Wednesday, May 14, 2014

Novel ~ Hopeless Romantik

Assalamualaikum..



SPECIAL N3 BOLEH BACA DI SINI

Hmm..memula baca novel ini agak slow sikit tapi makin lama makin best laa plak.
Heheheh.. Khairina@Kiah nama glamer seorang yang tak pernah serik untuk bercinta sebab 6 kali putus cinta.  Kesian dia.. tapi satu hari tuh terpandangkan Kay dan terjatuh cinta lagi. Kay ini telah bertunang jadi pendam kan aje laa cinta dalam hati tuh.  One day emak Kay telah masuk meminang Kiah sebab tunang Kay  iaitu Jaz minta putus sebab masih tak boleh lupakan ex-boyfriendnya iaitu Benji kawan baik plak ngan Kiah.

Kay yang hati keras cam batu nie terpaksa jugak menikahi Kiah sebab nak menjaga maruah keluarga. Kiah plak tau yang Kay tak sukakan dia.  Jadi dia akan menjalankan misi mengoda Kay ini. Haha memang kelakar laa Kiah nie dalam adengan mengoda si suami. Lama² si Kay jatuh cinta gak laa ngan Kay.

Kay ini seorang doktor kanak². Oleh sebab hensem tahap gaban, ada plak doktor pompuan lain yang dah jatuh cinta ngan dia dan Kiah nie tau. Kiah nie telah cuba bermacam cara nak bagi tau Kay, lakinya yang doktor pompuan nie nak rampas Kay dari Kiah tapi Kay tak percaya hingga satu hari Kay telah menjatuhkan air muka Kiah depan doktor nie.. Kiah merajuk laa plak dan berlaku laa perang dingin.

Kali ini giliran Kay laa plak nak goda Kiah.. hahaha.. siap Kay pakai boxer dalam umah nak goda Kiah nie sebab Kiah memang pantang kalau tengok laki dia nie pakai boxer.. sebab senang tergoda ahakss.. tapi dikauatkan laaa semangat.. jugak.. si Kiah nie.. hehehe

So kalau korang nak tau selanjutnya..korang beli dan baca okey.. 


Boleh baca Special Edition (sempena Hari Ibu) untuk Hopeless Romantik di SINI


Kredit ~ Aku bagi 5/5 bintang

Sinopsis ~

Banyak baca novel, Khairina aka KIAH mengimpikan calon suami ala-ala hero novel. Kacak, maskulin, romantis dan beriman. Tapi, wujudkah lelaki sebegitu di alam realiti?

“Nonsense! Kalau I nak romantik-romantik, baik I jadi Romeo. Bukan doktor kanak-kanak!”- Mohammad Khayrel Bin Mohammad Reza aka KAY

Okey! Kali pertama tengok KAY, dia dah jatuh suka. Tak tahu celah mana yang dia nampak si KAY tu macam hero novel impiannya. Cuma masalahnya, lelaki tu tunang orang.

Tapi, siapa sangka tiba-tiba saja dia diberi peluang menggantikan tempat si tunang KAY yang belum bersedia untuk berkahwin. Boleh ke dia main ganti tempat macam tu?

I’m a baggage, awak tak nak kahwin dengan saya, Khairina. Nanti awak yang menyesal. Saya tahu awak nak lelaki macam mana.” - KAY

Tapi, hatinya nekad. KAY, ini KIAH. Hopeless romantik punya Kiah. One day, you will be glued to me macam gam Cap Gajah.

“Saya perlukan masa, Khairina! For God’s sake, jangan goda saya!”- KAY
“Bantal lebih letak tengah please, untuk keselamatan abang. Saya dah rasa lain macam ni...” perli Kiah.

Kay mendecitkan lidahnya. Dia masih buat tak tahu dengan permintaan Kiah. Kenapa perlu dia takutkan Kiah? Dia yang lelaki, bukannya Kiah yang lelaki. Lelaki, takkan nak takut dengan isteri sendiri, bukan?

Mampukah KIAH menjadi api mencairkan ais di hati si suami atau adakah api cintanya terpadam disirami ais?




6 comments:

  1. ms g booth idea kreatif aritu, nmpk da novel ni tp krn novel hani fazuha yg br ada kt situ sy rembat novel tu...

    ReplyDelete
  2. sipnosis serius menarik kak! ni kalo jadi drama pastu keith foo jadi hero mmg meletups ni ehehehehe

    ReplyDelete
  3. Aih...kli dah esem gitulah kan.menjadi kegilaan. Isteri kena strong!

    ReplyDelete
  4. novel gini gini la syok ..

    salam singgah sini dr
    http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. hahaha.. kelakar la review yg pakai boxer tu.. haaa

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss