Thursday, November 27, 2014

Kursus Pembangunan Diri & Organisasi

Assalamualaikum..

Petang Jumaat petang dapat surat pemberitahuan yang aku dikehendaki untuk menghadiri kursus Pembangunan Diri dan Organisasi.. Yang tak bestnya buat kat dalam kampus jer laak tuh.. Nie mesti nak save bajet.  Redho aje laa..

Kursus diadakan pada 25 dan 26 November 2014, bermula dari jam 8.30 pagi.  Hubby hantar aku ke ofis dulu dan aku pergi naik bas dengan geng² ofis yang lain.

Pada hari pertama weols abis awal sebab nak menghadiri Mesyuarat Kesatuan Kakitangan.  Jadi dalam pukul 3 petang weols dah boleh dismiss.





Tugasan membuat kapalterbang.. comel tak kapalterbang weols
Weols kumpulan HEBAT!!

 Haa tu dia.. En Shamsul sedang menganalisa kapalterbang group weols..




 Staf yang hadir kursus ini..




Hadir ke mesyuarat kesatuan kakitangan..


Monday, November 24, 2014

Ke Jualan Buku di KLCC

Assalamualaikum..

Sabtu, 22 November 2014

Aku ke KLCC ada pameran buku di Dewan 6.
Suasana tak de la ramai sangat orang.  Aku ke sini
terus aje ke Ideakreatif Publication sebab nak cari novel terbaru.
Sampai kat sini ramai plak jumpa penulis² novel yang
aku gemari.. Dapat laa bergambar dengan dia orang .

Bulan Disember nie, akan ada lagi pesta buku.. so pada
yang tak berkesempatan boleh la ke PWTC plak bulan depan yer.

TQ pada En. Hubby sebab mahu hantarkan aku ke sini..
Cayang abg ketat². Tau dia kegemaran bini dia nie.. 

Singgah di sini..  


Jumpa ramai penulis novel di booth IKP nie 


Ramai yang dok serbu.. 


Hmm.. cari novel baru nie laa.. 


Bersama penulis novel 'Cinta Kita' Suzana Sulaiman


Penulis novel Wawa Taufik.. semua novel dia aku ada..


Hmm..bersama boss IKP dan juga penulis.. Hani Fazuha.. 


Ini di booth Fajar Fakeer.. bersama Fumi Hakimi.. tapi bukan penulis laa
sebab pernah singgah beli kat booth dia masa di Shah Alam..


p/s : Ada banyak N3 tertangguh.. keluar nie dulu.. laa..

Thursday, November 20, 2014

Novel ~ Aku, Dia dan Stiletto

Assalamualaikum..




Novel yang mempunyai.. jalan citer yang menarik.. 
Berkahwin dengan boyfriend kawan baik sendiri.. 
pas tuh sanggup plak bagi suami tuh berkahwin dengan girlfriendnya tuh..
Siap jadi pengapit plak tuh.. memang mengujakan..
So, kalau nak tau.. beli laa novel nie tebal jugak.. jenuh nak menghabiskannya..
Walaucamna pun still happy ending.. okey.. !!


Kredit ~ Aku beri 4.9/5 bintang

Sinopsis ~

Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje.

“Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF
“Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA

Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.
“Boleh tak kalau saya ke UK lepas kahwin?” - AULIA

“Pergilah ke hujung dunia mana pun yang you nak pergi asalkan tak ganggu hidup I dan Helly.” - ASHRAFF
“Awak tak kisah walaupun saya isteri awak?” - AULIA
“Oh, Aulia… Come on! You tahukan kenapa I nak kahwin dengan you dan you sendiri tahu kenapa you nak kahwin dengan I. Kalau bukan sebab budak dalam perut tu, you takkan kahwin dengan I.” – ASHRAFF

“Dan awak takkan kahwin dengan saya kalau bukan Helinna.” - AULIA
“Yup! Brilliant! Kalau berjauhan dengan I buat you rasa happy dan tenang, pergilah. Bila anak you dah lahir, bagi tahu I... I akan lepaskan you.” – ASHRAFF
Semudah inikah makna sebuah perkahwinan kepada Ashraff? Langsung tiada perasaan untuk bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan?
“Kau nak bermadu dengan aku?” – HELINNA

“Kau sanggup? ” – AULIA
“Kalau kau madu aku, aku tak kesah sebab aku sayang dekat kau.” - HELINNA
Tegakah dia untuk bermadu dengan Helinna sedangkan dia telah merampas kekasih sahabat baiknya sendiri? Antara sahabat baik, maruah diri dan sebuah perkahwinan… Sungguh Aulia tersepit dengan apa yang dia akan lalui.

Apa hala tuju hubungannya dan Ashraff selepas Helinna mengetahui hal yang sebenarnya? Bagaimana pula dengan cinta yang baru hadir buat suaminya?


Thursday, November 13, 2014

Novel ~ Jangan Benci Cintaku

Assalamualaikum..





Kredit ~ Aku beri 4.8/5 bintang

Sinopsis ~

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.

‘Make him fall for you!’- Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?

Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?
 


Wednesday, November 12, 2014

Dapat Souvenir Dari London

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas aku ke Keramat sebab Angah ajak makan tengahari kat sana, lagi pun kakak ipar aku Kak Yang baru je balik dari London minggu lalu.

Makan tengahari yang sedap tapi aku lupa nak tangkap gambar laa plak.. hehehe.. Tak pe aku citer sini apa yang ada ekk.. Ada masak lemak cili api ayam, kerang rebus, ikan siakap sweet sour, sayur buncis, ayam goreng dan air roselle. Kenyang pewut weols..

Kak Yong plak sampai petang tuh bawa kuih untuk minum petang laa plak ngan Angah jamu makan kek coklat moist. Sebelum balik tuh Kak Yang bagi weols cenderahati dari London gitu.. Terima kasih semua.

Jom layan gambar laaa.. zaaassss...

Mini Cottage


 FM London


 T'Shirt untuk weols 3 beranak..


Lapik gelas.. pun ada..


Coklat Moist.. sedap.. 


Kuih Muih untuk minum petang 


Wadi atau ada orang panggil pekasam 
Angah oder kat kawan dia.. so dia bagi laa weols sikit.. 
sedap..masa goreng tak de bau pun..


Amirul Danish.. in the house.. budak nie baru sambut 
birthday 1 tahun

Tuesday, November 11, 2014

UNIKL BMI Family Day 2014

Assalamualaikum..

Sabtu, 18 Oktober 2014

Family Day UNIKL BMI tahun ini kembali lagi sebab dia orang organise 2 tahun sekali.  Tahun ini plak diadakan di Bayou Resort Melaka. Bertolak dari rumah dalam pukul 11.30 pagi dan singgah makan A&W di Restoren Jejantas, Air Keroh.  

Sampai di hotel dalam pukul 2.45 petang. Weols dapat bilik Junior Suite with extra bed.  Walaupun anak tak ikut tapi memang hubby masukkan nama anak sekali.  Biasa laa petang mesti ada telematch tapi weols tak turun pun.  Lepak kat dalam bilik jerk.. mood nak turun join telematch cam tak de.. 

Malam plak ada dinner. Tema tahun ini pakaian tradisional. Weols tak de laa ikut tema pun tapi respect laa kat kawan² hubby sekeluarga ikut tema.  

Untuk cabutan bertuah weols dapat Sandwich Maker.. alhamdullillah..jadi laa bertuah laa jugak sebab ada yang tak bertuah malam tuh..

Esoknya lepas sarapan baru laa turun ke kolam.  Rasmikan kolam yang ada disitu.. join sekali ngan Kak Yong dan keluarganya.. 

Cek out dalam pukul 12.45 sebab kalau lambat cek out dia orang akan charge lebih masa kalau tak salah RM20.00.  Terus ke dewan makan.. untuk makan tengahari.

 Banner di depan dewan..dan tempat register..


Ini bilik weols..  


Keadaan dlm bilik.. 


Ada sejadah dan sterika di sediakan.. 


Antara hidangan makan malam weols.. tapi ramai yang bagi pendapat.. 
tengok sedap tapi rasa cam kureng sikit.. 


Posing² laki bini.. 


Meja weols no. 20.. betul² dekat pintu masuk dewan.. 


Suasana dalam dewan.. persembahan cak lempong dari UNIKL MIAT..  


Ada satay, eskrem pun ada.. Budak suka laa negok orang badut nie.. 


Bersarapan pagi.. 


Dah makan.. apa lagi turun kolam laa.. 


 Kak Yong sempat lagi main bola tuh.. RM10 untuk 15 minit kalau tak silap laa..


Dah abis mandi naik bilik siap² pack.. check out dan terus gi 
dewan untuk makan tengahari plak..

Bertolak balik ke KL dalam pukul 2.30 petang..


Friday, November 07, 2014

Novel ~ Saat Hilang Cintamu

Assalamualaikum..



Novel ini aku pinjam dari ofismate.. 
Novel yang tidak menghampakan tapi tidak laa sebaik novel yang ditulis oleh
Aciklana untuk novel²nya yang terdahulu. Walau cam na pun masih lagi best.


Kredit ~ Aku beri 4.9/5 bintang

Sinopsis ~

Izzara Helina – Tujuh tahun hidup di negara orang, kini dia kembali dengan semangat baru. Biarpun hati masih terluka, masih tercalar, namun Izzara tetap cuba untuk berdiri teguh di negara sendiri. Tapi malang kerana ketenangan yang dicari dirosakkan oleh pertemuan dengan seorang lelaki yang tinggal di kondo sebelah. Dan ya, ini bukan jiran mithali atau juga jiran pilihan. Jiran ini jiran hantu. Jiran yang suka membuat bising dan perasan handsome!

“Muzik you adalah muzik paling buruk, paling busuk, paling gila pernah I dengar seumur hidup I. So please stop playing that stupid guitar, I nak tidur!”~ Izzara.

Dayyan Idraqi – Sudah terbiasa hidup dalam kemahsyuran dan populariti yang tinggi menggunung, ego di dada tiba-tiba saja tercalar apabila Izzara langsung tidak mengenali siapa dirinya. Dia adalah Dayyan Idraqi, penyanyi tersohor yang sudah gah mencipta nama di beberapa negara. Mana mungkin ada perempuan di sini tidak mengenali dia! Namun demi menjaga privasi, identiti sebenar disembunyikan daripada pengetahuan Izzara. Dia kini bukan lagi Dayyan Idraqi, dia muncul sebagai lelaki biasa di mata gadis itu.

Perang dingin antara mereka berlanjutan sehinggalah pada satu peringkat hati mula saling jatuh cinta. Meluah kata sayang, melamar dan berkahwin, semua itu dilakukan penuh gaya oleh Dayyan Idraqi demi memiliki Izzara sepenuhnya. Dan menjelang malam perkahwinan, satu kemalangan tidak diduga mengubah perjalanan indah antara mereka. Izzara terluka, Dayyan Idraqi sengsara, tidak ada sesiapa yang mengecap bahagia.

Antara dua pilihan, Dayyan Idraqi memilih untuk berkorban. Tapi benarkah jalan yang dipilih ini tegak dan lurus? Jika benar mengapa hati Izzara masih terluka? Dan mengapa pula jiwa sendiri masih sakit dan menderita?
 


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss