Friday, May 15, 2015

Novel ~ J.A.D Jiwaku Ada Dirimu

Assalamualaikum..



Ini review aku dlm Goodreads.. aku screenshot dari IG IdeaKreatif..

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

Berkahwin dengan Jad Jazman? 

Tak pernah terfikir oleh kotak fikiran Nur Alena. Jad itu hanyalah sekadar kawan yang boleh dijadikan tempat meminta pertolongan. 

Tapi, demi keselamatan diri, demi mahu lari dari Khan yang psiko, Alena terima cadangan keluarga untuk mengahwini lelaki itu. Kerana dia tahu, dia akan selamat bersama Jad. Lelaki itu mana pernah ada hati pada perempuan.

“Kau pergi kelab gay kan tadi?” - Alena 
“Kau tanya lagi macam tadi, siap kau!” - Jad 

Hidup sebumbung, tapi haluan asing-asing sebab antara mereka tak pernah wujud perkataan cinta. Tapi, bila keadaan memaksa untuk mereka tinggal berjauhan, ada rasa lain pula yang muncul. 

“Datang sini.” Jad bersuara lembut. 
“Bila?” 
“Hujung minggu...” 
“Hmm...” 
“Please.... Sekejap pun tak apa. Aku rindukan kau.” 

Bila jauh, rasa rindu mula menggebu, rasa sayang mula bercambah. Masa dekat, semua tu tak pernah pula muncul. 

Tapi, benarkah Jad rindukan dia? Sedang dia tahu, si suami yang berada nun jauh di sana sudah ada Zeki, ‘teman tapi mesranya’ di sisi. 

“Susah kan, nak bukti yang aku sayangkan kau? Payah kan, untuk kau rasa yang aku ikhlas sayangkan kau? Sebab kita bukan bermula sebagai kekasih. Sebab aku bukan Khan.”- Jad 

Bila nada cemburu mula berirama, ada yang menuntut penjelasan. Khan yang sudah berubah dan Zeki yang sentiasa ada antara mereka, mana satu yang menjadi puncanya?



1 comment:

  1. adehh...sejak beberapa menjak ni...novel review rinn semua 5 bintang jer, uwaaa....jenoh ni.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss