Tuesday, December 31, 2013

Novel ~ Mencari Mr. Charming

Assalamualaikum..




Ini adalah novel kedua dari penulis Anna Lee yang aku dah baca.  
Novel dia yang dulu bertajuk Terukir Cinta.. Memang best..
So peminat tegar novel sila dapatkan di pasaran.


Kredit Aku Beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

Indah Lara aka Lara Alisya ,seorang penulis novel cinta yang tak popular, tetapi mempunyai 'hater' yang tegar bernama Indah Water. Kehidupan Indah Lara huru-hara apabila dia kerap menerima e-mel kritikan daripada Indah Water yang boleh 'membunuh' semangatnya untuk terus menulis.


Indah Water, individu misteri yang mempertikaikan setiap karya Indah Lara. Dia menyampah sungguh dengan watak hero ciptaan Indah Lara yang terlampau kacak dan romantik katanya, Indah Lara tidak berpijak di bumi yang nyata. Lelaki sebegitu memang tak wujud di dunia. Semuanya hanya khayalan .

Indah Lara rasa tercabar. Dia yakin lelaki kacak dan romantik memang wujud . Dia akan terus mencari prince charming dan akan buktikan kepada Indah Water bahawa dia boleh dapatkan lelaki yang romantik seperti yang digambarkan dalam novelnya sehingga dia bertemu dengan Sam, lelaki yang cukup sempurna di matanya. Lelaki yang membuatkan dia mengalami penyakit.... jatuh cinta pandang pertama ! 

Tetapi , benarkan Sam itu Prince Charming yang dicari selama ini? Apakah krateria Prince Charming ? 



Dapatkah Indah Lara menjadi penulis yang berjaya? Berjayakah dia berdepan dengan pembaca dan pengkritik yang cuba hendak menjatuhkannya? Dan yang paling penting ... siapakah Indah Water? Kenapa Indah Water membenci Indah Lara ? Adakah Indah Water itu Prince Charming yang dicari ?

Monday, December 30, 2013

WalimatulUrus Yusra dan Hafifi, Sg. Petani - Pt 2

Assalamualaikum..

Waduh.. lamanya pulak ditinggalkan blog ini sunyi sepi.. bukan apa tak sempat nak siapkan N3 autopublish sebab banyak kerja nak disiapkan sebelum bercuti minggu lepas. Ni aku sambung yer.. N3 part 2 plak.. jom layanzzz... gambar² yang ada..

Weols baru sampai disambut oleh bapa pengantin.. Abg Usop.. 


Ini antara hidangan lauk pengantin yang dibuat oleh kakak iparku.. 


Zaid dan Ninie yang balik bercuti ke Msia selama sebulan.. juga turut hadir.. 


Cucu² Kak Yang..Ahmad, Aina dan Umar.. 


Pewut dah lapar.. apa lagi makan laa.. 


Sedap lauk²nya.. ada kerabu, sambal mangga bacang, ayam goreng, 
dan biasa laa lauk kenduri..


Hubby bersama Abg Uda, Abg Hadi, Zaid dan Arifudin 


Antara lauk² yang disediakan.. 


Hantaran untuk pihak lelaki.. 


Pengantin perempuan.. yang bakal menjadi ibu..  
Mereka telah bernikah bulan Oktober lepas 


Aku bersama pengantin.. 


Menyambut kedatangan suami.. 


 Afifi dan Yusra.. 


Makan beradap..


Pak Sedara dan Mak Sedara. Pengantin 


Orang² Pakatan yang membantu dalam majlis ini..


 Dah selesai majlis balik ke homestay.. ramai yang berkumpul


 Angah.. bz mengopek doyan yang dibawa dari kampung.. ada laaa dalam 10 biji..


 Abg Uda terluka jari masa memesin kelapa.. adoi kesian.. 
Noina pun ada singgah sebelum balik ke Ipoh.


Hmm..geramnyaa ngan Naufal nie.. sesekali jumpa..kejap je dah besar..


Fahim Zidane.. tak lama lagi nak balik UK dah.. 


Monday, December 23, 2013

WalimatulUrus Yusra dan Hafifi, Sg. Petani - Pt 1

Assalamualaikum..

Jumaat, 20 Disember 2013

Bertolak ke kampung dalam pukul 9.30 malam hari Khamis malam.  Ambil Kak Nyah dulu dan weols singgah kat Tapah tunggu Kak Yong yang drive kali ini dengan Angah dan Kak Yang. Hubby masing² tak dapat ikut sekali. Teruskan perjalanan ke kampung rumah Kak Idah dan weols sampai dalam pukul 1 pagi. Apa lagi tepuk² bantal.. tido ler..hehehe.

Esok pagi lepas sarapan dalam pukul 9.30 pagi.. weols gerak ke Sg. Petani.  Abg Hadi dan Kak Idah join sekali satu kereta ngan weols.  Sampai di Sg. Petani weols cari homestay yang telah dibooking oleh Sham. Masalah pada mulanya tak jumpa² homestay dekat 1 jam.  Adoiyai.. dah laa perut lapar.  Tah apa laa yang silap setting waze silap atau alamat yang diberi silap.  So call laa tuan punya homestay.. tunggu pun dekat 20 minit baru sampai.. sabo je laa.. Dah sampai homestay, letak bag semua weols keluar balik cari tempat makan.. iye laa budak² dah laparkan.. kesian laa kat dia orang.

Sebelah petang plak akak² ipar ke rumah Kak Sal, aku dengan Kak Yong dan Angah ke Tesco cari barang kudapan, makan malam dan beli air mineral sekali.

Sabtu, 21 Disember 2013

Selepas sarapan bersiap ke rumah Kak Sal dan Abg Usop kerana nak meraikan majlis perkahwinan anaknya Yusra dan Afifi.  Dia orang berdua ini telah bernikah bulan Oktober yang lalu.  Kira ini nak meraikan laa.  Majlis ini di uruskan oleh jiran dan orang² pakatan di taman dia orang ini. Makanan pun sedap. 

Sarapan pagi sebelum bertolak ke Sg. Petani 


 Dah sampai homestay di Sg. Petani.. sewa sebab weols ni ramai..


 Berehat sebentar sebelum keluar makan..


Ini bilik yang aku huni bersama Kak Yang dan Kak Nyah


Singgah makan di sini masa nie dah pukul 3.30 petang..


 Besar betul periuk sup..


 Masing² muka tengah lapar..


Aku oder meehoon sup utara..


 Me & hubby..


 Sian Zaid.. yang balik M'sia bercuti.. dia ngan anaknya Fahim pun demam

 Kak Yong dan Angah bz sediakan sarapan..

 Kak Idah, Hubby, Abg Hadi dan Uda..

Haiqal dan 3 orang anak sedaranya.. Aina, Umar dan Ahmad..

Dah siap sementara tunggu yang lain..plak.. 

Kak Yong, Aku dan Angah.. 


Nanti sambung lagi yer.. tunggu..

Saturday, December 21, 2013

Cerpen Pilihan ~ Ketawa & Airmata Itu Laa Sebenarnya Cinta

Assalamualaikum..



Jom layan cerpen dari Rehan Makhtar
klik link kat bawah nie yer..


Friday, December 20, 2013

Cinderella 2013

Assalamualaikum..

Dulu² dah ada novel yang di adaptasi sebab aku pernah baca novelnya.  Aku paling suka drama Cinderalla yang dilakonkan oleh Ahmad Idham dan Heliza Misbun.  Hari ini telah mula ditayangkan di pawagam Cinderalla 2013 arahan Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Fizo Omar dan Nelydia Senrose.  Cam best laa plak.

Pada korang yang tercari² drama Cinderella leh layanzz.. ada orang dah upload.

Jangan lupa OFF kan lagu kat atas tu atau masuk terus kat Youtube..


Ini drama Cinderalla..


Ini keluar di panggung pada 19 Disember 2013

N3 autopublish

Thursday, December 19, 2013

Pergi Majlis Kahwin.. Gambar Pengantin Tak De..

Assalamualaikum

Sabtu, 14 Disember 2013

Hari nie aku sekeluarga ada 2 majlis perkahwinan.  Memula ke majlis perkahwinan anak Abang Ujang, jiran rumah Abg Uda yang juga lebih kurang sedara jauh gak laa ngan aku nie di Taman Melati, Gombak.  Jumpa Mak Teh aku kat situ.  Yang spoilnya gambar² yang ambil guna kamera Samsung aku, memori kadnya rosak.. abis gambar² tak jadi.. frust betul laa.. Dah ambil gak gambar pengantin. 

Dah makan² kat situ. weols ke Puchong plak.  Ini majlis perkahwinan anak kakak Sham.  Dia buat di Dewan Masjid. Gambar yang ada ini pun guna henfon jerk.. laa.. Gambar pengantin tak sempat nak capture, so layan gambar weols aje laa yek..hehehe

Gambar depan Masjid Abdul Rahman Bin Auf di Puchong 

CD dan Sham 

Angah.. melayan Umar dan Aina 








Malam ini balik kampung dan esoknya aku cuti dan weols akan ke Sg Petani.  Hari Sabtu nie majlis meraikan perkahwinan anak saudaraku, Shima yang telah bernikah bulan Oktober yang lalu. Blog mungkin akan bercuti panjang juga..Insyallah kalau sempat nanti aku update jika ada N3 baru yer.. 

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss