Tuesday, January 07, 2014

Novel ~ Mampu Mencintaimu

Assalamualaikum..





Novel ini mengisah kahwin paksa laa. Sarah Humaira dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga kerana disebabkan wasiat keluarga. Abang² Sarah Humaira pun semuanya kawin dengan pilihan keluarga.  Untuk mengelakkan dari di kahwin paksa, dia selalu aje buat² bz dengan study tapi nak buat cam na kan dah sampai masa kena gak kawin.  


Sarah Humaira tidak mahu ambil tahu langsung siapa bakal suami dia. Sampai nama bakal suaminya pun dia tak nak tahu. Lepas akad nikah baru laa dia tahu yang suaminya tuh adalah lelaki yang paling dia benci sebab selalu sangat menyakat dan mengusiknya. Dah laa jongang plak tuh. Si suami ini sebenarnya terlalu sayang dan cintakan Sarah Humaira nie hingga sanggup menerima syarat dengan membenarkan Sarah pergi melanjutkan pelajarannya ke US dan selama 5 tahun tidak bertanya khabar dan berita. Sarah menipu keluarganya dengan mengatakan mengikut suaminya yang mendapat tawaran kerja ke UK. 


Si suami ini telah mengambil inisatif untuk mengubah diri dan penampilan dan apabila kembali ke tanah air telah menjadi seorang yang tampan, kacak dan tidak jonggang lagi. Tanpa di duga, Sarah telah mendapat kerja di tempat kerja suaminya tanpa mengetahui yang ketuanya itu adalah suaminya. Iye laa tak pernah ambik tahu kan siapa suaminya sebelum ini. Sarah pun sejak balik, telah mula sedar akan kesalahan terhadap suaminya dan berhasrat untuk menjejaki suaminya..

Kalau nak tau kisah selanjutnyaa sila laa dapatkan dipasaran yer..

Kredit ~ Aku beri 4.9/5 bintang

Sinopsis ~

Kerana sebuah janji, Sarah Humaira terpenjara di luar sangkar angan-angannya. Angan-angannya untuk mengejar cita-cita dalam bidang binaan bangunan. Tidak terduga, dia disuruh berkahwin pada saat dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Semuanya hanya kerana janji itu, yang membuatkan ibu dan ayahnya memaksanya berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak dia kenali.

Selepas selamat diijab kabul, Sarah Humaira lari dari kehidupan perkahwinannya kerana perasaan bencinya pada lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Perasaan benci yang sudah lama terpupuk sejak sebelum mereka bernikah.

7 comments:

  1. Bila dah hensem campur sedar pulak si isteri mungkin balik semulalah ye Rinna. Khusyuk Rinna baca novel ni pastinya:)

    ReplyDelete
  2. kekadang sesuatukisah tu mcm tak logik. then ter fikir jugak masih ada ka insan kat dunia ni yg setia sampai cenggitu sekali. sanggup tunggu lelama kan..

    yang ada sekarang ni, kalau tak taat sikit dah naik mahkamah. hehehe..

    bahagianya hidup kalau ianya seperti kisah sebuah novel kan..kan..

    ReplyDelete
  3. adeeezzzz br bc sinopsis da terasa feeling2

    ReplyDelete
  4. mcm kisah betty pulak..hihihi..best jugak jalan ceritanya tp tang kahwin paksa tu tipikal benar..hehehe..

    ReplyDelete
  5. hahahahaha..setuju dgn Dee..macam telenovela Betty..

    ReplyDelete
  6. menarik kak cite nie....kalo didramakan sure ramai follower nieh....

    ReplyDelete
  7. yg novel mencari mr. charming pun tak jumpa ri tu...hoho..
    geram tul..lambat sgt sampai kat tepen dan penang ni...hangin!!!

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss