Wednesday, August 19, 2015

Novel ~ Ku Pilih Untuk Setia

Assalamualaikum..




Sebab x sabar nak tau kesudahannya.. kul... 3 pagi tamat laa sudah.. Suka sgt... ngan Ku Ariff walaupun pada mulanya sgt laa kerek.. masa Dania keje jadi org.gaji kat umahnyaa.. tapi lama2 jatuh cinta.. Bila kawin tersangat laa caring nya.. caior.. tapi napa laa bodoh sgt Ku.Ariff nie buat keputusan ceraikan Nia bila dia lumpuh.. Adoi mmg sedeh laa... bergenang air mata..

Walau apa pun thumbs up tuk penulis.. mmg best.. kalau baca mmg susah nak letak.. at last still happy ending...

####################***************####################

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang



Sinopsis ~

“Kau kena jadi orang gaji sepupu aku.” - Tengku Syakila

Kerana satu pertaruhan, hidup Dania jadi tunggang-langgang. Sebagai seorang anak perempuan yang manja dan ‘buta’ perihal rumah tangga, pertaruhan tersebut ibarat sengaja menjerut nyawa. Namun, demi menjaga nama baik seorang sahabat, Dania tiada pilihan, syarat Tengku Syakila akhirnya diturutkan. Tetapi mampukah Dania bertahan apabila ‘majikan’ sementara yang digelarkan ‘orang tua’ itu cerewetnya mengalahkan perempuan!

"Sorry Ku Ariff, saya lewat sikit." ~ Dania
"Lewat sikit ke?" ~ Ku Ariff
"45 minit. Saya tak tahulah sikit ke banyak sebab saya kerja 8 jam sehari. Kalau dikira tambah, tolak, darab dan bahagi masih sikit lagi tu." ~Dania
“Kalau awak nak kerja tolonglah serius sikit, jangan nak buat sesuka hati awak aje. Hormat sikit saya ni sebagai majikan awak. Apa yang saya tegur tu tak payahlah awak nak menjawab balik. ” ~Ku Ariff

Bagi Tengku Ariff Khalis, kehadiran pembantu rumah baharunya itu selalu membuatnya sakit hati. Sebaris nota yang ditinggalkan, pasti dibalas dengan berbaris-baris jawapan. Tetapi disebabkan satu insiden yang tidak disengajakan, pintu hatinya yang telah lama terkunci tiba-tiba dijengah oleh satu perasaan, sehingga dia nanar apabila pembantu yang mula bertakhta di hati hilang tanpa dapat dikesan.

Pertemuan semula yang tidak diduga, membuatkan perasaan yang lama disimpan berbunga kembali. Berbagai cara dilakukan oleh Ku Ariff untuk mengambil hati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya itu. Tetapi mampukah hati Dania dimiliki apabila status ‘tuanya’ yang sering Dania pertikaikan?

"Aku tahu Irah tapi Ku Ariff tu enam belas tahun tua dari aku. Kalau kami ada anak dan keluar sama-sama, mesti orang ingat bapak bawa anak dan cucu jalan-jalan. Ish! Tak mahulah aku. Ngeri aje bila fikir." ~ Dania
“Nia, perbezaan tu bukan masalah besar bagi saya. Saya boleh cuba untuk ikut cara Nia asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama. Saya juga tidak akan menghalang Nia untuk terus menikmati masa muda Nia asalkan Nia tahu batas-batasnya.” ~ Ku Ariff

Benarlah, ketulusan dan keikhlasan hati itu melebihi segalanya dan kerana sikap Ku Ariff yang begitulah, akhirnya lamaran lelaki itu diterima.

Dan benar jugalah, kuasa Allah melangkaui segala yang ada di langit dan di bumi. Lalu, ikhlaskah Dania menerima ketentuanNya apabila bahagia yang baru dirasainya direnggut sekelip mata?


4 comments:

  1. Puaslah ye Rinna bila baca sampai pukul 3 pagi kesudahannya happy:)

    ReplyDelete
  2. tajuk die best kak....dulu mase rajin bace novel time bujang2 mmg tgk tajuk ...kalo sweet tu rase mcm tak sabar2 nak beli....bukannye nak bace sipnosis kat belakang dulu hahahhaah

    ReplyDelete
  3. Best jugak novel ni.. Wawa dah lama tk layan novel sbb tkt terjebak sampai jam 6 pagi gara2 nak tahu ending.. Haha

    Salaam kenal..")

    ReplyDelete
  4. oh, AA ada buku baru ye? mmmm kena cari ni!

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss