Thursday, May 08, 2014

Novel ~ Akad Ku Yang Terakhir

Assalamualaikum.. 

Akad Ku Yang Terakhir adalah novel terbaru dari penulis
 kegemaranku Acik Lana dan merupakan novel beliau yang ke 6.




Novel ini aku dah ikuti jalan ceritanya dari blog Acik Lana. Memang teruja laa kan
kalau baca sekerat aje tanpa mengetahui jalan cerita selanjutnya.  
Novel ini juga tidak menghampakan cuma ada sikit kekurangan 
rencah laa.  Pada pengikut novel Acik Lana mesti tau apa yang kurang dalam novel 
terbaru beliau ini.  Walaubagaimanapunnnnn aku suka novel ini kerana 
ada part buat aku .. sedih sampai berair mata dan
 gembira hingga happy ending


Kredit ~ Aku beri 4.9/5 bintang

Jom layan sinopsisnya yer..

Sinopsis ~

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”


6 comments:

  1. tu diaa ratu novel buat review lagi heeheheheh....sonok plak bace sipnosis yg akak share kak....

    acik lana ni femes gak kan kak...

    ReplyDelete
  2. Hai la geng yg sorang ni..minat betul kamu baca novel yer sis..ada jer bahan bacaan novel2 kamu...sgt bagus minat ni...mana2 yg kaki novel tu boleh la rujuk2 kat sini tuk sinopsis..

    ReplyDelete
  3. Mesti penuh almari dengan novel Rinna ni.. serupa dengan adik ipar akak.. novel dia satu almari dah boleh buat library Novel gitew...

    Baguslah rinna rajin membaca.. kalau akak 3 bulan baru habis satu novel ehe :)

    ReplyDelete
  4. waaahhhh mentang2 acik lana tgh pemes skrg ni ;-)

    bla la sy nk beli ni

    ReplyDelete
  5. rinna nie rajin betul baca novelkan..memang bole jadi ratu novel nie..hahaha

    ReplyDelete
  6. Dah yg ke enam novel acik lana ni yer..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss