Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..

Dah lama tak makan.. sesekali pekena.. sedap jugak.. lagi² kalau perut 
dah lapar.. Singgah di R & R Jejantas Ayer Keroh, Melaka, 
2 minggu lepas.. 


Kalau makan di sini mesti nak oder Float.. nyum²

Tuesday, October 28, 2014

Jualan Runcit Di Ofisku

Assalamualaikum..

Bila pantry yang diubah suai siap, kedai runcit ofis aku 
dah dibuka semula.. nie pada yang tak sempat nak
beli sarapan atau lapor bila petang² boleh laa jenguk² kat pantry weols nie
Siap buatkan notis gini seperti dibawah sebab kadang² dia orang nie lupa
plak nak letak duitnya.. 

Sendiri mau ingat laa..

Macam² ada... 

Monday, October 27, 2014

Jeles Ngan Ofismate Sebab Dapat Balik Awal

Assalamualaikum..


Hari nie semua staf dibenarkan balik awal pukul 4.00 petang.  
Untung laa pada mereka yang
memandu sendiri boleh laa keluar awal.  
Tapi aku nie kena laa tersadai kat ofis nie sebab
menunggu hubby kesayangan ku laa.. ahaksss..
Sabo je laa..

Novel ~ Aku Bukan Touch & Go

Assalamualaikum..




Sapa kata lelaki lembut tidak boleh berubah menjadi 
lelaki yang sejati bila dalam hati ada taman.. :)


Aku bagi kredit ~ 4.8 bintang

Sinopsis ~

Bila ibunya keluarkan arahan ala-ala askar jepun mahu bertemu bakal menantu, Zarin Sofea jadi buntu. Bukan sebab dia tak ada calon tetapi Ikmal, si kekasih hatinya banyak sangat alasan.

Terdesak, Zarin tiada pilihan selain memujuk Nasrin, tuan punya butik tempat dia bekerja untuk menjadi pelakon.


“Nas, takkan kau nak biarkan model kesayangan kau ni dalam kesusahan. Kesianlah kat aku.” - Zarin

“Amboi! Bukan main lembut lagi suara kau bila nak minta tolong. Tak kuasalah aku nak jadi pak sanggup!” - Nasrin
“Helo, kau tau tak makna pak sanggup? Cakap tu agak-agak sikit ya.” – Zarin

Nasrin yang lembut tapi hatinya memang lelaki sejati. Pujukan Zarin buat dia lembut hati. Tapi alasan sebenarnya, dia memang sukakan Zarin.


Masalah timbul apabila lakonan harus berpanjangan sehingga ke alam perkahwinan. Syarat Zarin, mereka hanya kahwin sementara. Bila Ikmal dah bersedia, Nasrin harus lepaskan dia.


Tapi bagi Nasrin, lain pula ceritanya. Dia sanggup berubah demi Zarin.


"Sejak bila pula dah pandai pergi gym ni Nas?" - Lily 

"Sejak aku tahu yang Zarin suka orang badan ketak-ketak." - Nasrin

Mampukah Nasrin yang digelar Nata de Cocoa oleh Zarin berubah menjadi lelaki sejati dan sekaligus menggoyah hati seorang isteri tatkala mereka tinggal sebumbung?


Atau.... dia harus melepaskan Zarin Sofea ke tangan Ikmal bila sampai waktunya nanti
?


Monday, October 20, 2014

Novel ~ Temu Duga Cinta

Assalamualaikum..




Kredit ~ Aku Beri 4.9 Bintang

Sinopsis ~

Polos tetapi berani, itulah Qurratul ‘Ain. Dingin dan beku, pakej bersama sarkastik, itulah Megat Uzair. 

Mereka ditemukan ketika ‘Ain hadir temu duga. Di situlah bermula segalanya.
“Oh! Baru saya ingat. Nama awak sama dengan nama monyet peliharaan arwah atuk saya.” ~ Uzair

Betul-betul menduga kesabaran. Setiap kali bertentang mata, pasti jiwanya diduga dengan sindiran tajam encik sarkastik. Sungguh, dia benci dengan bicara sinis yang pedas tahap bombastik lelaki itu. 

“Mulut awak ni busuk macam belacan!!!” ~ ‘Ain

Namun, ketika bibir mengatakan benci, ada rasa lain pula bercambah di hati. Rupanya, bukan ‘Ain saja yang berperasaan begitu. Encik sarkastik juga turut merasainya. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang dia untuk berterus-terang. Sejarah lama yang tak mungkin mampu diubah telah membataskan segala-galanya. 

Tatkala kisah ‘Ain ditangkap khalwat dengan Encik Ikram, Pengurus Logistik di syarikat itu tersebar, Uzair mula tak senang duduk.

“Kita kahwin?”

‘Ain terkedu. Uzair lurut rambut sendiri. Encik Ikram pula tarik nafas tenang. 
Sebenarnya.... Siapa yang lamar ‘Ain? Encik sarkastik atau Encik Ikram? 

Dan, apa sebenarnya yang membuatkan Uzair tak mampu meluahkan rasa cintanya pada ‘Ain?


Thursday, October 16, 2014

Singgah Di Masjid Besi, Putrajaya

Assalamualaikum..

On the way nak balik dari KLIA tuh, hubby ajak weols solat di Masjid Besi di Putrajaya.  Kiranya aku 1st time laa masuk masjid nie. Dapat laa solat asar dan juga solat maghrib berjemaah disini..

Nampak cantik betul bahagian dalamnya dengan suasana yang terbuka dan angin bertiup sepoi² bahasa. 

Ruang solat untuk jemaah.. 


Di pintu hadapan masuk masjid


Antara ruang yang ada di dalam masjid.. cantik sangat.. 




 Kat belah tepi ada plak kolam air.. kalau tak perasan ingatkan lantai


Sempat posing² lagi.. kat sini..


Cantik pemandangan dibelakang tuh.. jambatan berlampu di sebelah malam..


Cantik..kolam nie beralun ditiup angin..


Segar mata memandang..

Wednesday, October 15, 2014

Cerpen Pilihan ~ Jejaka Idaman Malaya

Assalamualaikum..

Okey aku nak share ngan uols semua cerpen pilihanku
Uols boleh ke blog penulis novel Syeena Hamdan

Jom layan cerpen

JEJAKI IDAMAN MALAYA


hingga laa ke Bab 25 

dan




Ke KLIA Jemput Kak Ipar

Assalamualaikum..

Hari Ahad 12 Oktober 2014 weols ke KLIA untuk menjemput Kak ipar ku balik dari haji.  Memula diberitahu yang flight akan sampai dalam pukul 2.30 petang. Bila weols semak balik rupanya flight delayed dan dijangka sampai dalam pukul 4.10 petang.  Jadi weols pun lepak² la kat Foodcourt di tingkat 2. Borak² dengan Kak Nyah yang juga ikut weols sekali petang tu..

Anak² theyeols, Along dan Zila pun ada jugak.  Along dan sepupunya akan bawa merea pulang ke Perak petang tu jugak.  Alhamdullillah flight landed dalam pukul 4.20 petang.

Kak Idah dengan keadaan batuk dan Abg Hadi plak demam katanya.  Dengar khabar plak bila pulang ke kampung, Abg Hadi gi jumpa doktor dan ditahan diwad Hospital Teluk Intan. Moga keduanya beransur sembuh..















Tuesday, October 14, 2014

Novel ~ Mr. Awesome Guy

Assalamualaikum..



Chyrill seorang yang bukan beragama Islam tertarik dengan Fitrah seorang yang
bijak berbicara tentang agama. Bercadang ingin menyunting Fitrah tapi seminggu
sebelum bernikah Fitrah kemalangan.  Pernikahan digantikan oleh adiknya.. Apa
yang terjadi seterusnya korang beli laa novel nie yer.. memang tak sangka
dipenghujung cerita semuanya terungkai..

Kredit ~ Aku beri 4.9 bintang

Sinopsis ~

“Kalau saya, saya akan pilih tapak sulaiman.”

Sepotong ayat yang menggamit hati seorang Chyrill untuk mengenali seorang Fitrah. Si gadis didekati bukan dengan niat untuk menggatal atau memikat, tetapi kerana dia seronok mendengar patah kata gadis tersebut yang selalu tak terjangka oleh pemikiran lelakinya. Tanpa sedar, Chyrill menjadi tamak. Egonya berbisik yang petah bicara dan tawa Fitrah tidak boleh dilihat lelaki lain dan untuk itu, dia mahukan hak ke atas si gadis. Lalu dengan yakin, dia menyuarakan keinginan hati.

“Cintai pemilik hati saya terlebih dahulu, dan saya akan pertimbangkan lamaran Mr. Chyrill tu.”

Syarat yang menyebabkan Chyrill terkedu untuk seketika dan Fitrah bergidik gembira. Tetapi, Fitrah lupa, lelaki yang bernama Chyrill Benjamin ini tidak pernah pandai untuk mengalah selagi kemahuannya tidak tercapai. Jika itu yang diingini, itulah yang akan diusaha sehingga jadi. Akhirnya, Fitrah menjadi milik Chyrill, sebagaimana Chyrill ingini.

“Saya dah jumpa pemilik hati Fitrah. Dan saya datang tuntut janji kerana cinta saya pada pemilik hati gadis yang bernama Fitrah.”

Ternyata jodoh mereka kuat hingga termeterainya ikatan halal lagi suci. Tetapi hati galau seorang suami meladeni sikap si isteri yang suka menguji, hanya Chyrill yang merasai. Fitrah yang sebelum berkahwin dengan Fitrah yang bergelar isterinya, seperti dua orang yang berbeza. Yang sama, hanyalah sikap suka menguji sehingga kadangkala sukar untuk dia menelah isi hati orang yang dicintai.

“Jangan pernah panggil saya Fitrah, Mr. Chyrill. Saya bukan dia. Saya bukan Fitrah. Saya Nurani.”

Pening Chyrill dengan permintaan tak masuk akal tersebut. Dia mengaku, jika tak menguji, bukanlah Fitrah namanya. Namun dia optimis. Si isteri akan dipastikan menerima kenyataan dan hakikat yang terbentang di depan mata. Jika isterinya ingin bermain api, dia lebih ingin untuk menyemarakkannya, biar mereka sama-sama terbakar dalam satu ikatan yang suci.

Monday, October 13, 2014

Kisah Raya Aidil Adha 2014

Assalamualaikum..

Lambat up N3 raya.. sebab minggu lepas mood ke laut sebab badan tak sihat..

Tahun ini aku beraya di Sg. Petani.. Saja nak beraya ke sana plak pada tahun ini. Weols bertolak dalam pukul 11.30 pagi dan berhenti rehat di Hentian Ladang Bikam sebab hubby aku ngantuk giler. Lagi pada hari tuh weols puasa jadi tak de laa makan² dalam perjalanan tuh. Berehat laa dalam 1/2 jam dengan tido kejap. Lepas tuh plak highway tengah jem giler sebab berlaku eksiden selepas terowong menora tuh.. 

Weols sampai di Sg. Petani dalam pukul 10.30 malam. Singgah makan malam sebab berbuka pun dalam jem dengan makan jagung rebus dan kacang rebus serta air..

Memula weosl cadang nak tido rumah Kak Sal (kak ipar) tapi memandangkan weols dah sampai lewat dan weols ingatkan rumahnya takut penuh dengan anak² dan cucu.. so weols cek in hotel je laa..

Pagi esoknya weols pergi solat raya di Masjid yang berdekatan dan lepas tuh baru weols ke rumah Kak Sal untuk beraya.  Weols bertolak balik ke KL hari Ahad petang tuh jugak.. sebab kalau balik hari Isnin mesti jalan jem giler..sebab masing² nak balik KL kan..


Makan malam weols di Sg Petani.. Nasi Goreng Daging Harimau Menangis.. 
tu dia namanya kelas gitu.. hahahah



Solat raya Aidiladha di Masjid Tunku Puan Habsah Sg. Petani


 Sebelum ke Masjid posing² laa kejap..



Dah selesai solat raya.. hujan turun renyai.. di Sg. Petani.. 
kiranya seharian hujan turun


Menjamu selera di rumah Kak Sal dan Abg Usop


Tu dia sedap.. hidangan yang disediakan..




 Hubby sempat posing di kaunter sebelum check out..









Sempat singgah di R&R Ulu Bernam pekena Zul Mee Kari..


Sampai di rumah dalam pukul 11.30 malam. Alhamdullillah jalan pun tak de jem..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss