Monday, April 28, 2014

3 Hari 2 Malam Team Building ~ Lembah Azwen, Ulu Langat

Assalamualaikum..

20 April hingga 22 April 2014 (Ahad ~ Selasa), aku adalah batch ke dua yang terpilih untuk menghadiri team building yang dianjurkan oleh Jabatan. Weols ke Lembah Azwen Batu 14, Ulu Langat, Selangor.  Batch yang pertama dulu, dia orang ke Teratak Malaya di Janda Baik.  Tapi banyak sangat komplen dan tidak memuaskan, Urusetia tukar ke Lembah Azwen.

Walaupun rumah aku dikirakan dekat aje dengan Lembah Azwen tapi Urusetia tidak membenarkan membawa kenderaan sendiri.  Memula tuh ingatkan nak laa mintak hubby antarkan terus tapi bila fikirkan bila balik nanti dia tak dapat nak ambik jadi aku bawa kereta sendiri ke ofis dan park kat situ dan balik nanti senang.

Hari Ahad tengahari tuh hingga laa sampai ke Lembah Azwen hujan telah turun dengan lebatnya. Masa tuh dalam pukul 3.30 petang. Kena laa tunggu kejap sebelum masuk ke dorm. Merasa laa weols tido dalam dorm, katil 2 tingkat.  Kat katil telah disediakan sabun dan selimut.  Alhamdullillah hujan renyai boleh laa masuk ke dorm dan lepas itu weols ke Cafe untuk minum petang sebelum masuk ke dewan.

Dalam dewan plak pembukaan oleh TNC dan memperkenalkan fasilitator dari Success Touch, En. Hamizi, En. Halim dan En. Ridzuan.

Dalam pukul 7 malam pulak.. ada makan malam dan aktiviti seterusnya pada malam itu adalah Candle War. Best sangat dan penat laa jugak hingga berpeluh.. Selesai aktiviti.. balik dorm tido.

Pada hari kedua banyak aktivti dan game yang weols adakan. Antaranya Pits Stop (aalaa game F1) best giler. Water survivor, Web Spider dan juga malam kebudayaan. 

Untuk permainan dalam air, weols yang perempuan nie turun laa dalam air tuh. Memula pegang tangan dan buat bulatan.. bila instraktur kata lepas.. semua lepas kan tangan.  Masa tuh adoyai rasa cam nak nangis pun ada.. maklumlaa memang tak jejak dasar laa sebab ketinggian air tuh melebihi 6 kaki lebih.  Instraktur ajar laa weols buat kuak lentang untuk ke tali yang telah disediakan.  Terkial² laa jugak nak berkuak lentangnya. Akhirnya sampai kat tali berpaut laa kat situ.. dan berenang laa ke tangga.  Patutnya kena patah balik tapi aku tak confident terus naik.  Tapi memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Untuk malam kebudayaan kumpulan aku mendapat tugasan (selepas cabut undi) menari tarian melayu, inda dan cina.  Hahahah aku kena menari tarian melayu guna lagu cindai.. hentam aje laa labu dan yang lain tarian india dan cina pun hentam aje laa sebab masa suntuk itu pun nak tau step tanya laa En. Google.  Ada yang kena berlakon citer Ali Baba, Musang Berjanggut, Ahmad Albab, Anak ku Sazali, Nasib Do Re Mi. Memang kelakar giler laa. Selain dari berlakon kena menyanyi jugak laa plak dan weols nyanyi lagi Sandirawa Cinta.  Setiap kumpulan semua dapat hamper bila dah selesai acara.

Esok sebelum balik ada lagi aktiviti berkumpulan iaitu membuat kesimpulan dari aktiviti yang dilakukan itu. Selama 3 hari 2 malam, sebanyak 16 kali makan. Tu yang bestnya gi kursus nie..heheheh

Cek out dalam pukul 1 lebih dan bas pun dah tunggu. Sampai diofis dalam pukul 2.30 petang.


 Lepak kat sini masa sampai sebab hujan turun dengan lebatnya.. tak boleh nak jalan ke dorm


 Bersama Marziah.. antara yang satu batch ngan aku..dan juga satu kumpulan.
Nama kumpulan weols MAJIN BOO siap kena create tarian hakka lagik..best..heheh

 Seronok gak laa duduk kat dorm nie.. macam² citer..

Cute je kasut boss weols yang duk sebelah katil..hehehe.. 

 Meehon Goreng ngan kuih kasui menu petang masa weols sampai.. lapar..
 tengahari tak makan

 Bilik mandi dan tandas.. tapi ada gak pintu yang rosak dan perlu diperbaiki..


 Ini adalah dorm wanita..

 Kawasan sekitar Lembah Azwen

Menuju ke dewan.. 

TNC sedang memberi kata² aluan

 Antara peserta kursus.. 

 Faci weols En. Hamizi.. memang kelakar.. dan best

 Presentation berkumpulan sebelum penutup.. kursus..

 Antara hidangan makanan yang disediakan di Lembah Azwen.. sedap laa jugak..


 Bayangkan bila kena kuak lentang ke tali tuh.. 
esoknya terasa sengal aje tangan nie

 Tu dia sedang beratur nak masuk dlm air..

 Sempat laa weols berselfie dengan TNC 

Peace..!!

 Selempang kain batik.. sebagai prop.. untuk menari tarian cindai..

Bergambar dulu sebelum persembahan..

7 comments:

  1. meriah tu... selain dorm ada bilik2 lain ke?

    ReplyDelete
  2. @Azian Elias ~ selain dorm ada chalet jugak laa.. :)

    ReplyDelete
  3. Wah best nyer berkampung kat sini

    ReplyDelete
  4. Bila sebut dorm macam ingat masa sekolah pulak Rinna.

    Eh.. mana tariannya? Tak tunjuk pulak kakak nak tengok:)

    ReplyDelete
  5. slm kenal..

    Bestnya..dah lama tak join aktiviti camni :-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. buat la review chalet di azwen ni jgk. hehe

    teringin nak ke sana

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss