Friday, April 04, 2014

Novel ~ I'M Mrs. Kertu

Assalamualaikum..

17407195




Ini adalah buku yang pertama dari penulis Danisharahmat yang juga penulis untuk novel Suamiku Mr. Blind. Kiranya aku baca buku kedua baru aku baca buku pertama beliau sebab suka cara penulis ini menulis novel. Memula tengok novel ini masa baru keluar cam tak berminat laa plak. Tapi banyak review yang dibaca tentang novel ini yang dikatakan best jadi teruja, aku pun gigih laa untuk mendapatkannya. Aku mula baca minggu lepas Jumaat malam dan aku boleh abiskan dalam pukul 2.45 pagi sebab novel ini pun tak de laa tebal.  Cerita pun best tu yang tak nak berhenti tuh..  Pada peminat novel boleh dapatkan di pasaran.

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang.

Sinopsis ~

Ainul Mardhiah – Keindahan zaman remajanya telah diragut, kehidupannya telah musnah gara-gara malam durjana. Dia hilang segala-galanya termasuk nilai sebuah kesucian. Takdir telah mengikat jodohnya dengan Adam Yusuf. Egonya tidak dapat menerima cinta seorang lelaki tua meski lubuk hatinya ada terdetik sayang.


Adam Yusuf – Cintanya kepada Ainul berputik pada saat pertemuan pertama. Wajah Ainul yang mirip arwah isterinya,telah kembali menggoncangkan jiwa lelakinya.


Jodoh yang ditetapkan oleh Allah sebelum langit dan lautan diciptakan-Nya telah terikat.Takdir telah menemukan mereka meski usia menjadi bandingan.


“Ain tak nak kahwin. Ain nak capai cita-cita dulu. Kalau kahwin pun bukan dengan lelaki...”


“Tua macam saya.”


“Belum cuba belum tahu Ainul. Saya ni macam kelapa tua. Makin berlemak dan manis.”


“Hmmm... lelaki tua memang miang macam ni ke?”


Menyedari getar jiwanya tidak berbalas, Adam Yusuf pergi membawa diri. Terpisah mereka antara benua. Namun pernikahan rahsia itu masih disimpan utuh. Lamaran Hafiz menerbitkan keazaman dalam jiwa Ainul Marhiah untuk menokhtahkan akad yang telah terjalin selama empat tahun.


Namun, pertemuan semula Adam Yusuf dan Ainul Mardhiah seakan-akan memudarkan rasa benci itu. Pertunangan Adam Yusuf dan Mariza membuahkan cemburunya. Adakah itu tanda sayang?


“Ainul menyesal kahwin dengan si kertu ini?”


Abang bukan kertu tapi perfecto.

1 comment:

  1. ha.. ha.. ha... kelakar cerita cam gini.. alamak rinna jeles tau tengok awak rajinnyer baca novel...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss