Wednesday, February 26, 2014

Dah Seminggu Berlalu, Al-Fatihah

Assalamualaikum..

Khamis, 21 Februari 2014 lebih kurang dalam pukul 9 pagi, hubby call aku, masa tuh aku baru je abis bersarapan pagi dan dia plak baru je sampai ofis.  Dapat panggilan dari kakaknya yang memberitahu bahawa Apak telah meninggal dunia.  Hubby aku datang menjemput aku dalam pukul 9.30 pagi iyelah kena patah balik laa.. ambik aku kat ofis dan balik ke rumah.  Sampai umah terus packing baju. Siap packing terus ke sekolah anak ambik dia kat sekolah plak. 

Memula tuh ingatkan Kak Nyah nak tumpang tapi katanya anak dia pun nak balik sekali jadi weols terus je shoot balik kampung.  Dengan keadaan hubby aku yang masih kurang sihat dan masih batuk².  Oleh sebab nak mengejar masa dan nak sampai sebelum solat Zohor, hubby kena laa speeding lebih kurang 140-150/km.  Haa ambik rasanya 2 kali kena speed trap.  Sabo je laa nak wat cam na kan.

Alhamdullillah weols sampai² jer ngam² azan zohor sedang berkumandang lebih kurang 1.30 petang.  Terus aje ke masjid sebab jenazah dah di bawa ke sana.  Hubby pun sempat laa mengimamkan solat jenazah Apak.  Kawan² hubby dari BMI UniKL juga ada datang dan sama² solat jenazah.

Jenazah telah dibawa ke Bukit Pekan, Kampar sebab Apak dah berpesan kalau dia meninggal dia nak di kebumi sama² dengan mak ayah dan keluarganya yang lain.  Jadi hajat ditunaikan oleh anak².  

Alhamdullillah pengkebumian berjalan dengan lancar.  Hubby aku plak tetiba je pening kepala sampai muntah².  Iye laa pagi cuma sempat minum air sikit dan makan roti pun separuh je katanya.  Jadi perut masuk angin laa.  Balik  tu weols semua pergi makan laa kat Langkap.  Malam tu badan hubby aku panas sungguh jadi tak ikut ke rumah arwah Apak untuk majlis tahlil.  Weols semua tido kat rumah Kak Idah sebab kat rumah Apak dah ramai sedara mara Makcik. 2 kali jugak hubby aku ke klinik dan hospital untuk ambik ubat dan sedut nabulizer (gas) sebab batuk dia teruk jugak.

Weols balik ke KL pada hari Sabtu petang.  Sham yang pandu kereta hingga ke jejantas Sg. Buloh. Iye  la keadaan hubby yang tak berapa sihat tuh.  Aku nie kalau drive long distance dan malam memang tak confident. Terima kasih pada Sham yang sudi membantu. Sampai di KL dalam pukul 10.30 malam.


Hubby sedang menunggu jenazah..


Jenazah di bawa oleh anak² sedara Apak 


Alhamdullillah ramai yang membantu dalam urusan ini


Wancu adik Apak yang bongsu menatap wajah buat kali yang terakhir.  
Sayu dan sebaknya rasa hati 


 Sayu tgk hubby tatap wajah Apak buat kali yang terakhir..


 Tanah telah mula menutupi jasad..


Bacaan talkin oleh semua anak sedara Apak 


 Kak Yang sedang menyirami kubur arwah..


 Hubby dengan Wancu adik Apak yang bongsu.. 


Antara kaum keluarga yang hadir


Gambar kenangan hubby bersama arwah Apak


Al - Fatihah



16 comments:

  1. Al-Fatihah
    semoga arwah damai di sana dan dinaungi kasih sayang Ilahi

    ReplyDelete
  2. takziah kak.. Al-fatihah.
    Semoga Arwah tenang di sana

    ReplyDelete
  3. innalillahiwainnailaihirajiuun...
    salam takziah sis...semoga roh arwah dicucuri rahmatNYA...

    ReplyDelete
  4. salam takziah..al fatihah semoga roh nya dtmptkan dikalangan org2 yg beriman .amen

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah... kasih sayangnya hingga ke syurga...

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah... takziah Rinna... semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi ...

    ReplyDelete
  7. Salam takziah dari SA kak....semoga arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  8. Innalillahi wainnailaihiroji'uun...
    Takziah dari kakak buat keluarga Rinna. Moga roh apak ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman.

    Al-fatihah..

    ReplyDelete
  9. sayu lieya tgk pic2 ni semua kak...terbayang2 plak bahagian kite nanti ....

    semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...al fatihah....

    laju jugak akak speed tu...hope takde laa surat saman sampai umah...mane tau kan niat ikhlas nak balik tgk org kesayangan buat kali terakhir Allah permudahkan segala urusan....in sha Allah kak..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih semua kerana sudi mendoakan arwah..

    ReplyDelete
  11. slm takziah & alfatihah .. Allah swt lebih menyayangi arwah !

    ReplyDelete
  12. Alfatihah utk arwah Apak Rinna...moga rohnya ditempaykan dikalangan org yg soleh...

    ReplyDelete
  13. alfatihah...
    moga roh apak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss