Wednesday, November 05, 2014

Novel ~ Benci Amat Sayang Sangat

Assalamualaikum..





Orang tua² cakap jangan terlalu membenci nanti
jadi tersuka laa plak kan.. Itu yang terjadi pada Amna Safiya
yang sangat laa tak suka dengan Redza Khusyairi..sebab
Amna telah jatuh hati dengan Amirul Ahfan. Cinta tak
bertepuk sebelah tangan bila Ahfan juga sama² suka dengan Amna.
Redza berkawan baik dengan kakak Amna dan
banyak tentang diri Amna dia tahu.  Dengan cara ini laa
Redza cuba nak memikat hati Amna.  Ahfan bila dah serius
dengan Amna, banyak laa perbuatan dan perkara tentang Ahfan
yang tidak menepati citarasa Amna.. dalam pada tuh laa
dia membandingkan Ahfan dengan Redza.. Redza nie plak suka
 melayan apa saja yang Amna suka tapi Ahfan
berlainan sekali.. Jadi korang fikir laa apa yang jadi selanjutnya..yer..

Kredit ~ Aku beri 4.8/5 bintang

Sinopsis ~

Hidup Amna Safiya berubah tatkala seorang lelaki yang membantunya ketika keretanya rosak di tepi jalan tiba-tiba menghantar rombongan meminang dirinya di tempat kerja. Erk? Di pejabat, okey! Apa, dia ingat bos boleh jadi wali ke?
“Kenapa awak masuk meminang saya di ofis? Apa, awak dah terdesak sangat nak berbini ke atau saya ni terlalu cun hingga menarik perhatian awak?”- AMNA SAFIYA
“Saya masuk meminang awak sebab saya kesian... Dalam hati saya terfikir... Siapalah yang nakkan perempuan yang pemarah, selekeh dan tak cantik macam awak ni?” - REDZA KHUSYAIRI.
Dalam pada masa yang sama, seorang jejaka turut memuja Amna dalam diam. Dia yang trauma kerana pernah ditolak dulu berharap agar Amna akan memahami lenggok bahasa jiwanya.
“Pernah tak awak terfikir, apa yang saya lakukan itu cinta? Pernah tak awak sedari, setiap bicara saya itu bernada rindu?”- AMIRUL AHFAN.
Kisah hidup Amna semakin kronik apabila munculnya Dayang, bekas tunang Redza bersama satu konspirasi.
“Redza paling benci kalau perempuan tu tak sopan. Tak senonoh! Jadi kau kena berlakon menjadi perempuan tak senonoh di hadapan Redza untuk membuatkan Redza bencikan kau... Lepas tu Redza akan kembali ke pangkuan aku!” - DAYANG
Bermula dari itu, bermacam-macam strategi yang Amna jalankan untuk membuatkan Redza mengalah mendapatkan dirinya dan dalam masa yang sama, dia cuba mengumpan hati Amirul Ahfan. Tapi lain yang dirancang, lain yang jadi. Mengada-ada Si Redza makin menjadi-jadi!
Sampai satu tahap, perasaan Redza sendiri gawat, hati dah mula sarat. Jiwa pula berkarat menghadap kerenah Amna. Tapi dia tidak boleh mengaku kalah.
“Bila awak nak putus asa?” - AMNA SAFIYA.
“Nama awak dah jadi nada dalam denyut nadi saya... Lagipun cinta saya tak ada reverse gear!” - REDZA KHUSYAIRI.
Orang dulu-dulu cakap, jangan benci seseorang amat sangat! Nanti terjatuh sayang. Jangan pula sayang seseorang amat sangat! Nanti terjatuh benci. Tapi... relevan lagi ke slogan kata orang dulu-dulu pada zaman dawai besi ni?

3 comments:

  1. tajuk menarik kak....sah2 kisah romantik2 ni kan....

    ReplyDelete
  2. wah masih sibuk dgn novel2 yer rinna

    ReplyDelete
  3. waaa... novel cinta beb... takleh masyuk sangat novel cinta ni...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss