Friday, May 23, 2014

Novel ~ Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Assalamualaikum..




Hmm..oleh kerana novel ini best maka.. kejap aje abis nye..hehehhe.. 
Novel ini adalah yang ke tiga selepas
Cik Bunga dan En. Sombong dan Cik Blur dan En. Ikhlas.

Selalu kalau citer yang cam cinderella nie mesti yang si adik tiri kena tindas ngan kakak tiri.. kan tapi ini berlainan sekali.  Suka ngan watak Puteri yang kalau bergaduh ngan kakak tiri dia Sha mesti sakan punya laa.

Puteri yang telah bertunang atas amanat arwah ibunya tapi si tunang Ashraff macam tak kisah jer ngan si Puteri nie.  Satu hari tuh lepas bergaduh ngah Ashraff dia terserempak plak ngan Daniel.  Daniel ni selalu dia jumpa di pejabat sebab dia seroang peguam.  Tak sangka dalam diam Daniel ini memang syok giler ngan Puteri. Tapi apa kan daya, Puteri telah bertunang.  Dalam diam pun si Puteri dah terjatuh cinta gak ngan Daniel sebab Daniel nie caring sangat dan selalu menjadi teman untuk Puteri meluahkan rasa marah dan geram jika dia bergaduh ngan Sha dan mak tirinya..

Satu hari tu Puteri dan keluarga nak gi bercuti ke Cameron Highland dan ada bagi tahu Daniel.. Rupanya Daniel pun ikut sebab Puteri terjumpa Daniel kat R&R. Jadi Puteri ambil keputusan nak ikut Daniel tapi Puteri bagi tahu kat keluarga yang dia ikut kawan.  Keluarga puteri plak tukar rancangan ke Langkawi.. Jadi Puteri dan Daniel aje laa ke Cameron.  

Seronok betul dia orang bila bercuti berdua. Dah puas berjalan cari laa bilik. Malam pun hujan turun ngan petir serta kilat sabung menyabung.. lari laa Puteri ke bilik Daniel..kerana takut......

Boleh kata Puteri nie jenis yang open minded dan meluahkan perasaannya pada Daniel.. direct jerk.. 

Kredit ~ Aku Beri 5/5 bintang

Jom layanzzz sinopsis.. yer..

Sinopsis ~

Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! 

Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…

Dan dia hantar SMS… 


Babe (Dia panggil aku babe.) 


Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)


Lunch sama (Dia ajak.) 


Okey (Aku nak.) 


Kat mana (Dia tanya.) 


Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.) 


Okey cantikkk… (Dia setuju.)


Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.


Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?


3 comments:

  1. salam sis...macam best je jalan citer novel ni...tapi novel Encik sombong dan cik bunga tu sy dah baca...memang best...seronok...

    ReplyDelete
  2. alamak kak mcm sweet jek tajuk novel....kalo didramakan ni sure meletops ni heheheeheh sipnosis pun menarik...

    ReplyDelete
  3. ha..best noh ada kelainan...patutlah laju je habis baca.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss