Monday, June 30, 2014

#Cuti2Penang ~ Fort Cornwallis & Taman Kota Lama

Assalamualaikum..

Turun dari Bukit Bendera, weols menghala plak ke Taman Kota Lama. 
Di sini juga terletak Fort Cornwallis.  Kalau nak masuk ke 
sini kena bayar dalam RM2.00

Pintu masuk ke Fort Cornwallis 


 Meriam tinggal sejarah..


Nak bergambar pun boleh..ahakss.


Posing ngan hubby..laa 


Di pintu gerbang Taman Kota Lama


Friday, June 27, 2014

#cuti2penang ~ Bukit Bendera

Assalamualaikum..

Jumaat, 6 Jun 2014

Dalam pukul 8 pagi turun bersarapan di hotel. Okey laa menu yang disediakan.. Ada meehon goreng, nasi goreng, boleh buat sendiri roti bakar, air kopi dan teh serta jus disediakan.

Bersarapan pagi dulu.. 







Lepas bersarapan, weols ke destinasi lawatan seterusnya iaitu ke Bukit Bendera. Pernah sampai ke sini lama dulu tapi masa tuh keretapi lama lagik dan sekarang dah ada keretapi baru dan laju plak tuh. 

Weols set Waze ke Bukit Bendera. Ingatkan betul laa Wazenya tunjuk jalan rupanya yang dibawa weols nie ke Bukit Bendera yang lain jadi kena laa keluar balik dan cari masjid negeri dan dari situ ada signboard ke Bukit Bendera dan baru laa sampai ke destinasi yang dituju.

Bila dah direnovate.. nampak cantik dah Bukit Bendera nie..


 Aku dan Kak Idah..sempat posing di sini..


Harga tiket RM8 dan kena tunjuk Mykad


 Dilaluan nak naik keretapi sempat posing lagi  Dalam almari tuh macam² barang dipamerkan


 Menunggu giliran nak naik keretapi

 Landasan keretapi

Keretapi Bukit Bendera yang baru

Pemandangan seluruh bandar Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera 



Weols naik buggy ini. Dikenakan bayaran sebanyak RM30 dan 
bawa pusing² selama kalau tak salah 20 minit rasanya.. 
Pemandu yang tolong snap gambar ini.


Ada menara tinjau masa jalan² tuh weols berhenti kat sini..

 Ada shooting sedang berjalan untuk filem omputih katanyaa..


Keretapi lama Bukit Bendera..

Atas Bukit Bendera ini ada Masjid dan juga Kuil Hindu

 Berselfie laki bini ngan monopod.. 


Pemandangan sekitar Bukit Bendera

 Sempat masuk kat Muzium Burung Hantu..

 Lukisan yang dipamer dalam muzium nie

Berselfie laki bini..lagi  ahakss..

 Ini kedai cenderahati burung hantu pada sesapa nak beli laa..

 Cantik plak replika periuk kera nie..


Kat atas Bukit Bendera ada jugak dijual FM, Tshirt dan macam² lagi laa..

 Turun dari Bukit Bendera ada plak jumpa kedai jeruk Pak Ali. Beli sikit tuk bawa balik..

Perut pun lapar.. jom gi cari makan laa plak..

Thursday, June 26, 2014

#cuti2penang ~ Nasi Kandar Beratur

Assalamualaikum..

Lama betul aku nak update #cuti2penang aku nie.. iye gambar banyak nak kena pilih²kan.  So aku update sikit² laa yer..

5 Jun 2014 (Khamis)

Sebenarnya ada beberapa cadangan cuti² weols. Memula cadangnya nak ke Pangkor aje tapi hubby cakap kita gi jalan² ke Penang aje laa dan boleh laa lalu jambatan baru. So pagi tuh weols pun angkat bag dan kak ipar aku nak ikut sekali.  Jadi weols berempat aje laa ke Penang.  Abg Hadi tak dapat ikut sebab dia bz nak ada keje tukangnya. 

Kalau pergi yang tak de plannya dan tak buat booking memang laa ada masalah sikit nak cari tempat tinggal kerana kebanyakkannya dah fully booked. Alhamdullillah weols dapat juga hotel di bandar Georgetown dan harganya pun murah sebab 2 queen bed. Untuk 2 hari hubby bayar dalam RM260 termasuk sarapan pagi.

Dah dapat bilik dan berehat sebentar, weols siap nak gi cari tempat makan. Teringat member dok citer tentang Nasi Kandar Beratur. So weols pun gerak laa dalam pukul 9 malam. Setkan Waze laa kalau tak de Waze memang susah laa nak cari jalan maklum laa Penangkan banyak jalan sehala. Alhamdullillah jumpa jugak.

Nasi Kandar Beratur terletak bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling. Weols sampai awal masa tuh dah baca tentang Nasi Kandar Beratur ini beroperasi pada pukul 10 malam jadi weols kena laa tunggu.  Tapi anak aku dah lapar..jadi weols belikan laa dulu Nasi Kandar yang sedang beroperasi masa tuh.

Bagus betul laa pakatan dia orang nie.. Bila NKB nak start aje yang senang berniaga tu pun tutup laa kedai dia orang plak.. Memang femes dan nasinya pun sedap.


Ini la bilik di Hotel Regal

2 Queen Bed... Selesa laa..

 Aku, Hubby dan Kak Idah

 Masa nie kedai belum dibuka.. so kalau uols sampai kena tunggu laa.. Memang ada kedai sedang berniaga masa nie.. tapi bukan Nasi Kandar Beratur nie sebab dibuka hanya pukul 10 malam

Masing² tengah lapar masa nie.. sabo je laa menunggu

 Yeah.. dah dpt dah makanan. Harganya pun tidaak laa mahal sangat..

 Ini aku punya.. Hubbynya tak sempat nak capture gambar.. Hubby dia ambik kambing..

 Tengok orang sedang beratur.. nak beli makanan

 Bila dibuka kejap aje dah penuh dengan orang ramai..

Betul² bersebelahan Masjik Kapitan Keling.. Cari guna Waze mesti jumpa punya..

Dan kenyang perut.. apa lagi balik hotel laa.. nak tido..  Esok nak jalan² lagi..

Nanti sambung lagi yer..

Wednesday, June 25, 2014

Novel ~ Cuma Dia Kekasihku

Assalamualaikum




Jalan cerita yang santai dan tidak banyak sangat konflik.. I Like.. 

Kisah Akid dan Amanda yang kedua²nya anak orang kaya tapi 
merahsiakan identiti masing² konon cuma orang biasa. Lalu jatuh cinta tapi 
terpaksa menguburkan rasa cinta kerana masing² telah ditentukan jodoh oleh
keluarga masing².  Walaupun pedih tapi kedua² terpaksa redho laa gitu..
Tapi kedua mereka tak tau yang takdir menentukan yang mereka
juga telah bertemu jodoh.. Kelakar part masa diperkenalkan oleh kedua² keluarga..
Memang best dan sweet jer keduanya..
Akid yang tersangat laa sayangkan Amanda..
So korang yang minat citer tak berat meh dapatkan novel ini.. tak rugi laa


Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

Akid Rizq Tan Sri Razlan, seorang player aka playboy yang kacak bergaya tiba-tiba ‘hilang taring’. Dia tiba-tiba ‘berubah selera’ hanya kerana seorang gadis bernama Amanda. 

Tapi, benarkah seorang player yang punya segalanya seperti Akid boleh berubah? Zulfa Amanda Dato’ Zayd yang sangat low profile, yang tidak mahu dikenali kerana kekayaannya, yang suka main sembunyi-sembuyi apabila Akid mengejarnya. 


“Nak pergi mana? Kenapa lari?” - Akid. “Mana ada saya lari? Kan saya berjalan ni.” - Amanda. Amanda cuba menafikan rasa yang menjengah ke hatinya kerana tidak mahu terluka buat kali kedua. Namun, bicara manis bergula seorang Akid buat dia kalah. 


“Come. Sit here. Close to me.”- Akid “Insya-Allah, selagi DIA tidak mengubahnya, hati I tetap pada you.” Akid kenyit mata. Di saat dua hati mula berjanji, keluarga pula mengatur janji.


 Masing-masing sudah ditetapkan pilihan dan mereka harus akur dalam keterpaksaan. Lantas…kisah manis cinta mereka haruskah berkubur begitu saja? Jodoh itu rahsia DIA, siapalah kita untuk menolaknya



Penulis ada buat Special Edition.. untuk novel ini.. korang boleh baca kat sini yer..



Tuesday, June 24, 2014

Majlis Kesyukuran, Perpisahan dan Sambutan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Hari ini telah diadakan majlis sempena ada dikalangan staf yang naik pangkat, naik gaji, pekerja cemerlang dan juga majlis perpisahan. Kiranya semuanya disambut sekali laa..

Sebelum acara makan, diadakan bacaan yassin dan doa selamat. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.

Jom layan menu weols hari ini.  Lauk pauk masakan orang Nogori.. Ummaihhh sodap ehh.. :) Kalau uols ada yang berminat nak oder makanan cam nie leh laa LIKE kat FB D'Salai NS.


Asam Pedas Ikan Merah 

Telor Itik Daun Gelugor 

Ikan Bilis Petai 

Daging Salai Dengan Kundang.. sedapppnyaa..














RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss