan Raden..tapi si anak yang memang terlalu manja dengan abahnyaa sampai demam kerana rindu.. Kalau uols nak tau apa jadi dengan rumahtangga Dewi Yusra dan Raden Amzar... korang beli dan baca laa novel nie.. yer..

Kredit Aku Bagi ~ 5/5 bintang

Sinopsis ~

SINGLE is simple, double is trouble...

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!


Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…


Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.


“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 


Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flightdari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?


Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?


Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.


Tuesday, November 19, 2013

Percutian HongKong, DisneyLand, Shenzhen China Dari 1 Nov - 5 Nov 2013 - Part 4

Assalamualaikum..

5 November 2013 (Selasa)

Hari ini adalah hari terakhir weols di Shenzhen.  Pepagi dalam pukul 8 dah check-out sebab nak ke stesen keretapi untuk balik semula ke Hong Kong.  Oleh kerana bas pelancong tak boleh nak park berdekatan dengan stesen keretapi, weols pakat² untuk upah orang untuk angkat bag² weols. Masa datang bag masing² tak banyak dah kira masih okey lagi untuk ditarik nie masing² bag dan beranak pinak dan agak jauh untuk weols tarik sendiri.  Julie tolong dapatkan orang dan weols bayar dalam 100 yuan untuk semua bag.

Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar dah weols naik keretapi ke HongKong.  Di stesen weols dijemput oleh agen bernama Allan sebab Kar Yu tak dapat datang kerana bawa pelancong ke tempat lain. Dari stesen weols ke Terminal 1, Airport HongKong. Sebelum bertolak sempat dulu solat.  Nasib baik jumpa tempat solat di sini. Kapal terbang berlepas lebih kurang dalam pukul 2.45 petang dan landing dalam pukul 6.30 petang.
 
Bye² Shenzen.. nak balik dah.. 


Berkumpul menunggu bas jemput..

 2 orang yang di upah untuk angkut bag weols.. hubby pun ikut sekali.. 
dia orang nie.. lalu kat jalan besar tuh

Dah sampai ke stesen keretapi.. 


Last bergambar kat Shenzen..





Di Airport Hong Kong..Amboi anak aku tayang henfonnya..

 Posing kejap sebelum boarding..

 Sebelum berlepas..sempat mintak amoi tolong ambil gambar..

 Masa nie nak gi toilet sempat hubby capture gambar..

View kat skrin sebelum kapal take off.. beratur.. tunggu turn nak terbang..
 banyak betul.. kapal terbang..


 Alhamdullillah selamat dah sampai ke tanah air.. negara ku Malaysia..

Ini laa kain yang diperbuat dari buluh.. lembut..jer..

Okey ini aje laa antara gambar² yang sempat diambil dan diabadikan di blog ini. Abis dah N3 percutian..hehehe..

Monday, November 18, 2013

Percutian Ke HongKong, Disneyland dan Shenzen China dari 1 Nov - 5 Nov 2013 - Part 4

Assalamualaikum..

 Ini di dalam keretapi menuju ke Shenzhen.. perjalanan dalam 
45 minit gitu.. ke Lo Wu

 Melalui imergresen..

Julie adalah pemandu pelancong weols di Shenzhen.. comel orangnya.. 

 Weols di hantar terus ke Hotel Shanshui..Bilik airnya transparent.. laa plak..

Biasa laa blogger kan bilik air pun nak ambil gambar.. hehehe

 Lepas letak bag dan solat jamak.. weols keluar dan di hantar 
ke satu pusat membeli belah.. Aku beli 2 helai kain ela.. 
harga pun not bad tak de mahal sangat..


Aku juga sempat beli bag 3 beranak.. dalam Besar, 
sederhana dan kecil dapat harga 660 Yuan.. lebih kurang RM330. 
 Kira berbaloi laa..

Dan juga weols dapat belikan henfon samsung galaxy S4 dengan harga 460 atau RM230  untuk anak weols. Selesai shopping balik hotel laa.. dah penat kan.  Esoknya nak jalan² kat Shenzhen plak.


4 November 2013 (Isnin)

Ini di Gedung Bamboo.. tempat yang wajib kena lawati.. so beli barang yang diperbuat dari buluh..

Ini masa weols pergi ke satu dataran FungShui.. Biasa laa Cina percayakannya..
 kebetulan plak kat sini ada sesi photoshot untuk ratu cantik..
 ambil kesempatan laa bergambar dengan dia org nie.. cantik dan tinggi²

Singgah di Window of the World.. kat luar aje tak masuk dalam.. 
kalau nak masuk boleh tapi dengan belanja sendiri laa.. 
Harga tiket pun mahal gak laa.. 

Di hadapan Piramid..

Nampak ada Eifal Tower.. ada piramid laa macam² ada.. kat sini macam tugu.. ada.. 

Di sini plak tempat jade.. macam² jenis jade ada di jual..

Dah laparkan singgah makan di Restoren Muslim.. 
Makan tengahari yang masuk dlm package..

Restoren pun selesa dan cantik..

Hidangan makanan tengahari weols..sedap.. perut pun dah lapar..

Licin² makanan..masing² kelaparan..


Ini di kompleks yang menjual barangan gajet..

Pemandangan di ground floor.. lebih kurang cam Low Yatt laa..

Weols sempat beli Quran Digital dengan Pen.. 150 Yuan lebih kurang RM75 sahaja..

Meeting point kalau sesapa yang dah abis membeli belah.. 
Kat sini pukul 6.30 dah tutup..  so kalau uols nak pergi situ kena 
gi awal.. sebab sharp 6.30 dah tutup lampu 
dan nak tutup kompleks tuh..


Perut dah lapar.. weols di bawa makan malam plak.. 


Perut yang dah kenyang..


Ada jumpa kedai Cina Muslim jual beralatan.. so sempat beli sejadah dengan kompas ini..
senang gak nak bawa travel..sejadah nipis..

Akhir sekali weols di bawah ke kawasan shopping di DongMan..Sempat lagi geng² lain beli handbang, bag travel..dan macam² lagi.. Kat Shenzhen tak jumpa FM so sesapa nak beli FM beli kat HongKong..kat Ladies Market.. nasib baik sempat beli kat Hongkong..tapi tak dpt beli banyak laa.. ingatkan leh shopping FM kat Shenzhen, cari tapi haram nak jumpa..  Memang hari ini kepenatan sungguh seharian berjalan.. tapi puas hati laa.. Berbaloi dengan apa yang telah dibayar.. Esok dah nak balik.. Malam tido dengan lena..nya

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss