Wednesday, February 05, 2014

Alhamdullillah Hubby Beransur Sihat...

Assalamualaikum..

Jap yer nak ambik bulu ayam nak sapu² abuk yang melekat kat blog ini.  Hmmm.. lama tak update blog kesayangan ku ini.  Aku plak bz dan mood nak update pun ke laut gak.

Minggu lepas hubby aku telah selamat menjalani pembedahan untuk mengubati sakit Hernia. Alhamdullilah berjalan dengan lancar.  Hubby aku dapat sakit nie lebih kurang seminggu jek dan rasa pedih bila berjalan banyak.  Pada mulanya ingatkan perut masuk angin tapi sakit tak gak hilang².  Minggu sebelum tuh balik kampung sempat lagi ke klinik di Teluk Intan.  Tapi sebab kelengkapan tak mencukupi dinasihatkan pergi ke Klinik bila balik KL. Cek air kencing semua OK.. Doktor refer hubby ke Hospital Pusrawi.  

Jumpa doktor pakarnya tapi tak dapat buat keputusan masa tuh dan doktor pun tak de bagi cadangan apa yang nak dilakukan. Memandangkan hubby nak buat Umrah dan disuruh pergi dulu dan operate kemudian. Weols pun balik laa.. cuma diberi ubat tahan sakit. Dapat call dari Abang ipar dan dia cadang suruh operate dulu sebelum buat Umrah.  Dapat recommendation dari anak buah yang pernah juga pembedahan untuk cuba pula jumpa doktor kat Al Islam Medical Centre (Kampung Baru).  

Alhamdullillah dapat jumpa Dr. Shahrol pada hari Sabtu 25 Jan 2014. Hubby punya hernia baru diperingkat nak jadi tapi sebab sakit tu yang dia tak tahan. Doktor pun beri cadangan untuk melakukan pembedahan dulu.  Iye laa kalau dah sakit camna nak buat amal ibadatkan.  Cek-in hospital pada 27 Jan dan di operate pada 28 Jan 2014 pada pukul 2.45 petang.  Operation berjalan dengan lancar dan mengambil masa dalam 1 jam lebih jerk. Kesan pembedahan bila dah buka plaster pun nampak cantik jer.. Apa yang doktor bagi tau dia orang gunakan teknik memasang jaring untuk menutup usus dari terkeluar dari laluannya.. Korang google laa yer kalau nak tau lebih lanjut berkenaan hernia nie.

So pada ahli keluarga yang menghadapinya, aku cadangkan korang ke hospital ini dan jumpa Doktor Shahrol.

Ramai antara kawan² hubby dan sedara yang datang menziarah. Esoknya bila Doktor Shahrol datang melawat dia pun dah beri keizinan untuk hubby balik berehat di rumah.  Cuma weols lambat sikit dapat cek-out sebab masalah billing kalau company guna insurans.  Dekat 4 jam gak laa  menunggu dan weols balik dalam pukul 9 malam.  Doakan yer agar hubby aku sihat sepenuhnya sebab esok dia dan kakak² akan pergi menunaikan Umrah.  Moga mendapat Umrah yang mabrur.. Insyallah. Ammiiinn.


Gambar diambil sebelum pembedahan... Boleh tersenyum lagi..


Aku dan hubby..


Makan dulu sebelum pergi berjuang di meja pembedahan


Gambar selepas pembedahan..

 Ini laa makanan hospital..



Yang bagusnya kat hospital ini, masuk waktu je kalau tak larat nurse tolong
pesakit ambil air sembahyang.. dan solat atas katil.


Abang sedara hubby dan anaknya Nora datang melawat dan tunggu
hingga weols cek-out malam tuh..


Hari Sabtu Kak Yang, Angah dan Kak Yong sekeluarga datang
plak melawat Pak Su nya.. 








 Hari Ahad plak kawan² ofis hubby plak datang.




Antara buah tangan dari ofismate hubby..


p/s : Banyak betul dugaannyaa tapi alhamdullillah semuanya dapat diatasi..


9 comments:

  1. Alhamdulillah, leh dikesan sakit tu sakit apa. Semoga cepat sembuh somi Rinn tu. Dapat ler menjalani ibadah umrah dgn sebaik2nya.

    Rinn tak gi lagi kali ni?? Kan haikal dh dok asrama..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Syukur.. Moga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...
    semoga kembali sembuh seperti sedia kala

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, semuanya dah selamat. Nanti dapatlah menjalani ibadat umrah dengan sebaik baiknya..

    ReplyDelete
  5. mudah2an kembali sembuh & ceria seperti biasa yer rinna. sama2 kita doakan

    ReplyDelete
  6. Semoga hasben Rinna cepat sembuh..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..
    nsb baik dpt kesan awal kan
    semoga suami kak cpt sembuh dan dpt menjalani umrah tk lama lagi..

    ReplyDelete
  8. alhamdullilah...saya doakan suami awak cepat sembuh dari pembedahan hernia tu..

    ReplyDelete
  9. alhamdullilah...semoga hubby rinna cepat sembuh..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss