Friday, May 30, 2014

Makan Nan Cheese.. Nyummy..

Assalamualaikum..

Tengahari tadi aku dan ofismate ke Jalan TAR.. saja laa cuci² mata 
tengok kut² ada yang berkenan di hati.. 

Dah puas berjalan² perut pun dah lapar.. Ofismate bagi cadangan
makan Nan Cheese.. Aku pun tak pernah rasa sebenarnyaa.. Nan Cheese
nie.. sedap laa jugak.. cicah plak ngan Kemah Daging..kenyang perut
aku tengahari tadi..

 Hmm..nyummy..

 Bersama ofismate weols ke sini..

 Macam² ada..

Weols makan kat sini..RSMY bersebelahan dengan Hotel Lotus


Thursday, May 29, 2014

Bilik Mesyuarat Yang Telah Di Ubahsuai

Assalamualaikum..

Ini adalah bilik mesyuarat yang dulu.. cam biasa jer.. seperti
bilik mesyuarat di pejabat.. telah diubahsuai ke bentuk gini..
santai jer kan..

Weols panggil bilik mesyuarat The Cube... hasil dari buah fikiran TNC ..

 Warna warni sungguh..

Bilik mesyuarat TNC/Pengarah.. 

Tengok tuh.. kan main lagi ofismate dok.. pose.. (kredit pic fb Aseda)


Wednesday, May 28, 2014

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..
 
Singgah makan di R & R Temerloh..sempat makan gulai tempoyak ikan patin..
Maak aihhh..sedapnyaa..

Abiss Licin.. laki bini..makan.. ahaks..



Tuesday, May 27, 2014

Novel ~ Bisikkan Namaku

Assalamualaikum




Hahah suka ngan watak Aeric Raid.. yang jahat tapi romantik..ahakss..
Korang layanss jer laa sinopsis nie pun dah best..


Kredit ~ Aku bagi 5/5 bintang

Sinopsis ~

TIBA-TIBA dia diculik dan diugut. Tanpa sebab, tanpa kenal, bingung, takut dan cemas. Siapa Aeric Raid?

“Don’t worry. I takkan jual you. I need you to be my wife.” Jika tidak dituruti, hidupnya hancur! Sama ada dijual ke sarang pelacuran atau diperkosa?

BERMULALAH hidup Ritz Shakeela bersama Aeric Raid. Bermulalah gelaran SUAMI DURJANA dan ISTERI DERHAKA di bibir mereka.

“Don't make me take back my words. Kalau you tak tahu nak hormatkan I... I ada banyak cara untuk ajar you. Jadi isteri I lebih baik dari jadi musuh I.” – Aeric

DENDAM seorang isteri derhaka bermula apabila mengetahui agenda sebenar suami durjananya itu… Meminta ayah kandungnya yang baru dikenali, menempatkan dia sebagai ketua suaminya. Masalahnya dia selalu tewas…

“Kenapa you cemburu?”

“I told you... I langsung tak cemburu. It’s just disgusting. You menggatal dengan perempuan lain sedangkan malam-malam you tak pernah lepaskan I. Jijik tahu!”

“Itu aje ke sebabnya? Bukan cemburu?” soal Aeric sinis. Di matanya Ritz jelas kelihatan cemburu biarpun Ritz menafikan keras.

“I tak nak sebab you I dapat penyakit yang bukan-bukan. Dasar lelaki. Tak pernah puas dengan satu,” tingkah Ritz bengang. Kenapa hatinya terasa panas benar? Kenapa?

“I dah cukup dengan you. My one... and only wife. I tak perlukan dua atau tiga perempuan untuk penuhkan hidup I. Cukup dengan you, isteri I,” bisik Aeric lembut di telinga isterinya. Kata-kata yang cukup jujur daripadanya.

“You bercakap macam suami setia. Tapi you tak kisah perempuan tu datang menggedik depan you. Kalau I tak masuk tadi entah apa agaknya you buat dengan dia.” Suara Ritz sedikit lembut tetapi sinis sebenarnya.

“I tak buat apa-apa pun dengan dia. I tak suka perempuan gedik macam tu. Tapi I takkan halang perempuan datang duduk atas meja I. Diorang boleh cuba goda I... Tak bermakna I akan tergoda. But it’s different with you, my wife. If you want to sit on my desk... I’m more than willing to entertain you.” Sempat lagi diusik isterinya yang kini sudah merona merah di pipi.

“You... You...” Ritz berpaling menghadap Aeric tetapi sudah kehilangan kata. Hanya jari telunjuknya sahaja yang ditunjuk-tunjuk ke arah muka Aeric


Monday, May 26, 2014

Bertambah Lagi Usiaku..

Assalamualaikum..



Semalam 25 Mei  menginjak lagi usiaku... Aku bersyukur dan alhamdullillah kerana masih lagi dipanjangkan umur dan diberi kesempatan  oleh Allah untuk hidup dimuka buminya ini.  

Aku berdoa kehadratmu ya Allah agar memberiku kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan bahagia bersama² dengan orang² yang ku sayang.

Terima kasih pada teman² dan keluarga yang sudi melayangkan ucapan Hari Jadi kepadaku.. Moga kalian juga dipanjangkan umur dan diberkati oleh Allah hendaknya.. Amin 

Friday, May 23, 2014

Novel ~ Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Assalamualaikum..




Hmm..oleh kerana novel ini best maka.. kejap aje abis nye..hehehhe.. 
Novel ini adalah yang ke tiga selepas
Cik Bunga dan En. Sombong dan Cik Blur dan En. Ikhlas.

Selalu kalau citer yang cam cinderella nie mesti yang si adik tiri kena tindas ngan kakak tiri.. kan tapi ini berlainan sekali.  Suka ngan watak Puteri yang kalau bergaduh ngan kakak tiri dia Sha mesti sakan punya laa.

Puteri yang telah bertunang atas amanat arwah ibunya tapi si tunang Ashraff macam tak kisah jer ngan si Puteri nie.  Satu hari tuh lepas bergaduh ngah Ashraff dia terserempak plak ngan Daniel.  Daniel ni selalu dia jumpa di pejabat sebab dia seroang peguam.  Tak sangka dalam diam Daniel ini memang syok giler ngan Puteri. Tapi apa kan daya, Puteri telah bertunang.  Dalam diam pun si Puteri dah terjatuh cinta gak ngan Daniel sebab Daniel nie caring sangat dan selalu menjadi teman untuk Puteri meluahkan rasa marah dan geram jika dia bergaduh ngan Sha dan mak tirinya..

Satu hari tu Puteri dan keluarga nak gi bercuti ke Cameron Highland dan ada bagi tahu Daniel.. Rupanya Daniel pun ikut sebab Puteri terjumpa Daniel kat R&R. Jadi Puteri ambil keputusan nak ikut Daniel tapi Puteri bagi tahu kat keluarga yang dia ikut kawan.  Keluarga puteri plak tukar rancangan ke Langkawi.. Jadi Puteri dan Daniel aje laa ke Cameron.  

Seronok betul dia orang bila bercuti berdua. Dah puas berjalan cari laa bilik. Malam pun hujan turun ngan petir serta kilat sabung menyabung.. lari laa Puteri ke bilik Daniel..kerana takut......

Boleh kata Puteri nie jenis yang open minded dan meluahkan perasaannya pada Daniel.. direct jerk.. 

Kredit ~ Aku Beri 5/5 bintang

Jom layanzzz sinopsis.. yer..

Sinopsis ~

Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! 

Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…

Dan dia hantar SMS… 


Babe (Dia panggil aku babe.) 


Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)


Lunch sama (Dia ajak.) 


Okey (Aku nak.) 


Kat mana (Dia tanya.) 


Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.) 


Okey cantikkk… (Dia setuju.)


Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.


Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?


Thursday, May 22, 2014

Cerpen Pilihan ~ Sniper Sengal

Assalamualaikum..


Pada uols yang suka membaca cerpen
meh sini nak share cerpen dari blog ANGAN PENA
hasil tulisan Zaileha Malek

Jom layanssss.. cerpen pilihan..ku ini

Percintaan Askar dan Polis..


Novel ~ Hanya Dia Cinta

Assalamualaikum..




Ini adalah buku kedua yang aku ada hasil tulisan Farah Husain.
Yang pertama dulu Dia..Random Guy yang sangat ohsomnyaa.. dan
ini yang terbaru pun tak kurang juga keseronokan membacanya.. hehehe
Suka dengan watak Adhan dan Amzar (DRG).. yang sama² sweet gitu..ahakss.. 

Kredit ~ Aku beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

Kali pertama melihat si gadis, dia sudah terpaut.  Kalau dah namanya Adhan Mikhail, apa yang dia hendak, itulah yang akan dia dapatkan. Langkah paling agresif dibuat. Hantar saja keluarganya merisik si gadis. Tapi, kalau dah namanya Zara Harlina, apa yang orang nak, itulah yang dia tak akan beri.

"I. Nak. You."~ Adhan.

"Tapi… I.Tak.Nak.You!" ~ Zara

Adhan mengejar, Zara berlari. Bila si jejaka berhenti mengejar, Zara mula tercari-cari. Dia akhirnya mengakui, lelaki itu sudah mula menguasai hati. 

Tapi bila dah berumahtangga, tak semuanya kekal indah macam waktu bercinta. Bibir yang selalu mengucapkan kata manis bergula dah mula bertukar nada.

“Kadang-kadang rasa penat bercakap dengan Zara ni. Abang tak tahulah, Zara dengar atau tidak.” ~ Adhan.

Hidup berumahtangga tak semudah yang disangka rupanya. Ujian demi ujian melanda hingga sampai ke satu tahap, Zara hampir berputus asa. Kata dua diberi pada si suami.

“Zara akan pergi. And I won’t be coming back,” ~ Zara

Apakah yang akan dilakukan Adhan? Menyerah pada keadaan atau bangkit mempertahankan hubungan mereka? Mampukah kedua-duanya mengharungi ujian yang sedang diberi?

Wednesday, May 21, 2014

WordLess Wednesday ~ Makan Di Station 21

Assalamualaikum..

Hubby aku, Isnin dan Selasa dia ada kursus di
Canseleri UNIKL jadi balik pun cepat laa kan..dan 
ambil aku pun awal.  Jadi semalam aku
ajak laa dia gi makan kat bumbung hijau di Bangsar..

Watermalon & Kalamanci

Sizzling Lamb Chop  ~ Harga kalau tak silap RM20.00


Chicken Chop dengan Mushroom Gravy.. ~ RM13.00





Sedapnyaa tengok hubby makan.. penggemar lamb chop..

Monday, May 19, 2014

Dating Makan Mee Kari..Ahakss..

Assalamualaikum..

Sabtu, 17 Mei 2014

Apa laa punya tajuk....blurr laa nak letak tajuk apa..
hentam aje laa..

Hubby ajak aku ke Shah Alam sebab katanya ada nak jumpa 
kawan di sana.  Lepas berbincang antara dia orang, weols pun
beransur laa dari situ.  Masa tuh dah pukul 4.30 petang, perut pun dah lapar.

Aku pun ajak laa hubby gi makan kat Sri Suria di Armcorp Mall.
Iye selalunya aku ke sana ngan kawan² pada hari Jumaat.
Kali nie ajak hubby plak. Nak bagi hubby 
try mee kari sebab dia pun peminat mee kari..

Masa weols makan nie.. tak ramai sangat orang berbanding kalau
hari bekerja.  Jadi pada uols nak makan dengan tenang
boleh laa ke sini pada weekend..sebab kalau weekdays nie
selalunya penuh je tempat duduk.. lebih² lagi kalau hari Jumaat.

 Teruja hubby tgk mee kari.. tak sabar yer nak makan..


 Hmm.. terasa² lagi kesedapannyaa..


 Berselera yer bangg...heheheh


Senyum sampai ke telinga.. 


Hmm..sedapnyaa ABC nie.. 

Thursday, May 15, 2014

Cerpen Pilihan ~ Aku Memang Heartless

Assalamualaikum..


Pic Kredit Blog Shamien

Ini aku share cerpen pilihan untuk korang yang meminati
cerita pendek...dari blog Lala Land

Jom Layanzzzzz



Wednesday, May 14, 2014

Novel ~ Hopeless Romantik

Assalamualaikum..



SPECIAL N3 BOLEH BACA DI SINI

Hmm..memula baca novel ini agak slow sikit tapi makin lama makin best laa plak.
Heheheh.. Khairina@Kiah nama glamer seorang yang tak pernah serik untuk bercinta sebab 6 kali putus cinta.  Kesian dia.. tapi satu hari tuh terpandangkan Kay dan terjatuh cinta lagi. Kay ini telah bertunang jadi pendam kan aje laa cinta dalam hati tuh.  One day emak Kay telah masuk meminang Kiah sebab tunang Kay  iaitu Jaz minta putus sebab masih tak boleh lupakan ex-boyfriendnya iaitu Benji kawan baik plak ngan Kiah.

Kay yang hati keras cam batu nie terpaksa jugak menikahi Kiah sebab nak menjaga maruah keluarga. Kiah plak tau yang Kay tak sukakan dia.  Jadi dia akan menjalankan misi mengoda Kay ini. Haha memang kelakar laa Kiah nie dalam adengan mengoda si suami. Lama² si Kay jatuh cinta gak laa ngan Kay.

Kay ini seorang doktor kanak². Oleh sebab hensem tahap gaban, ada plak doktor pompuan lain yang dah jatuh cinta ngan dia dan Kiah nie tau. Kiah nie telah cuba bermacam cara nak bagi tau Kay, lakinya yang doktor pompuan nie nak rampas Kay dari Kiah tapi Kay tak percaya hingga satu hari Kay telah menjatuhkan air muka Kiah depan doktor nie.. Kiah merajuk laa plak dan berlaku laa perang dingin.

Kali ini giliran Kay laa plak nak goda Kiah.. hahaha.. siap Kay pakai boxer dalam umah nak goda Kiah nie sebab Kiah memang pantang kalau tengok laki dia nie pakai boxer.. sebab senang tergoda ahakss.. tapi dikauatkan laaa semangat.. jugak.. si Kiah nie.. hehehe

So kalau korang nak tau selanjutnya..korang beli dan baca okey.. 


Boleh baca Special Edition (sempena Hari Ibu) untuk Hopeless Romantik di SINI


Kredit ~ Aku bagi 5/5 bintang

Sinopsis ~

Banyak baca novel, Khairina aka KIAH mengimpikan calon suami ala-ala hero novel. Kacak, maskulin, romantis dan beriman. Tapi, wujudkah lelaki sebegitu di alam realiti?

“Nonsense! Kalau I nak romantik-romantik, baik I jadi Romeo. Bukan doktor kanak-kanak!”- Mohammad Khayrel Bin Mohammad Reza aka KAY

Okey! Kali pertama tengok KAY, dia dah jatuh suka. Tak tahu celah mana yang dia nampak si KAY tu macam hero novel impiannya. Cuma masalahnya, lelaki tu tunang orang.

Tapi, siapa sangka tiba-tiba saja dia diberi peluang menggantikan tempat si tunang KAY yang belum bersedia untuk berkahwin. Boleh ke dia main ganti tempat macam tu?

I’m a baggage, awak tak nak kahwin dengan saya, Khairina. Nanti awak yang menyesal. Saya tahu awak nak lelaki macam mana.” - KAY

Tapi, hatinya nekad. KAY, ini KIAH. Hopeless romantik punya Kiah. One day, you will be glued to me macam gam Cap Gajah.

“Saya perlukan masa, Khairina! For God’s sake, jangan goda saya!”- KAY
“Bantal lebih letak tengah please, untuk keselamatan abang. Saya dah rasa lain macam ni...” perli Kiah.

Kay mendecitkan lidahnya. Dia masih buat tak tahu dengan permintaan Kiah. Kenapa perlu dia takutkan Kiah? Dia yang lelaki, bukannya Kiah yang lelaki. Lelaki, takkan nak takut dengan isteri sendiri, bukan?

Mampukah KIAH menjadi api mencairkan ais di hati si suami atau adakah api cintanya terpadam disirami ais?




Monday, May 12, 2014

Majlis Kecil Sambutan Besday Aina

Assalamualaikum..

Semalam aku ke rumah Kak Yang di Keramat kerana ada 
jemputan majlis kecil²an hari jadi Aina. Ada laa wat makan² sikit.
Kek dibuat sendiri oleh Angah bertemakan Ana Muslim. Cantik keknya.

Antara juadah lain yang disediakan adalah ayam golek makan ngan
nasi ayam, kentang lenyek dan sosnya, yong tau foo. brownies pun ada.
Sedap² laa semua makanan yang disediakan.

Selamat Hari Jadi di ucapkan pada Aina Hazirah yang ke 7 tahun dan belated
besday pada mamanya Kak Yong. Moga dipanjangkan umur, murah rezeki dan 
sihat sejahtera.  2 beranak nie sambut hari jadi selang sehari jer.


 Tu dia Ayam Panggang tengah bergolek² dalam oven.


 Ayam yang telah siap dipanggang.. nak di potong² plak


Kak Yong tengah potong Yong Tau Foo dan 
Angah tengah potong brownies yang dia buat sendiri.. 


Juadah makanan yang disajikan.. 


Kek Ana Muslim hasil buatan Angah sendiri.. 


Mama dan Aina sambut besday bersama


Aina dan Kak Yong.. Epy Besday..


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss