Wednesday, January 07, 2015

Novel ~ Kekasih Untuk Dia (Limited Edition)

Assalamualaikum..




Best, kelakar dengan blur si Azian dan sengal si Hazrul
Novel ini adalah Limited Edition dan ada sambungan
dalam Novel Suami Edisi Terhad..


Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..

Sinopsis ~

Cerita ni, cerita aku dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya, cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga. Marah, benci, kutuk dan ala-ala cerita Hindustan. Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tak perlukan sesiapa pun.

Kemudian bertukar menjadi cerita rindu-rinduan. Dia jauh, aku rindu, dia dekat pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengan dia. Dia siapa, aku siapa. Bezaya macam merak kayangan dan gagak di rimba.

Namun, nama juga cinta. Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam duduk di Alaska. Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah menyerang

"Sayang.."
"Ya.."
"Di dunia ini ada tiga yang abang suka."
"Apa tu?"
"Pertama matahari, kedua bintang."
"yang ketiga?"
"Sayanglah."
"Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untuk selamanya di hati abang..."

Ah! Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata-kata begitu. Buat aku tak kenal yang mana siang yang mana malam.

Ironinya, mana ada cerita cinta manis selalu. Tanpa rasa masam mana cukup perisanya. Jadi, mampukah kami berdua menikmati rasa masam itu kalau sudah selalu terlebih gula? Jangan lupa untuk mengetahui manis dan masam cerita cinta kami dalam Kekasih untuk Dia



6 comments:

  1. mesti penuh cintan cintuk asyik masyuk ni ;-)

    ReplyDelete
  2. p/s here, something for you:

    http://aniesandyou.blogspot.com/2015/01/perhatian-kepada-blogger2-berikut.html

    ReplyDelete
  3. acik dah lama tak baca novel Rinna..dulu memang banyak novel acik

    ReplyDelete
  4. Hmm... baca novel macam ini mesti berada diawang-awang, boleh senyum sendiri Rinna:)

    ReplyDelete
  5. dh lama tak baca novel... gelak sorang2.. nanges sorg2..angau sorang2......hehehe..

    ReplyDelete
  6. Ade sape2 nk juai...saya nk!

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss