Tuesday, April 29, 2014

Jamuan Makan² Disponsor Oleh Boss

Assalamualaikum

23 April 2014 (Rabu)

Selepas mesyuarat Bahagian, weols ada jamuan makan yang disponsor oleh Pn. Julia, Engineer kat Bahagian aku nie.  Dia dapat sambung wat PhD kat UKM selama 3 tahun. Kiranya ada 2 orang engineer kat tempat aku nie sambung belajar.  Sorang lagi tuh Pn. Diana dia sambung kat UM nie jer..

Terima kasih pada Pn. Julia kerana belanja weols makan.. Di doakan moga beliau berjaya dalam pelajaran dan kembali bertugas semula 3 tahun lagi.

Kek pandan coklat versi padang bola 

Weols dijamu dengan Nasi Tomato 

Buah²an dan Papadom 

Pn. Julia.. seorang yang peramah dan selalu belanja staf. Moga dimurahkan rezeki lagi yer Puan 

Segan² Pn. Julia nak potong kek. 

Staf lapar.. menjamu selera.. 


Aku dan Ann tunggu giliran..


Monday, April 28, 2014

3 Hari 2 Malam Team Building ~ Lembah Azwen, Ulu Langat

Assalamualaikum..

20 April hingga 22 April 2014 (Ahad ~ Selasa), aku adalah batch ke dua yang terpilih untuk menghadiri team building yang dianjurkan oleh Jabatan. Weols ke Lembah Azwen Batu 14, Ulu Langat, Selangor.  Batch yang pertama dulu, dia orang ke Teratak Malaya di Janda Baik.  Tapi banyak sangat komplen dan tidak memuaskan, Urusetia tukar ke Lembah Azwen.

Walaupun rumah aku dikirakan dekat aje dengan Lembah Azwen tapi Urusetia tidak membenarkan membawa kenderaan sendiri.  Memula tuh ingatkan nak laa mintak hubby antarkan terus tapi bila fikirkan bila balik nanti dia tak dapat nak ambik jadi aku bawa kereta sendiri ke ofis dan park kat situ dan balik nanti senang.

Hari Ahad tengahari tuh hingga laa sampai ke Lembah Azwen hujan telah turun dengan lebatnya. Masa tuh dalam pukul 3.30 petang. Kena laa tunggu kejap sebelum masuk ke dorm. Merasa laa weols tido dalam dorm, katil 2 tingkat.  Kat katil telah disediakan sabun dan selimut.  Alhamdullillah hujan renyai boleh laa masuk ke dorm dan lepas itu weols ke Cafe untuk minum petang sebelum masuk ke dewan.

Dalam dewan plak pembukaan oleh TNC dan memperkenalkan fasilitator dari Success Touch, En. Hamizi, En. Halim dan En. Ridzuan.

Dalam pukul 7 malam pulak.. ada makan malam dan aktiviti seterusnya pada malam itu adalah Candle War. Best sangat dan penat laa jugak hingga berpeluh.. Selesai aktiviti.. balik dorm tido.

Pada hari kedua banyak aktivti dan game yang weols adakan. Antaranya Pits Stop (aalaa game F1) best giler. Water survivor, Web Spider dan juga malam kebudayaan. 

Untuk permainan dalam air, weols yang perempuan nie turun laa dalam air tuh. Memula pegang tangan dan buat bulatan.. bila instraktur kata lepas.. semua lepas kan tangan.  Masa tuh adoyai rasa cam nak nangis pun ada.. maklumlaa memang tak jejak dasar laa sebab ketinggian air tuh melebihi 6 kaki lebih.  Instraktur ajar laa weols buat kuak lentang untuk ke tali yang telah disediakan.  Terkial² laa jugak nak berkuak lentangnya. Akhirnya sampai kat tali berpaut laa kat situ.. dan berenang laa ke tangga.  Patutnya kena patah balik tapi aku tak confident terus naik.  Tapi memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Untuk malam kebudayaan kumpulan aku mendapat tugasan (selepas cabut undi) menari tarian melayu, inda dan cina.  Hahahah aku kena menari tarian melayu guna lagu cindai.. hentam aje laa labu dan yang lain tarian india dan cina pun hentam aje laa sebab masa suntuk itu pun nak tau step tanya laa En. Google.  Ada yang kena berlakon citer Ali Baba, Musang Berjanggut, Ahmad Albab, Anak ku Sazali, Nasib Do Re Mi. Memang kelakar giler laa. Selain dari berlakon kena menyanyi jugak laa plak dan weols nyanyi lagi Sandirawa Cinta.  Setiap kumpulan semua dapat hamper bila dah selesai acara.

Esok sebelum balik ada lagi aktiviti berkumpulan iaitu membuat kesimpulan dari aktiviti yang dilakukan itu. Selama 3 hari 2 malam, sebanyak 16 kali makan. Tu yang bestnya gi kursus nie..heheheh

Cek out dalam pukul 1 lebih dan bas pun dah tunggu. Sampai diofis dalam pukul 2.30 petang.


 Lepak kat sini masa sampai sebab hujan turun dengan lebatnya.. tak boleh nak jalan ke dorm


 Bersama Marziah.. antara yang satu batch ngan aku..dan juga satu kumpulan.
Nama kumpulan weols MAJIN BOO siap kena create tarian hakka lagik..best..heheh

 Seronok gak laa duduk kat dorm nie.. macam² citer..

Cute je kasut boss weols yang duk sebelah katil..hehehe.. 

 Meehon Goreng ngan kuih kasui menu petang masa weols sampai.. lapar..
 tengahari tak makan

 Bilik mandi dan tandas.. tapi ada gak pintu yang rosak dan perlu diperbaiki..


 Ini adalah dorm wanita..

 Kawasan sekitar Lembah Azwen

Menuju ke dewan.. 

TNC sedang memberi kata² aluan

 Antara peserta kursus.. 

 Faci weols En. Hamizi.. memang kelakar.. dan best

 Presentation berkumpulan sebelum penutup.. kursus..

 Antara hidangan makanan yang disediakan di Lembah Azwen.. sedap laa jugak..


 Bayangkan bila kena kuak lentang ke tali tuh.. 
esoknya terasa sengal aje tangan nie

 Tu dia sedang beratur nak masuk dlm air..

 Sempat laa weols berselfie dengan TNC 

Peace..!!

 Selempang kain batik.. sebagai prop.. untuk menari tarian cindai..

Bergambar dulu sebelum persembahan..

Thursday, April 24, 2014

Cerpen Pilihan ~ Dendam Vs Cinta

Assalamualaikum..

Pada yang minat membaca cerpen boleh laa ke blog 

Jari Jemari Iman Lily dan layan cerpen


Selamat membaca...

Wednesday, April 23, 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..


Senang ada S & T nie.. Blend aje terus leh minum..


Beli yang ada 2 jag
Ais Blended Koko.. sedap laa plak

Buka peti es tengok ada mangga dah sikit lembik.. 
potong² terus blend..dengan ais.. sedappnyaa

Aku beli set ini dengan harga RM65.00 (termasuk pos)
Kalau uols berkenan boleh laa cari Rynn Mohd di FB yer. Selain dari S & T nie
macam² lagi ada dijual.

Friday, April 18, 2014

Aku Akan Cuti Berkursus

Assalamualaikum..

Hari Ahad ini aku akan berkursus Team Building di sini sampai hari 
Selasa Depan.  Sebelum nie group yang pertama dah ke
Teratak Malaya di Janda Baik tapi sebab tak berapa
puashati Urusetia telah tukar venue ke sini 
untuk group 2 dan yang ke 3 nanti.


Kredit pic : Blog Lembah Azwen

Thursday, April 17, 2014

Hadiri Kursus MS Office Powerpoint 2013

Assalamualaikum..

Hari Isnin dan Selasa (14 & 15) yang lalu aku ke Wisma R & D sebab hadir ke Kursus Microsoft Office Powerpoint 2013.  Dua orang dari ofismate aku pun dapat join kursus ini kiranya ada la geng.  Kali ini ramai juga yang hadir sebab Bahagian Sumber dah tetapkan bila permohonan staf telah diluluskan tapi tak hadir, staf akan dikenakan ganti rugi sebab dah biasa berlaku dulu² bila ada yang mohon tapi tak pergi.  Kira BSM cam rugi laa kat situ.

Cepat betul MS nie tukar version.  Aku kat ofis baru je guna version MS Office 2010 dah ada yang 2013. Banyak juga fungsi baru dalam MS Office Powerpoint 2013 ini.  

Kalau dulu bila nak crop gambar dan nak buang background rasanya Adobe Photoshope aje yang ada fungsi tuh tapi MS Powerpoint 2013 dah ada fungsi ini.  Iye laa lagi senang rasanya guna Adobe Photoshop. Banyak tambahan baru untuk PP 2013 ini.  Seronok rasanya dapat tambah  lagi ilmu dalam PP ini.

Lepas belajar, weols ada exam plak.  Nasib baik dapat jawab. Alhamdullillah.. lulus dengan cemerlangnya..ahakss.. 


Pelajar sedang berehat lepas makan tengahari sementara tunggu cikgu datang.


Ini lunch aku masa hari ke 2.  Hari pertama tak sempat nak capture segan plak
ramai orang masa tuh..hehehe..

Wednesday, April 16, 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..

Hubby kejenya banyak involve dengan student.. jadi
seronok laa dapat hadiah dan cenderamata dari theols..

Jam English Theme

Ini tak tau apa .. sebagai hiasan aje kut

Potpuri dengan buku nota

Thursday, April 10, 2014

Makan di Fish Manhattan

Assalamaualaikum..

Cerita aku dan ofismate gi makan kat Fish Manhattan bulan lepas sebab
baru dapat gajikan.. So weols plan ke Sogo.  Aku pun baru 1st time
makan kat sini.  Alhamdullillah sedap jugak laa..

Lepas makan² tuh saja laa cuci² mata kat ruang legar Sogo tuh.
Banyak gak cadar dan comforter yang sedang jualan murah.

Dalam pada tertengok² tuh tiba ada plak jualan set cadar
ngan comforter RM99 aje.  Tengok corak pun cantik aku pun beli
sebab aku memang tengah cari comforter pun.  Beli yang size King
Kiranya berbaloi laa..


Ini set regular yang weols amik..

Selera tengok Ain makan

Order Ice Lemon Tea

Soup Cendawan

Sedap jugak laa..

Shaza tak sabar laa tuh nak makan.. :) Teruja tengok.. makanan tuh


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss