Tuesday, March 18, 2014

Novel ~ Suamiku Mr. Blind

Assalamaulaikum..



Ain Syuhada yang amat membenci akan Aidil Zafran sehingga tak sengaja telah menyembur racun ridsect pada Aidil sebab terlampau marah kerana telah ditolak oleh Aidil ke dalam lumpur sawah.  Aidil ni kiranya baik gak laa  sebab tak bagi tahu pada keluarga dia yang Ain telah menyebabkan dia buta. Aidil telah dibawa keluarga ke luar negara dan tinggal di sana selama 10 tahun.

Ain Syuhada plak telah tak sengaja bekerja sebagai PA kepada Aidil ini yang buta tapi tak beritahu tentang siapa dirinya. Dia kelentong yang dia berasal dari negeri lain.  Ain Syuhada banyak membantu Aidil hingga laa Aidil telah terjatuh cinta tapi nasib tak baik belum sempat nak luahkan perasaan Ain telah dilamar tetapi oleh sebab satu perkara yang tidak disangka dan lagi 2 minggu nak kahwin, keluarga tunang datang untuk memutuskan pertunangan.

Aidil mengambil kesempatan ini dengan meminta keluarganya melamar Ain. Masa nak pergi akad nikah baru dia tahu yang Ain ini lah yang telah membuat matanya buta. Tapi dia tetap meneruskan perkahwinan ini dan ingin membalas dendam dengan membuat hidup Ain nie kira cam huru hara laa..

Lepas nikah Aidil ada tugas di UK selama 6 bulan. Dia beritahu semua keluarga yang dia akan bawa Ain bersama. Rupanya Ain di tinggalkan dan selama itu, Ain yang kebetulan mendapat tawaran menjadi guru untuk sekolah khas telah mengambil peluang ini. 

Rupanya masa di UK dia telah menjalani pembedahan mata kerana telah didermakan oleh kawan baiknya yang telah meninggal dunia.  Dia pun balik laa ke Msia dan terus nak cari Ain yang pada ingatan dia mesti gemuk sebab dulu Ain nie gemuk dan dalam masa yang sama nak settle aapa yang patut dalam perhubungan dia orang.  Aidil call Ain.. ajak nak jumpa. Terkejut dia tengok yang Ain sekarang sangat cantik macam anak mammy.. terkedu dia.. tapi dia tak bagi tau laa kat Ain yang dia telah boleh melihat.  Saja dia arahkan Ain untuk pindah balik ke rumah mereka.  Hahaha masa nie memang kelakar laa, iye laa Ain nie kat rumah selalu pakai seksi sebab dia ingatkan si Aidil nie masih buta lagi.. 

Okey.. sampai sini laa.. kalau uols nak tau cam na endingnya kisah dia orang nie beli laa.. novel ini.. buat koleksi.

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..

Sinopsis ~

“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.
Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.
“Aku tak nampak apa-apalah!”
Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.
“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.
Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.
Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”
AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!
Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!
Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?
“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”
Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya? 


5 comments:

  1. Best jugalah bila kakak baca sinopsisnya Rinna. Ralitlah ye Rinna baca novel ini..

    ReplyDelete
  2. mcm2 cerita yer ... tp mcm menarik je

    ReplyDelete
  3. adezzz kak...novel yg akk suggest sblm ni pn lom abes bc lg nk ngadap yg 1 ni plak.. arrghhhhh

    ReplyDelete
  4. mesti best ni. ye la si ain selalu pakai seksi. duluaidil tak nampak. bila dah nampak cam ne la kan. keh keh keh....

    mesti best novel ni..mesti banyak yang kalakor nih..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss