Tuesday, February 17, 2015

Novel ~ BOS Senget PA Sengal

Assalamualaikum..




Apa yang boleh aku katakan.. aku suka dengan gaya penulis ini.. sempoi jerk.. Kesengalan Deeba dan kesengetan Taufiq yang membuatkan citer nie menarik dan nak terus membaca. Part yang sedih tuh mmg menitis jugak laa ayor mata aku nie.. Banyak cara Taufiq meluahkan perasaannya tapi yang paling aku suka masa Taufiq meluahkan perasaannya di dalam radio.. dalam bahasa Tagalog..plak tuh.. pas tuh disuruhnya Deeba gi google untuk dptkan translation..ahakss.. Mmg sweet. Deeba nie plak bila berdepan dengan Taufiq asik laa kalut sampai ada masa tuh terlanggar cermin pintu laa.. macam2 lagik.. Deeba plak tak sangka yang Taufiq bekas komando yang garang nie ada plak nilai sweet muit gitu.. 

Walauapapun.. thumbs up untuk penulis..

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

FARAH ADEEBA, anak sulung berjiwa muda yang cepat melatah dan degil. Segala keputusan adalah mengikut kepala sengalnya. Meninggalkan bakal tunang dan menggondol kepala ikut suka hati. Namun gigih bekerja dan menyambung pelajaran sambil bekerja demi amanat arwah papanya.
Pertemuan dengan Taufiq Badlishah, sebagai bosnya buat hidup Adeeba haru-biru. Adeeba yang suka menjawab sengal buat Taufiq geram. Taufiq tekad menolak Adeeba walaupun disua oleh Dato’ Noraini sebagai PA nya.

NAMUN, strategi Taufiq berubah apabila mata Adeeba serupa dengan mata yang dicari…

“Deeba, daripada kau keluarkan dalam surat khabar, baik kau keluarkan memo letak kat noticeboard kita tu. Pasti kau akan terima berpuluh borang permohonan.” Gelak Hasnah lucu. Tak pernah terfikir langsung di fikirannya yang Taufiq akan mengambil tindakan seperti itu. Mana pergi ketegasan sikapnya?


“Saya tak beranilah, Has. Nak letak kat surat khabar pun tak berani. Nak letak kat notice board pun tak berani. Mahunya saya ditembak oleh Dato’ dengan Tan Sri nanti. Sesengal-sengal saya pun, saya masih waras dalam bab yang tak senonoh macam ni. Kau rasalah Has, kenapa tiba-tiba bos buat macam tu ya?” soal Adeeba mencari jawapan.
“Bagaimana bos beri arahan ni pada kau, Deeba?”


Adeeba membuka telefon pintarnya semula.

-Dinner with me tonight. Or else advertise my picture in newspaper. Lonely GM needs company-

“Gila sengal bos kau tu Deeba.” Gelak Hasnah terburai.
“Habis kau balas apa Deeba?” Adeeba tak menjawab, sebaliknya disentuh tetingkap mesej di telefon pintar lalu dihulurkan pada Mastura pula.

-Bos nak saiz A5 ke, A4 ke atau full pages? Nak berapa hari. Seminggu sekali atau setiap hari selama seminggu? Saya tunggu reply bos untuk dapatkan quotation yang terbaik-

SAMPAI bila mereka begini? Dan apa akan terjadi apabila Adeeba juga diintai lelaki lain dan diteropong juga oleh seseorang yang mahu musnahkan hidupnya…
 


3 comments:

  1. awww kalau best memang keluar tv lah lepas ni~

    ReplyDelete
  2. kalu 5***** tu mmg sah2 best novel ni kannn

    ReplyDelete
  3. boleh beli nanti ni...harap2 ada ler terjual kat kedai buku dekat2 taiping ni...sbb Intens ni tak tau laa kedai mana yg ada amek. Harap semuanya ada amek...hehe..

    Terima kasih sebab dari sini leh jadikan panduan sy beli novel yg best...hehe..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss